Oleh: MEDIA PKR SABAH
SEBUAH van jenis Toyota berhawa dingin, telah dibeli secara tunai oleh Ketua Cabang PKR Tenom, Halik Zaman untuk kegunaan PKR Cabang Tenom. Berita ini tentunya menggembirakan ahli-ahli PKR Cabang Tenom.
Kelihatan dalam gambar di atas istiadat serah ‘cek tunai’ kepada wakil penjual kereta, Crispin Anam Ujin disaksikan oleh Bendahari PKR Cabang Tenom, Noordiana Mohd Razis. Kereta tersebut akan mula digunakan pada hari selasa depan.
PKR Cabang Tenom sudah tidak bermasalah lagi untuk masuk kampung keluar kampung bertemu rakyat serta akan memberi ‘khidmad kebajikan’ kepada ahli-ahlinya di daerah Tenom. Walaupun PKR belum memerintah tetapi jelas mencerminkan keprihatinannya kepada ahli PKR.
Bila Media PKR Sabah menghubungi Halik Zaman, beliau berkata ‘responsibiliti’ lebih diutamakan dari pada ‘prioriti’ jawatan diri sendiri dalam PKR.
No comments:
Post a Comment