SEPANGGAR : Parti Bersatu
Sabah (PBS) Karambunai amat bersetuju bahawa syarat kemenangan calon Barisan
Nasional (BN) bagi kawasan Sepanggar pada PRU13 adalah semangat bersatu padu
semua penyokong BN.
Namun fakta Iain yang periu
diambil kira ialah keunikan komposisi etnik dan agama kira-kira 52,266 pengundi
kawasan itu tidak semestinya menunjukkan sokongan kepada parti tertentu.
Setiausaha Bahagian PBS
Karambunai, Charles Arab berkata, Adun Karambunai Datuk Jainab Ahmad Ayid mungkin
mempunyai sebab tertentu yang hanya beliau sendiri sahaja yang tahu asas apa
untuk mengatakan Umno pilihan terbaik bertanding kerusi Parlimen Sepanggar; akan
tetapi pada hakikatnya semua parti komponen BN memiliki kriteria masing-masing
untuk memenangi kerusi itu dari pihak pembangkang.
"Dalam kepimpinan
Bahagian dan Cawangan PBS di Karambunai dan Inanam menunjukkan wujud berbilang
kaum dan agama. Malahan di kalangan keluarga yang berlainan agama dan bangsa
masih memiliki hubungan kekeluargaan antara satu dengan yang Iain .
"Seperkara lagi
masyarakat Cina khususnya di kawasan N.13 Inanam tidak boleh dinafikan ramai
yang berketurunan campuran (Sino) yang mampu memberi impak besar terhadap
sokongan dalam PRU13 ini," kata Arab sebagai mengulas kenyataan Jainab
yang tersiar di akhbar Utusan Borneo baru-baru ini.
Menurut Arab, semua parti
komponen BN sebenarnya telah memperkuatkan jentera masing-masing menjelang
PRU13 dan PBS kawasan Sepanggar sendiri kekuatannya berada di setiap Pusat
Daerah Mengundi termasuk kawasan-kawasan terpencil dan 100% ahli-ahli parti PBS
kawasan Karambunai dan Inanam keseluruhannya adalah penduduk asal dan pengundi
dalam kawasan Sepanggar.
Dalam berita itu, Jainab
dipetik sebagai berkata, " Calon Umno adalah pilihan terbaik bertanding di
kerusi Parlimen Sepanggar pada PRU13 kerana memilikl jentera yang kuat, yang
turut diperkuat 3,000 anggota Rela dan 53% pengundi kawasan ltu adalah Islam.
Arab menjelaskan, dalam 53%
pengundi Islam seperti yang didakwa oleh Datuk Jainab masih terdapat lebih 20%
daripadanya adalah daripada sukukaum KDM dan Cina.
Dengan itu adalah lebih baik
bagl Jainab untuk memperkukuhkan kerjasama semua parti komponen BN untuk
menghadapi pilihanraya dan bukan menampilkan keghairahan menonjolkan kekuatan sendiri
yang pada akhirnya boleh membawa kesan negatif terhadap kekuatan bersama.
"Bagi PBS yang turut
bersama Perdana Menteri dalam taklimat kawasan Parlimen Sepanggar baru-baru
ini, tetap dengan perinsip akur dan menyokong sebarang keputusan pemilihan
calon oleh pucuk pimpinan BN, malahan sekiranya diberi laluan, PBS sejak awal
lagi sudah bersedia dari segi kekuatan sumber manusia dan logistik," kata
Arab.
Seperti yang kita sedia
maklum bahawa semua komponen BN termasuklah PBS telah melahirkan hasrat masing-masing
untuk bertanding.
Tan Sri Joseph Pairin Kitingan
selaku Presiden PBS juga dalam ucapan perasmian Mesyuarat Agung Tahunan PBS
Bahagian Karambunai di kawasan Sepanggar pada bulan September 2012 juga telah mengumumkan
hasrat PBS agar diberi peluang untuk mempertahankan Kerusi Sepanggar ini
berdasarkan sokongan yang tidak berbelah bagi rakyat kawasan DUN Inanam/DUN
Karambunai kepada BN dan khususnya PBS.
PBS Karambunai berpendapat
juga, UMNO pada keseluruhannya sudah memperolehi lebih daripada 50% Kerusi Parlimen
di negeri Sabah ini. Jesteru semangat perkongsian kuasa haruslah diutamakan dan
sikap monopoli haruslah dikikiskan.
No comments:
Post a Comment