Tuesday, 22 February 2011

SAMBUTAN TBC KG ANSIP SABTU INI



Oleh: ROZIE JUMAT

MASYARAKAT Tionghua di Kampung Ansip Tengah dengan kerjasama Pejabat Perhubungan Parlimen Pensiangan akan menganjurkan Majlis Pemimpin Bersama Rakyat sempena Sambutan Tahun Baru Cina Peringkat P.182 Pensiangan hujung minggu ini.

Pengerusi Penganjur, Chong Nyuk Ping berkata, majlis itu akan bermula jam 11 pagi sehingga jam 2 petang. Sehubungan dengan itu kata Chong, orang ramai di sekitarnya adalah dijemput hadir untuk sama-sama meraikan sambutan itu yang akan diadakan sabtu ini (27 Februari) di Dewan Masyarakat, Kg. Ansip Tengah.

“Majlis ini berkonsepkan rumah terbuka dan diserikan dengan acara-acara yang disediakan oleh pihak penganjur seperti persembahan singa, tarian dan nyanyian,” kata Chong yang memaklumkan bahawa makan minum citarasa Malaysia juga disediakan kepada pengunjung.

Katanya, majlis itu akan dirasmikan oleh Ahli Parlimen Pensiangan, Tan Sri Joseph Kurup yang juga Timbalan Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar.

“Sambutan tahun baru Cina di kampung ini adalah julung kali diadakan secara besar- besaran dan kampung ini juga adalah satu-satunya kampung yang mempunyai penduduk Tionghua yang ramai dalam kawasan DUN N.37 Sook dan Parlimen 182 Pensiangan,” kata Chong yang juga Pengerusi Jawatan Kuasa Keselamatan Kampung, Kg.Ansip.

No comments:

Post a Comment