PONY merupakan seekor Orang
Utan betina yang telah dijumpai di perkampungan pelacur di Kepulauan Borneo,
Indonesia. Ketika dijumpai, seluruh tubuh Pony telah dicukur dan terdapat kesan
gigitan nyamuk yang banyak pada badannya.
Pony telah ditangkap dan dicukur
bagi membuatkan ia lebih cantik dan dilanggan oleh lelaki yang mengunjungi
perkampungan tersebut.
Apabila lelaki mendekatinya,
Pony akan membelakangkan pelanggannya dan membuat aksi seolah-olah sedang
melakukan seks. Pony dipercayai telah ditangkap sejak kecik dan telah
dilacurkan oleh seorang yang dikenali sebagai Madam.
Ketika pihak Orangutan
Survival Foundation mendapat tahu akan perkara ini, penduduk kampung berkenaan
telah menghalang daripada Pony diselamatkan kerana Pony merupakan salah satu
sumber pendapatan penduduk kampung tersebut.
Selama setahun pihak
Orangutan Survival Foundation cuba untuk menyelamatkan Pony tetapi gagal kerana
setiap kali pihaknya datang ke kampung tersebut, Madam dan penduduk kampung
tersebut akan bersedia dengan sumpit beracun dan mengugut untuk menyerang
sesiapa sahaja yang mendekati Pony.
Tidak berputus asa, pihak
Orangutan Survival Foundation berjaya mengumpul dana dan membawa 35 anggota
polis yang lengkap bersenjatakan AK-47 dan memaksa pihak Madam menyerahkan
Pony. Akhirnya Pony berjaya diselamatkan dan dirawat di kawasan hutan simpan.
No comments:
Post a Comment