Saturday 26 February 2011

DAKWAAN PKR TENOM MUNGKIN BERASAS



Saudara Pengarang,

SAYA terpanggil untuk merujuk satu artikel dalam portal Sabahkini.net berhubung dakwaan PKR Tenom yang diterajui Halik Zaman bertajuk ‘Wanita Dan Puteri Umno Tenom Akan Sertai PKR?’ yang mengejutkan banyak pihak, terutama di kalangan kepimpinan Wanita UMNO dan juga Puteri diTenom.

Umum telah mengetahui bahawa sememangnya pernah berlaku pergolakan ketika pemilihan kepimpinan Wanita Tenom sebelumnya kerana ramai ahli pergerakan itu tidak senang dengan kehadiran ketuanya yang bukan ‘orang mereka’ dan sebaliknya mereka berkeinginan dipimpin di kalangan oleh ‘orang mereka sendiri’. .

Kalaulah senario sebegitu berlaku di barisan kepimpinan sayap wanita UMNO itu adalah banyak kemungkinannya, malah tidak menghairankan kerana setakat ini pun sudah dapat dihidu kehangatannya akan berlaku suatu kejutan.

Bagaimanapun jika cerita ini melibatkan pergerakan Puteri di sini agak jauh sekali dakwaan itu untuk dipercayai apakah benar ia akan berlaku?

Berhubung dengan dakwaan kononnya Jamawi Jaafar seorang pemimpin muda yang kini sedang meningkat naik akan dicalonkan oleh pusat untuk bertanding Parlimen pada PRU13 akan datang ini, bukan RAHSIA lagi tetapi rata-rata rakyat memerlukan perkhidmatannya yang dilihat bertenaga, dinamik dan berwawasan.

Jamawi bukan sahaja terkenal di kalangan ahli UMNO, tetapi juga di kalangan pelbagai lapisan masyarakat yang berada di Tenom, sama ada tua, muda, kaya, miskin dan sebagainya tetap didampinginya, malah di pihak pembangkang pun merasa selesa bila bersama Jamawi Jaafar.

Namun cakap-cakap (tips) mengatakan penyandang Ahli Parlimen Tenom Datuk Raimie Unggi akan dipindahkan bertanding di kawasan DUN Kemabong pada PRU13 juga dilihat sebagai tepat pada waktunya kerana Raimie tenaga muda dan berwibawa diyakini oleh kepimpinan pusat dan negeri bahawa Raimie mampu melaksanakan tanggung jawabnya di kawasan DUN.

Manakala penyandangnya Datuk Rubin Balang besar kemungkinan akan terus mengekalkan potfolionya sebagai salah satu daripada Pengerusi-Pengerusi Badan Berkanun Sabah kerana beliau telah dilabelkan sebagai ‘pemimpin terlalu lama berkhidmat’ sebagai ADUN dan sudah sampai masanya beliau diundurkan.

Sekiranya jalan cerita atau rasional isu yang dilontarkan oleh pemimpin PKR Tenom itu berkisarkan kepada senario sebegini, ada kebenarannya kerana rakyat kawasan Kemabong sudah pun berkira-kira mengikut perkiraan formula matematik politik mereka kerana rakyat Kemabong inginkan pembaharuan kepimpinan tenaga baru.

Malahan mereka (rakyat Kemabong) juga sudah menyediakan pelan tindakan seperti pelan ‘A’ dan pelan ‘B” kerana pelan ‘A’ mereka mahu terus berada dalam UMNO jika dan mengundi calon UMNO pada PRU 13 jika tuntutan perubahan kepimpinan mereka diterima dan digunapakai seperti yang dirancang.

Sebaliknya, jika resolusi itu tidak diterima, maka pelan ‘B’ akan dilaksanakan iaitu para pengundi Kemabong akan berpindah ke pihak pembangkang dan mengundi pembangkang pada PRU13 kelak.

Salam Hormat,

JOSEPH LINGKANG,

Pro UMNO Tenom.

11 comments:

  1. Saya tak kisah sangat, kalau mereka mahu keluar parti, biarkan mereka saja.

    ReplyDelete
  2. Boleh mengurangkan ahli yang tidak ikhlas dalam parti.

    ReplyDelete
  3. jika benar mereka keluar, ia takkan memberi kesan kepada UMNO.

    ReplyDelete
  4. dan lebih baik mereka keluar daripada menimbulkan msalah dalam parti.

    ReplyDelete
  5. tidak pasti lagi pekara ini benar atau tidak. tunggu dan lihat..

    ReplyDelete
  6. Berasas atau tidak kita tunggu apa akan terjadi nanti.

    ReplyDelete
  7. mungkin tindakan mereka keluar ini sedikit sebanyak akan menjejaskan populariti umno di Tenom, tapi keputusan itu lebih baik dari terus berada dalam umno yang mana bila2 masa mereka akan bertukar menjadi parasit.

    ReplyDelete
  8. ketika negara semakin menghampiri PRU13, semua parti sepatutnya berusaha mengukuhkan kedudukan parti dengan memastikan tidak berlaku perpecahan atau pergolakan dalam parti.

    ReplyDelete
  9. Kalaupun mereka nak keluar parti, lantaklah kerana bagi saya semuanya terpulang pada pilihan rakyat.

    ReplyDelete
  10. Jadi rakyat haruslah bijak membuat penilaian demi kepentingan dan masa depan negara.

    ReplyDelete
  11. Let them be, no use keeping those that does not have the heart to remain.

    ReplyDelete