LANCAR...Jamawi bersama Naib Ketua Pemuda Umno Tenom Rusali Andiar dan ahli jawatankuasa Pemuda Umno/BN Ketika melancarkan tabung Bencana Mangsa Gempa Bumi Gunung Kinabalu. Di Tenom malam kemarin.
TENOM: Bersimpati dengan musibah yang menimpa penduduk khususnya di daerah Ranau yang terjejas terok dalam kejadian gempa bumi yang berlaku pada awal pagi jumaat lepas ,Pergerakan Pemuda Umno/BN Tenom telah mengwujudkan Tabung Bencana Mangsa Gempa Bumi Gunung Kinabalu.
Majlis pelancarannya telah diadakan selepas majlis kenduri kesyukuran di rumah Ketua Pergerakan Pemuda Umno bahagian Tenom Jamawi Jaafar malam kemarin yang turut dihadiri oleh Naib Ketua Pergerakan Pemuda Umno Tenom Rusali Andiar,Penolong Setiausaha Pergerakan Pemuda Umno Tenom Imam Mohd Taslim Tahir serta ahli jawatankuasa Pergerakan Pemuda Umno/BN Tenom.
Menurut Jamawi yang juga Ketua Penerangan Pergerakan Pemuda Umno Malaysia pengwujudan tabung tersebut bertujuan untuk mengumpul dana khususnya sumbangan dari masyarakat di daerah itu ,yang akan disampaikan bagi membantu beban khususnya kepada ahli keluarga yang terkorban dalam kejadian gempa bumi tersebut dan masyarakat lain yang lain yang terjejas terok dalam musibah tersebut
“ Tabung ini kita wujudkan bagi membantu mangsa mangsa yang terlibat khususnya kepada ahli keluarga yang yang terkorban dalam kejadian tersebut “ katanya
Sambil berharap kesemua Pergerakan Pemuda Umno/BN khususnya di Sabah dapat mengwujudkan tabung yang serupa Jamawi berkata usaha tersebut menunjukkan sikap prihatin pergerakan Pemuda Umno/BN kepada mangsa mangsa yang terlibat khususnya ahli keluarga Malim Gunung yang telah membuktikan komitmen serta kesungguhan mereka membantu mangsa mangsa yang terperangkap dan terkorban untuk di bawa turun ke pusat operasi menyelamat malah ada diantara Malim Gunung ini terkorban dalam kejadian tersebut
“ Kita kagum dan bangga dengan kesungguhan Malim Gunung yang tanpa menghiraukan keselamatan mereka turut membantu mengesan dan membawa mangsa mangsa yang terkorban dan terperangkap untuk dibawa turun dan penghargaan sewajarnya kita berikan kepada mereka (Malim Gunung) “ termasuk pasukan keselamatan dan petugas yang lain " katanya
Menurut Jamawi langkah seterusnya selain menghargai jasa serta pengorbanan Malim Gunung beliau juga turut mencadangkan kepada pihak yang berkenaan agar Malim Gunung diberikan latihan serta kelengkapan yang mencukupi untuk menjalankan operasi menyelamat pada masa akan datang.
“ Kita tidak menduga apa yang akan berlaku pada masa akan datang, dan kawasan ini tetap menjadi daya tarikan penunjung khususnya pelancong, jika mereka diberikan latihan kemahiran menyelamat yang lebih sistemetik dengan perlatan menyelamat yang lengkap gerakan membantu lebih mudah dan cepat dilakukan” katanya.
Jamawi juga berharap agar petugas Malim Gunung ini dinaikkan taraf propesyen mereka dengan ganjaran gaji yang sesuai selain mendapat perlindungan insurance memandangkan tugas serta tanggungjawab mereka sebagai jurupandu (malim Gunung) berhadapan dengan rasiko yang tinggi ketika mereka melaksanakan tugas membawa pendaki mendaki gunung.
KEBANGAAN...Antara aksi Malim Gunung dalam usahanya membawa turun mangsa yang menjadi Viral di Halaman Sosial
No comments:
Post a Comment