By: Sabahkini.net Krew
TEGUH....Shafie mengharap kesemua ahli Warisan teguh di belakang beliau sampai bila-bila
Dikhabarkan 5 orang YB Warisan bakal keluar dari Parti Warisan Sabah dan bakal menyertai Parti Perikatan Nasional pada hari ini 12/06/2020 Jumaat.
5 Orang YB Warisan yang dihubungi berkata bakal mengeluarkan pengumuman keluar parti itu pada bila-bila masa bermula hari ini. Apbila ditanya alasan keluar parti, kesemua Yb berkenaan menyatakan perasaan tidak suka kepada parti Warisan malah menyatakan bahawa parti Warisan tidak lagi Releven di negeri Sabah. Adakah Warisan Sabah bakal tumbang dengan sendirinya?
Berikutan kegagalan parti Warisan membendung masalah kebanjiran PATI dilihat sebagai tiket parti Pembangkang Sabah untuk meraih semula keyakinan rakyat Sabah di negeri itu.
Rudy nama samaran, sangat jengkel terhadap pengurusan Kerajaan Negeri yang gagal membanteras kegiatan jenayah PATI yang semakin berleluasa sejak Warisan memerintah Sabah. Beliau sebagai Pemandu e-hailing kini semakin risau dan takut untuk keluar bekerja di awal pagi kerana bimbang bertemu pelanggan PATI secara rambang.
Baru-baru ini, begitu banyak bantuan covid19 disalurkan oleh Kerajaan Persekutuan, malah Kerajaan Negeri sendiri mengeluarkan perbelanjaan tersendiri khas untuk bantuan pemelegaan covid19.
Namun, rata-rata penduduk Sabah menyatakan rasa sakit hati dan kesal kerana bantuan berkenaan gagal mencapai sasaran. Kerajaan Negeri hanya menumpang nama dan sumbangan daripada Jabatan Perkhidmatan Kebajikan Am Sabah yang sememangnya tersedia dengan senarai nama sebelum adanya pandemik Covid19.
Tintin nama samaran berkata, semua bantuan beras kerap disalurkan kepada golongan PATI sahaja, manakala memilih-milih senarai nama di peringkat kampung pendalaman. “Kami hairan, lori selalu limpas depan rumah tapi satu pun tidak sampai depan rumah kami untuk hantar bantuan. Sekali tinguk semua hantar sama Pilak."
Gambar Hiasan....salah satu laporan polis dibuat terhadap kegagalan Shafie mengurus bantuan covid19
Rudy nama samaran yang bekerja di semenanjung berkata permohonan bantuan tunai one-off RM300 tidak pernah diluluskan. Beliau yang kehilangan pekerjaan sewaktu musim Covid19 mengharap bantuan berkenaan demia anak kecil dan isterinya yang sedang mengandung.
Berita kesahihan 5 orang alhi Warisan akan menyusul kemudian. Persoalannya adakah Musa Aman bakal mermpas kembali takhta Ketua Menteri Sabah? Sama-sama kita saksikan. Stay tuned!
No comments:
Post a Comment