Thursday 24 September 2020

MUSA HAMPIR SIALKAN PERLEMBAGAAN NEGERI DAN PERSEKUTUAN?


Musa vs Shafie ....dua personaliti yang berbeza aura dan kepimpinan


 By : Lucifer Morningstar

 

Kekalahan saman Musa terhadap Shafie dan Tuan Yang Terutama Dipertua Negeri Sabah jelas menunjukkan Muhyidin dalam keadaan telur tersepit. Namun menjadi tanda tanya siapa yg sepit telur Muhyidin?

 

Jika dilihat dari kronologi awal hingga akhir pemfailan kes Musa berkenaan, adalah sangat menjelikkan apabila beliau sangat terdesak menyaman TYT Sabah demi mempertahankan kepentingan dan segala aset bernilai Trillion di negeri Sabah.

 

Muhyidin yang menjadi permerhatian seluruh masyarakat Malaysia kerana kelicikan beliau merampas kerajaan Malaysia sedia ada melalui “Back Door” kini terpaksa berhati-hati ibarat bagaikan menarik rambut dalam tepung. Segala kata putus mesyuarat rahsia pentadbiran kerajaan hendaklah dikatakan memenuhi aspirasi rakyat Melayu khususnya “Kerajaan Bumiputera Bersatu”.

 

Muhyidin meraung dalam hati kerana tidak mampu membantu rakan baik Musa dan Anifah untuk memenangi kes saman kerana dibimbangi akan memalit najis terhadap Perlembagaan Persekutuan. Menyaman TYT bererti mengundang mata-mata barisan Keadilan seperti Peguam, Kehakiman, Parlimen dari pihak non bumi yang menunggu masa untuk menggubah kedaulatan Perlembagaan Persekutuan bagaikan buaya menunggu sang kacil yang ingin melintasi sungai.

 

Kes kematian arwah Adib sudah cukup memberi pengajaran bahawa bangsa Melayu tidak mampu mempertahankan keadilan di Mahkamah, walhal kebanyakkan Pakar-pakar perubatan, Pegawai Tertinggi Polis adalah daripada golongan Melayu sendiri! Siapa khianati siapa?

 

Kejelikan Musa untuk cuba mencemar kedaulatan Perlembagaan sedia ada menjadikan Muhyidin memujuk Shafie untuk bekerjsama dan menjadi rakan sekutu. Kegagahan dan kekuatan Shafie begitu mempersona Muhyidin sehingga terpaksa membuat lawatan rasmi sebagai tanda persahabatan yang pernah terjalin sebelum ini.

 

Musa yang semakin marah terhadap kegagalan cubaan rampas kuasa kini berusaha memperdaya seluruh masyarakat Sabah dengan menggaji beratus Cybertrooper melalui lidah sabahkini2 bahawa kerajaan Warisan sedia ada adalah kononnya tersangat naif dan gagal memerintah negeri. Malangnya bukan semua rakyat Sabah bodoh apalagi maklumat kini berada di hujung jari, walaupun hanya segelintir sahaja yang boleh diperdaya melalui manifesto dan janji bulan dan bintang geng Musa dan Anifah.

 

Kekuatan Warisan meresahkan Dato’ Seri Anwar Ibrahim (DSAI) kerana pada mulanya Tun Mahatir mencadangkan nama Shafie sebagai bakal calon Perdana Menteri sehingga Parti Cinta Sabah yang dibina Anifah Musa berusaha melaga-lagakan Shafie dan Musa dengan menghidangkan pelbagai cerita karut-marut termasuklah gossip murahan. Shafie yang berketurunan Bajau Suluk digelar Pilak (bermaksud wang kertas) menjadi isu utama bahawa Shafie kononnya berasal daripada Tawi-Tawi, Phillipines.

 

Bagai melukut di tepian gantang, Anifah yang berharap agar Muhyidin melihat dirinya sebagai ‘orang harapan’ hanyalah mimpi di siang hari apabila Muhyidin lebih banyak melihat keteladanan dan bakat Shafie apatah lagi Shafie adalah bekas rakan seperjuangan yang pernah menumbangkan kerajaan rejim Najib Barisan Nasional sebelum ini.

 

Agak mengecewakan BN lagi apabila niat dan perancangan untuk menghantar pasukan Pengundi Hantu IC Projek ke Sabah pada 26 September ini disedari awal oleh pihak Polis Diraja Malaysia. Warga Sabah terkejut beruk apabila mendengar khabar sedemikian kerana mereka berfikir mungkin setelah PN memerintah maka tidak lagi wujud kedatangan Pengundi Hantu daripada kalangan IC Projek, namun terjadi sebaliknya.

 

Kata orang tiada fulus tiada kerja, begitu juga yang terjadi pada Muhamadin Ketapi. Rakyat Sabah mulai sangsi akan kredibiliti beliau kerana sejak sebelum Dewan Undangan Negeri Sabah dibubarkan, Muhamadin Ketapi pernah dihubungi Anifah untuk diberi tawaran lompat parti dengan imbalan sejumlah wang yang besar. Kisah itu tidak berakhir di situ sahaja kerana baru-baru ini beliau mengeluarkan kenyataan yang agak jelik dan menyinggung perasaan keluarga para Tentera yang terkorban masa perang Tanduo sebelum ini. Rata-rata warganet Sabahan bertanya adakah beliau diupah dan dibayar seseorang untuk sengaja mengeluarkan kenyataan jelik demi mengalahkan kerusi sendiri kaawasan Segama N.61?

 

Muhyidin yang takut bayang-bayang sendiri kini cuba mengugut rakyat Sabah bahawa tidak menang tiada pembangunan akan dilakukan selepas pilihanraya. Paling menyedihkan orang Sabah sengaja diancam bahawa PTI hanya akan dihantar pulang ke negara asal jika parti-parti komponen PN menang.

 

Rakyat Sabah lebih geram apabila mendapat tahu tanah yang dimiliki Musa anifah sekeluarga mempunyai keluasan yang lebih besar berbanding negara Singapura! Orang kampung dikatakan bosan dan hampir putus asa memohon kerana ada di antara yang memohon tanah sudah pun meninggal dunia berpuluh tahun yang lepas.Tapi Anifah Musa nafikan berita berkenaan dan menuduh kerajaan Warisan cemburu pada kejayaan mereka memerintah Sabah sebelum ini.

 

Musa Anifah sebenarnya tidak perlu bimbang dan menggeletar melihat bayang-bayang sendiri kerana kesemua 279 buah gabungan kerusi dan parti dipertandingkan adalah melebihi tiga kali ganda daripada parti Warisan Plus dan Parti GRS. Jikalau geng GRS turut serta bersama Anifah Musa (sebenarnya memang bersatu pun) maka kedudukan mereka pastinya lebih mantap dan kuat. Cukup sahaja mendapat lebih 37 kerusi maka kerajaan Musa Anifah sudah mampu menyambung semula kerajaan Kroni mereka yang tergendala.

 

 

ALAHAI WARISAN.....kecilnya pasukan. Lihatlah geng GRS dan King Makers ni lebih 4 kali ganda daripada Warisan! 


Semalam satu Malaysia dikejutkan dengan berita terbaru Anwar yang khabarnya sudah mampu meraih majoriti kerusi bagi membentuk sebuah kerajaan baru Pakatan Harapan. Tapi Anwar lupa bahawa Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah ibni Almarhum Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta’in Billah masih menangguhkan perjumpaan dengan beliau semalam atas masalah kesihatan. Semoga Allah merahmati dan memanjangkan umur YDPA. Muhyidin terhgamam dan terkedu dengan tindakan Anwar yang drastik sehingga memaksa beliau membuat pengumuman Inisiatif Tambahan Khas Prihatin seperti bantuan BPN kepada golongan B40 dan M40, bantuan Prihatin kepada PKS, bantuan subsidi upah demi meraih undi simpati daripada rakyat Malaysia yang kebetulan amat memerlukan di musim Pandemik Covid19 ini.

 

Persoalannya adakah geng Musa dan Anifah akan menang bergaya pada Pilihanraya Negeri yang akan berlangsung pada 26 September 2020 ini? Apakah nasib TYT Juhar selepas ini? Apakah Musa bakal menjadi Tuan Yang Terutama baru negeri Sabah kelak?

 

Bagaimanapun, adakah rakyat bersedia turun mengundi dengan merebaknya covid19 ini? Mudah-mudahan negeri Sabah tidak berlaku Kluster Pilihanraya selepas ini. Selamat Mengundi semua!

No comments:

Post a Comment