Saturday, 1 February 2020

SURAT TERBUKA : ADUAN PENARIKAN DAN PEMBERIAN GERAI MAJLIS DAERAH KUALA PENYU


"HOI HOI YA HOI...SAYA MACAI PENYAMUN...HOI HOI YA HOI DI DALAM INI NEGERI..."

Salam Perpaduan dan salam bebas Rasuah di bawah naungan kerajaan baharu Warisan.

Surat terbuka ini ditujukan khas buat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dan Majlis Daerah Kuala Penyu (MDKP)

Kepada pihak Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mohon siasat salah laku Pegawai Eksekutif Majlis Daerah Kuala Penyu ke atas pemberian lot-lot gerai Majlis Daerah Kuala Penyu.


GERAI BAHARU....MENGGANTIKAN BEKAS KEDAI YANG TERBAKAR SEBELUM INI

Sebagai makluman pihak SPRM kebanyakkan penyewa baru gerai-gerai seperti yang tersebut di atas (gerai terbakar yang dibina kembali) adalah penyewa-penyewa baru manakala ada penyewa lama telah ditamatkan tempoh penyewaan oleh Pegawai Eksekutif Majlis Daerah dengan pelbagai alasan.

Kami terima dengan hati yang terbuka apabila kami disingkirkan dan dikeluarkan dari senarai penyewa gerai baru tersebut namun kami tidak berpuas hati cara penganugerahan gerai tersebut kepada para penyewa baru.



Cara penganugerahan dan pemberian gerai yang dilaksanakan oleh Pegawai Eksekutif kepada penyewa baru adalah mengikut suka hati dia dengan sendiri bersama ajk Majlis; memilih penyewa baru tanpa memanggil semua pemohon; berlaku ketidakadilan dalam semua prosedur sedia ada.

Pemilihan penyewa baru dibuat secara diam-diam dan bukannya secara terbuka. Sepatutnya Pegawai Eksekutif harus memanggil semua pemohon dan membuat "cabutan terbuka" agar rasa ketidakpuasan hati seperti hari ini tidak berlaku.

Bila senario seperti ini berlaku kami penyewa lama gerai tersebut merasakan diri kami telah dikhianati oleh Pegawai Eksekutif ini dan kami merasakan ada perundingan di antara Pegawai Eksekutif ini dengan para penyewa baru tersebut.

Kemungkinan besar ada unsur rasuah dalam pemberian gerai ini kepada para penyewa baru.

Dengan itu kami meminta pihak SPRM tolong siasat perkara ini dengan kadar segera. Sebelum kedatangan Pegawai Eksekutif baharu ini, kami belum pernah rasa teraniaya teruk sebegini.

Yang Benar,
Para Bekas Penyewa Gerai Daerah Kuala Penyu.

No comments:

Post a Comment