Wednesday 8 January 2020

MAJLIS DAERAH KUALA PENYU SALAHGUNA KUASA TENDER PROJEK?



By : Krew Sabahkini.net

IKLAN TENDER PROJEK.....hanya dipamir 3 hari sebelum tarikh tutup


Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) digesa agar menyiasat salahlaku  Majlis Daerah Kuala Penyu dalam perlaksanaan pemberian tender projek .

Pegawai Eksekutif Majlis Daerah Kuala Penyu Cyrel Kissi disyaki telah banyak menyalahgunakan kuasa eksekutifnya sehingga memberi tender projek kepada Kroni pilihan beliau tanpa melalui prosedur yang sah!

Laporan demi laporan telah pun dihantar kepada SPRM akhir tahun lalu namun tiada tindakan susulan mahupun sebarang respon yang diberikan.

Menurut beberapa Kontraktor yang dihubungi Sabahkini.net berkata, hampir kesemua para Kontraktor sah dan berdaftar dalam daerah Kuala Penyu tidak lagi mendapat peluang memohon tender terbuka daripada Majlis Daerah Kuala Penyu sejak Parti Warisan memerintah negeri Sabah.


Kontraktor yang dikenali sebagai Ahmad (bukan nama sebenar) berkata dia bersama seluruh Kontraktor dalam daerah Kuala Penyu berasa terdapat beberapa unsur ketidaktelusan dalam pemberian tender-tender projek kerana hampir kesemua projek tidak dimiliki mereka malah dimiliki orang luar.

Krew Sabahkini.net difahamkan ramai Kontraktor dalam daerah itu memiliki Lesen Pukonsa kelas F, CIDB G1 dan CIDB G7 namun Majlis Daerah Kuala Penyu hanya memilih khidmat Kontraktor luar daerah yang tidak kompeten dan tidak tahu menahu latarbelakang dan keperluan komuniti daerah Kuala Penyu.

Para Kontraktor Kuala Penyu dikejutkan dengan kehadiran seorang Kontraktor Cina bukan penduduk asli Kuala Penyu bernama AH YUNG yang membolot hampir kesemua tender-tender projek tanpa melalui proses SOP sebenarnya.

Menurut salah sorang Kontraktor Mr John (bukan nama sebenar), Majlis Daerah didapati gagal mematuhi SOP dan prosedur pemberian tender-tender projek.

Antara kesalahan tersebut ialah Majlis Daerah dengan sengajanya hanya mempamer iklan permohonan tender terbuka di Papan Kenyataan Sebutharga Tender premis Majlis Daerah 3 hari sebelum permohonan tender ditutup.

PROJEK PEMASANGAN LAMPU LED.....TIADA PAPAN TANDA PROJEK MALAH DILAKSANAKAN OLEH KONTRAKTOR ASING!

Umpamanya, projek Menaik Taraf Jalan Gravel ke Tapak Pelupusan Sampah MDKP, Menaik Taraf Lampu jenis LED di Petronas, Hospital Kuala Penyu dan Jalan Hospital ke Batu 2, Menaik Taraf Dewan Latimah Kampung Kasampa, rujukan : MDKP (JKT):T/88/2019.

Kesemua pengiklanan tender-tender ini sepatutnya diiklankan bermula 9-17 Disember 2019 di papan kenyataan Sebutharga Tender Premis MDKP namun malangnya hanya diiklankan pada 15 Disember 2019 iaitu 3 hari sebelum permohonan tender ditutup.


 MAJLIS DAERAH KUALA PENYU....SPRM WAJIB SIASAT PENDAPATAN SELURUH STAFF MAJLIS SAMPAI LUBANG CACING 


Lagi mengejutkan para penduduk dan Kontraktor di daerah itu, kesemua projek yang yang baru sahaja dimulakan perlaksanaannya tidak dipasang sebarang papan tanda tender. Hanya diketahui projek mereka itu wujud apabila siap dan dibayar sepenuhnya kepada Kontraktor asing berkenaan.

AH YUNG  penuh bergaya telah diberikan tender Pemasangan Lampu Solar di daerah tersebut. Sedangkan Kontraktor tempatan yang kompeten sangat ramai di dalam daerah tersebut tetapi sama sekali gagal mendapat sebarang tender.

Pihak SPRM seharusnya menyiasat Pegawai Eksekutif Majlis Daerah Kuala Penyu Cyrel Kissi yang mempunyai kuasa berikan tender terhad tanpa sebarang kelulusan daripada Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan Pusat dan Negeri.



 CYREL KISSI...GEMBIRA SEKALI KOMISEN MASYUK DARIPADA KONTRAKTOR AH YUNG!


Kegagalan dan ketidaktelusan Cyrel Kissi dalam perlaksanaan pemberian tender projek secara rasuah akhirnya memakan diri sendiri. Projek Astaka belakang Dewan Shahbandar Makang Kuala Penyu yang dibina beberapa tahun lepas telah mencetuskan ketidakpuashatian para penduduk setempat.

Projek berkenaan dilihat tidak mencapai matlamat dan kumpulan sasaran yang dilihat para penduduk sebagai Projek "Gajah Putih". Sehingga kini Dewan berkenaan tidak pernah digunakan kerana kedudukannya sangatlah tidak strategik.

Pegawai Eksekutif Kuala Penyu gagal mengulas isu walaupun telah dihubungi beberapa kali, malah beliau kerap makan angin ke luar daerah dan jarang berada di pejabat sama seperti Menteri Warisan yang suka melancong menggunakan waang rakyat!



No comments:

Post a Comment