ADA yang tidak kena dengan
Siti Balqis ini. Berita kononnya dia dilarikan oleh jin berbulu ke Gunung Jerai
hanyalah rekaannya semata-mata. Apa sebab dia buat begitu?
Apa yang diharapkan agar
keluarga Siti Balqis dapat memberikan penjelasan yang sejelas-jelasnya kelak.
Bukannya apa, ramai yang sudah menaruh simpati, tidak kurang yang bersengkang
mata menjaga Siti Balqis di rumah, berpuluh bomoh dan pengamal perubatan cuba
mengubati beliau. Rupa-rupanya ini adalah lakonan dari beliau sahaja?
Macam-macam kisah Siti
Balqis nih, dari berita dia disorok dek jin, berita batu permata jatuh dari
bumbung sehinggalah yang terbaru, dikatakan dia dilarikan jin berbulu ke Gunung
Jerai, walhal siasatan polis menunjukkan beliau berada di jelebu, Negeri
Sembilan.
Berikut adalah rentetan
siasatan polis :
1. Misteri kehilangan Siti
Balqis Mohd Nor yang didakwa keluarganya disorok ‘Jin Islam’ di Gunung Jerai,
Kedah, sejak Ahad lalu, terungkai selepas gadis itu ditemui polis di rumah
keluarga seorang kenalannya di Kampung Batu 18, Ulu Klawang, Kuala Klawang,
Negeri Sembilan, pagi semalam.
2. Siti Balqis sebenarnya
keluar seorang diri dari rumahnya di Kampung Gong Nangka, Jertih dan menaiki
bas ekspres ke Shah Alam pada jam 9 malam, sebelum ke Seremban dan meneruskan
perjalanan menaiki teksi ke Kuala Klawang.
3. Ketika di situ, Siti
Balqis, 22, tinggal di rumah seorang sahabat pena perempuan yang dikenalinya
menerusi laman berkenalan sebuah majalah remaja pada 2005, tetapi tidak pernah
bertemu sebelum ini. Polis mendapat maklumat mengenai gadis itu apabila bapa
sahabat pena Siti Balqis menghubungi polis daerah Jelebu selepas terbaca berita
kehilangan misteri gadis itu dalam akhbar ini.
4. Polis juga mendapat
petunjuk gadis itu berada di Negeri Sembilan selepas semakan khidmat pesanan
ringkas (SMS) yang dihantar kepada ibunya pada jam 5 pagi Isnin lalu mendapati
pencawang terakhir ialah di Kuala Klawang.
5. Pada Isnin lalu, Norizan
memberitahu menerima SMS daripada anaknya pada jam 5 pagi yang mendakwa berada
di Gunung Jerai selepas dibawa jin berbulu lebat.
6. Sementara itu, Pemangku
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah negeri, Superintendan K Manoharan, berkata
laporan Norizan di Balai Polis Jertih pada jam 1.30 pagi Isnin lalu, antara
lain menyebut melihat anaknya menaiki kereta Perodua Kembara milik keluarga
pada jam 8 malam.
7. “Berikutan laporan itu,
kita menjalankan siasatan kes orang hilang dan meliputi semua aspek termasuk
sama ada gadis berkenaan melarikan diri atau dilarikan,” katanya sambil
menambah kereta itu ditemui di Stesen Bas Jertih pada jam 1 tengah hari Isnin.
8. Norizan ketika ditemui
terkejut dengan penemuan itu kerana sebelum ini anaknya menghantar SMS dan
memberitahu berada di Gunung Jerai dan dibawa jin berbulu serta yakin anaknya
berada di gunung berkenaan berdasarkan gerak hatinya.
9. Norwaniza pula berkata,
dia selalu berutus surat dan menghubungi Siti Balqis tetapi hanya bertemu
selepas kenalannya itu datang sendiri ke rumahnya Isnin lalu.
10. “Saya tidak menduga
pertemuan ini rupanya dengan seorang gadis yang sering dilaporkan ghaib kerana
sebelum ini Siti Balqis tidak pernah menceritakan kisahnya,” katanya.
11. Di Kuala Kelawang, ibu
Nurwaniza berkata gadis itu mengajaknya dan anaknya ke Seremban, Selasa lalu
dan menggunakan wang sendiri membeli pelbagai makanan dan pakaian bernilai
RM279, termasuk tiket bas untuk pulang ke Terengganu.
12. Ramlah Meon, 60, berkata
beliau pelik melihat Siti Balqis kerap SMS dan apabila ditanya dimaklumkan ia
di hantar kepada kawannya.
13. “Siti Balqis beritahu
dia tinggal bersama ibu saudaranya selepas ibunya meninggal dunia dalam
kemalangan November tahun lalu. Dia turut beritahu rumahnya besar dan ada tujuh
bilik lengkap dengan pembantu rumah dan kolam renang,” katanya.
14. Ramlah berkata,
pembohongan Siti Balqis terbongkar apabila anggota polis dari Ibu Pejabat Polis
Daerah (IPD) Jelebu datang ke rumahnya, kelmarin, berikutan SMS diterima ibu
Siti Balqis menggunakan nombor telefon yang didaftarkan atas nama Nurwaniza.
15. Beliau berkata, ketika
menyelongkar beg pakaian Siti Balqis, mereka menemui lebih 20 kad sim yang
masih aktif, sejumlah wang, beberapa kad ATM dan sebuah kotak kecil berisi 10
batu delima dalam kain kuning.
Apa motif sebenar Siti
Balqis? adalah betul-betul beliau sakit yang memerlukan beliau berjumpa dengan
pakar psikiatri? Kalau perlu, segerakanlah! Kenapa? apa motif beliau menyatakan
ibunya sudah meninggal dunia dan duduk di banglo mewah? kalau betul Siti Balqis
berkata begitu, memang patut disegerakan rawatan beliau dengan pakar psikiatri.
Siti Balqis memang unik,
kami nak juga tahu bagaimana dengan insiden batu permata yang jatuh dari atas
siling, Siti Balqis hilang dari pandangan walaupun dikawal ketat oleh penduduk
kampung dan wartawan? atau ada orang yang bersubahat menolong beliau? Hairan,
macamana pula dia boleh dapat tiket bas ekspress? Harap dapat dirungkaikan dan
dapat penjelasan dari Siti Balqis sendiri.
Susah untuk percaya dan
sukar untuk menidakkannya, apatah lagi mengenai batu permata tuh, elokkan diperiksa
dari mana datangnya. Kita pun ada teknologi canggih, sekali imbas dah boleh
tahu batu jenis apa, dimana datangnya.
Sebelum itu juga, kes ini
boleh dijadikan pengajaran buat kita dimana Tuhan jadikan bumi ini bukanlah
untuk manusia sahaja. Hanya itu yang boleh dijadikan pengajaran, berkaitan
ceritanya yang mengarut itu, jadikan lah sempadan.
Masakan tidak, memang lumrah
sekarang, bila berlaku kes sebegini, ramai yang lebih mempercayai bomoh dari
pengamal perubatan Islam atau dengan kata lain, berubat dengan kaedah Islam.
Ramai yang masih tidak percaya atau kurang yakin dengan majlis bacaan Yassin
dan lebih selesa menggunakan khidmat bomoh-bomoh yang entah betul atau tidak.
Satu soalan! Bolehkah jin ditangkap dan dimasukkan ke dalam botol?.
Sumber : (The News SHOOT)
No comments:
Post a Comment