Thursday 1 October 2020

Pas berhak anggotai Kabinet Sabah


TUAN IBRAHIM TUAN MAN


KUALA LUMPUR: Pas berhak mendapat tempat bagi menganggotai Kabinet atau Dewan Undangan Negeri (DUN) negeri Sabah.


Timbalan Presidennya, Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man berkata, perkara ini telah dipersetujui di peringkat awal dalam semua parti Gabungan Rakyat Sabah (GRS) kerana mengukuhkan lagi permuafakatan antara parti.


“Kami menyambut baik cadangan tersebut. Ia akan memperkuku muafakat politik. PAS akan menanti pengumuman rasmi dibuat.


“Sepanjang kempen, jentera parti telah turun bagi sepenuhnya dan saya sendiri telah menggerakkan lebih 500 petugas parti bagi membantu kemenangan rakan-rakan yang bertanding di sana,” katanya kepada Utusan Malaysia.


BN sebelum ini mencadangkan agar kerajaan baharu negeri di bawah bayu melantik wakil pemimpin mereka seperti Pas untuk menganggotai Kabinet atau DUN itu.


Bagaimanapun, Seorang Ahli Dewan Undangan (ADUN) Sabah menimbulkan kebimbangannya mengenai cadangan melantik wakil dari Pas menyertai DUN dan Kabinet negeri yang baru dibentuk.


ADUN Kapayan, Jannie Lasimbang, dalam satu kenyataan hari ini mendakwa bahawa Pas adalah parti yang tidak terbuka terhadap kepercayaan lain dan dengan wakilnya di dalam kerajaan negeri Sabah akan mengganggu keharmonian agama dan kaum.


Namun, Tuan Ibrahim berkata, perkara itu tidak perlu dibimbangi kerana kerajaan negeri Kelantan dan Terengganu tidak menghalang mana-mana pihak untuk menganut agama selain daripada Islam.


“Pas menjemput ADUN Kepayan datang ke Kelantan dan Terengganu bagi melihat sendiri dua kerajaan negeri yang dipimpin oleh Pas, bagaimana semua agama bebas diamalkan.


“Kebebasan beragama dijamin dalam al-Quran dan Perlembagaan Persekutuan. Beliau tak perlu bimbang,” tegasnya. – UTUSAN ONLINE

No comments:

Post a Comment