WAWANCARA...Hj
Ramlie sedang diwawancara mengenai desakan kepada PM tunaikan janji-janjinya.
Oleh: SHAIMON S JUMADI Foto : SAFFIE S JUMADI
SANDAKAN : Persatuan Bekas
Polis Sabah (PBPS) Cawangan Sandakan mendesak
Perdana Menteri, Dato' Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak agar mengotakan
janji-janjinya mengenai pemberian imbuhan yang disebut 'Bantuan Darurat' kepada
anggota-anggota polis yang telah bersara (berpencen) sebanyak RM3,000.
Pengerusinya, Haji Ramlie Hj
Mahali yang mewakili suara lebih 300 ahii PBPS mendesak kepada Perdana Menteri
supaya dapat menunaikan janji-janji
seperti yang telah diumumkan
semasa Perhimpunan Rakyat Bekas Polis yang dilangsungkan di Kuala Lumpur
pada 26 November 2012.
Hj Ramlie tidak menafikan,
daripada jumlah 300 ahli PBPS, seramai
60 orang sudahpun menerima tuntutan imbuhan tersebut; sementara selebihnya
masih lagi bagaikan menunggu 'buah tidak jatuh dari langit'.
Kata Hj Ramlie, dalam pengagehan
Bantuan Darurat ini terbahagi kepada dua kategori iaitu bekas Polis yang telah
berkhidmat sejak 1948 hingga 1992 di Semenanjung Malaysia yang layak menerima
bantuan yang dimaksudkan.
Sementara Mantan Polis yang
berkhidmat pada 1962 hingga 1974 di
Sabah dan Sarawak juga berhak dan layak menerima bantuan tertsebut.
ALBUM....Hj
Ramlie bergambar dengan Ahli Majlis Tertinggi PBPS.
"Sekiranya kerajaan dan
Perdana Menteri gagal menunaikan janji-janjinya memberikan bantuan ini sehingga
menjelangnya PRU 13 yang semakin hampir, maka sudah tentu parti pembangkang
mengambil kesempatan untuk menyerang habis-habisan kerajaan BN/UMNO sebagai
bahan kempen mereka untuk menggulingkan kerajaan yang sedia ada,” tegasnya.
Lagipun kata Hj Ramlie, daripada
jumlah 300 ahli PBPS, tidak semestinya semua
mereka pro kepada BN/UMNO kerana mungkin 40 peratus daripada mereka pro pembangkang.
Haji Ramlie menambah, ramai ahli
PBPS termasuk balu-balu polis yang sudah memohon untuk mendapatkan bantuan tersebut
tetapi amat mendukacitakan sehingga ke hari ini, hanya dimaklumkan masih dalam
proses.
Hj Ramlie berkata demikian
kepada Sabahkini.Net dalam satu sesi temuramah selepas mengadakan pertemuan
dengan beberapa orang pemimpin kanan PBPS kelmarin.
“Untuk maklumkan, kami
bukan mengugut Perdana Menteri, mahupun kerajaan kerana memandang
PM sendiri sudah melafazkan janji-janjinya pada 26 November 2012, maka wajar
tuntutan Bantuan Darutan ini tunaikan sejajar deengan slogan Rakyat didahulukan,
pencapaian diutamakan," ujarnya lagi.
Sebagai tambahan, Hj Ramlie
rasa terkilan kerana bekas Tentera, walaupun tidak berpencen tetapi layak
menerima bantuan 'One-Off' RM1,000 setiap seorang ; maka tidak salah jika ahli-ahli
bekas polis membuat tuntutan tersebut, apatah lagi sudah dijanjikan.
No comments:
Post a Comment