BASMI….Adun Liawan, Datuk Sairin Hj.Karno dalam satu program pembasmian kemiskinan anjuran Gaharu Asia.
Oleh: ROZIE JUMAT
RAMAI di kalangan kita yang berminat dengan penanaman gaharu yang dikatakan memberi pulangan yang besar kepada penanamnya. Gaharu adalah tanaman yang boleh dikatakan sebagai ‘Pokok Jutawan’ kerana boleh mengubah taraf hidup atau kualiti hidup seseorang jika dibuat dengan bersungguh-sungguh.
Gaharu yang ada pada hari ini juga semakin berkurangan kerana ditebang dan diambil dari hutan-hutan di Asia tanpa kawalan. Tidak semua pokok–pokok ini menjanjikan pulangan kerana ia tidak mempunyai isi atau resin. Namun hasil gabungan teknologi canggih masa kini, penanam tidak perlu menunggu sehingga berpuluh tahun untuk mendapatkan hasilnya.
Pengarah Gaharu Asia Sdn.Bhd, Celestina Ann berkata, secara logiknya 100 pokok gaharu GA-T (Gaharu Asia Thailand) boleh mengubah ekonomi masa depan dengan dengan hanya lima tahun.
Di mana anggaran keuntungan 100 GAT ialah RM100 ribu. Baka yang digunakan ialah baka GA-T yang di import dari Thailand kerana syarikat berkenan mempunyai perjanjian persefahaman penjualan semula kepada syarikat di negara tersebut dan juga pembeli sedia ada dari negara Timur Tengah.
Gaharu Asia yang beralamat di Suria Shopping Complex, Keningau itu turut menawarkan kursus penanaman gaharu sehinggalah kepada suntikan vaksin. Syarikat ini juga menyediakan bibit-bibit gaharu bermutu yang diimport dari Thailand.
“Syarikat kami menumpukan penanaman bibit gaharu dari Thailand kerana ia sudah mempunyai pasaran sedia ada dan kami juga membelinya semula dari penanam,” kata Celestina.
ILMU…Gaharu Asia membawa pesertanya ke Thailand untuk menambah ilmu mengenai penanaman dan keusahawanan gaharu.
Sehubungan dengan itu kepada mana-mana yang berminat untuk mengetahui rahsia bagaimana untuk merealisasikan impian untuk menjadi jutawan gaharu bolehlah menyertai satu seminar yang akan diadakan pada 26 februari ini di Hotel Juta, Keningau.
Seminar itu bermula pada jam 9.00 pagi. Bagaimanapun seminar ini mengenakan yuran penyertaan sebanyak RM300. Untuk maklumat lanjut bolehlah menghubungi 014-8849269 (Ann) atau Daved 014-8567869.
Usaha bersungguh sungguh Gaharu Asia ini untuk membantu kerajaan dalam membasmi kemiskinan turut diterjemahkan dengan anjuran syarikat itu ke negara Thailand baru baru ini bagi meningkatkan kefahaman mengenai potensi gaharu sebagai satu perniagaan yang menguntungkan.
kalau dari sarawak bole join ke nanti siapa yang nak beli hasil
ReplyDelete