Oleh : NIGEL AW
BEKAS Ketua Menteri, Datuk
Sabah Harris Salleh pernah mengakui bahawa kerajaan persekutuan mampu mengubah
demografi Sabah untuk memihak kepada mereka jika kerajaan negeri yang diterajui
PBS tidak 'dengar cakap'.
Harris membuat pengakuan itu
dalam buku bertajuk "Harris Salleh of Sabah" yang ditulis oleh Paul
Raffaele pada 1986, kata Setiausaha Agung Upko, Wilfred Madius Tangau kepada
suruhanjaya siasatan diraja (RCI) mengenai pendatang di Sabah di Kota Kinabalu
hari ini.
Membaca dari buku tersebut
yang tidak lagi diterbitkan dalam negara, Wilfred memetik Harris (kiri) sebagai
berkata Kuala Lumpur akan memastikan hak orang Melayu di Sabah dilindungi dan
akan campurtangan jika kerajaan negeri yang diterajui PBS mengambil tindakan
bersendirian.
"Kerajaan Persekutuan
boleh mendaftar mana-mana pelarian dalam tempoh tiga jam, tiga hari, tiga bulan
atau tiga tahun.
"Sudah pun di Kudat,
kawasan PBS sekarang, lebih 3,000 Filipina mempunyai IC dan apabila mereka
berdaftar untuk mengundi, kerusinya adalah Usno sekurang-kurangnya untuk
sepanjang abad ini.
"Corak yang sama boleh
dilakukan di seluruh Sabah supaya orang Kadazan menjadi minoriti kecil,"
Wilfred memetik Harris sebagai berkata dalam buku tersebut.
PBS, yang dilihat sebagai
sebuah parti bumiputera bukan Islam, menang pada tahun 1985 selepas berpecah
daripada parti pemerintah, Berjaya, sebuah parti komponen BN.
Berjaya bergabung dengan
Usno pada tahun 1990 untuk membentuk Umno Sabah dan sebagai sebahagian daripada
BN negeri, ia menumbangkan kerajaan negeri yang diterajui PBS pada 1994 melalui
lompat parti, selepas PBS menang tipis dalam pilihan raya negeri pada tahun
tersebut.
Kejatuhan PBS didahului oleh
sekurang-kurangnya dua operasi rahsia yang melibatkan Jabatan Pendaftaran
Negara (JPN) untuk membolehkan warga asing mengundi di antara tahun 1990 dan
1995, satu operasi oleh sekumpulan yang digelar sebagai G17 dan satu lagi
operasi yang digelar "Ops Durian Buruk".
Panel Inkuiri Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) berkenaan pendatang
ReplyDeleteharam di Sabah hari ini dicadangkan supaya menarik semula kesemua kad
pengenalan yang telah dikeluarkan kepada pendatang asing,
Cadangan ini harus dikaji secara mendalam apakah keburukan dan kebaikannya.
Deletemasalah pemberian kad pengenalan kepada pendatang
ReplyDeleteasing juga tidak akan pernah selesai, melainkan rombakan keseluruhan
sistem pemberian kad pengenalan dilaksanakan.
Inilah akibat pemberian mykad secara sewenang-wenangnnya tanpa kawalan.
DeleteIni isu integriti ... kita perlu 'reset' semuanya untuk kembali ke
ReplyDelete'ground zero',
kemudiannya mencadangkan agar mereka yang telah diambil kad
ReplyDeletepengenalannya dalam proses tersebut untuk memohon kembali menggunakan
sijil kelahiran.
Jika kita tidak melakukan perkara itu, bagaimana kita mahu menyelesaikan
ReplyDeletemasalah kad pengenalan meragukan seperti ini," soalnya lagi, dan
menambah kes pemberian kad pengenalan meragukan itu tidak akan pernah
berhenti, sebaliknya akan berterusan.
JPN harus lebih berhati-hati semasa memberi mykad kepada permohon. Latar belakang mereka harus dikenal pasti terlebih dahulu.
DeleteUPKO jelas Wilfred telah melakukan kaji selidik bagi menyiasat kegiatan
ReplyDeletepemberian kad pengenalan kepada warga asing sebaik sahaja RCI dibentuk,
dan mendapati pemberian kerakyatan kepada warganegara asing berkenaan
bukan setakat berlaku pada 1980an, tetapi juga awal tahun 90an.
Pembuatan kad pengenalan palsu perkara yang berterusan," katanya, dan
ReplyDeletemenambah, "10 peratus daripada penerima kad pengenalan tersebut tanpa
perlu memohonnya.
Manakala 90 peratus daripada mereka membeli
ReplyDeletekad pengenalan tersebut," katanya, dan menerangkan laporan kaji selidik
tersebut akan didedahkan oleh Presiden UPKO Tan Sri Bernard Giluk Dompok
Cuba bayangkan berapa banyak wang yang mereka ini sudah untung?
DeleteRCI sebelum ini pada Mei diberitahu Sabah mengeluarkan kad pengenalan 12
ReplyDeletekali lebih banyak berbanding Sarawak, dengan sekitar 66,000 pendatang
haram di negeri Borneo tersebut telah diberi kad pengenalan biru sejak
1963.
Pengarah Jabatan Pendaftaran Negeri Sarawak Datuk Abu Bakar Mat sebelum
ReplyDeleteini memberi keterangan seramai 5,373 pendatang di Sarawak telah diberi
IC biru daripada 1963 hingga 2012.
Beribu pelarian Filipina
ReplyDeletemelarikan diri ke Sabah pada tahun 1970-an untuk menyelamatkan diri
daripada perang saudara Sulu di selatan.
Sempadan laut Sabah juga telah diceroboh pada Februari lalu apabila
ReplyDeletesekumpulan lelaki bersenjata daripada Sulu menyerang Lahad Datu yang
terletak di pantai timur negeri tersebut, dimana masuk disana kurang
satu jam menerusi bot dari selatan Filipina. Sarawak, bagaimanapun,
bersempadan dengan wilayah Kalimantan, Indonesia.
Kira-kira 28 peratus daripada 3.2 juta penduduk yang besar di Sabah adalah warga asing, sejumlah besar 889,000 orang.
ReplyDeleteJumlah ini masih dalam pertambahan.
DeleteKemasukan
ReplyDeletependatang asing tanpa izin telah menimbulkan kemarahan masyarakat
pribumi Sabah seperti Kadazandusun dan Murut (KDM), ramai daripada
mereka merasakan kedaulatan negeri Borneo tersebut telah dirompak
ekoran kebanjiran warga asing dari Filipina dan Indonesia.
Beberapa warga asing Pakistan dan India juga pernah memberi keterangan
ReplyDeletedi RCI bagaimana mereka mendapat kad pengenalan biru dalam tempoh
beberapa tahun selepas tiba di Sabah dan kemudiaannya mengundi dalam
pilihan raya.
Now baru say?
ReplyDeleteHe just simply make another accusations.
ReplyDeleteHe sold Labuan and now he said like that?
ReplyDeleteChanges to the country can be brought about by building the mindset of youth
ReplyDeleteNajib said changes do not necessarily mean bringing it out to the streets through illegal demonstrations.
ReplyDeleteNajib said in order to bring about success and development in Malaysia, the mindsets of its people has to be built.
ReplyDeleteNajib reminded the youths that information disseminated through social media are not true at all times and that news reported through main stream media do not necessarily mean the government's propaganda.
ReplyDeleteThe Barisan Nasional (BN) government is always making efforts to raise the living standard of the people throughout the state to ensure they will not be left out from the mainstream of development.
ReplyDeleteHe said there was no need for the people to be influenced by the ‘Ubah’ (change) promise of the opposition because the BN government was making efforts to improve the lives of the people through the Government Transformation Programmes (GTP) advocated by Prime Minister Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak.
ReplyDeleteThe time has come for us to decide. The path of democracy has determined that the future of this nation lies in your hands as citizens. Power to the people is what free and fair elections are all about.
ReplyDeleteThe Barisan Nasional (BN) Selangor manifesto promises a better life for all races in the state, said Datuk Seri Najib Tun Razak.
ReplyDelete