Friday, 18 February 2011

BERAKHIRNYA PENDERITAAN ROZITA



KENANGAN… Datin Alouyah ketika melawat Rozita di wad Hospital Tenom bulan November 2010.

Oleh: MAIL MATHEW

PENGERUSI Persatuan Keluarga Polis (PERKEP) PDRM Kontinjen Sabah, Datin Alouyah Bte Mohammad yang juga isteri Pesuruhjaya Polis Sabah bernasib baik sempat melawat seorang anggota Polis yang menghidap penyakit kanser (barah) di hospital dekat sini bulan lalu (Januari 2011), kini telah meninggal dunia pagi tadi (Khamis) kira-kira jam 5.30 pagi.

Anggota berkenaan berasal dari Kg Sungai Api, Kemabong, Lans Koperal Rozita bte Pitong sebelum itu bertugas di Cawangan Polis Trafik Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD), Shah Alam.

Rozita mula menghidap penyakit itu sejak tahun lalu (2010) dan menghadapi satu pembedahan sekitar Julai, 2010 tetapi selepas itu keadaannya masih tidak berubah dan dipindahkan ke Hospital Tenom sehingga ia menemui ajalnya pagi tadi.

No comments:

Post a Comment