Saturday, 1 December 2012

MELAYU BUKAN ANAK NEGERI SABAH?






Saudara Pengarang,

20 TAHUN yang lepas kebanyakan Kaum Brunei, Kedayan dan penganut agama Islam suka merujuk diri mereka sebagai 'Melayu' atas beberapa sebab; terutama berdasarkan tafsiran 'Melayu' di dalam Perlembagaan Persekutuan, wwalaupun pada dasarnya tersasar daripada tafsiran rakyat Sabah.

Suku kaum Brunei (Warganegara Malaysia) dan suku kaum Kedayan lebih selesa merujuk diri mereka sebagai 'Orang Melayu' atas dasar suku kaum Brunei dan Kedayan kurang dikenali di Sabah.

Pada masa yang sama, secara kebetulan mereka beragama Islam dan dari segi sejarah, mereka juga menggunakan bahasa Melayu yang hampir serupa dengan bahasa Melayu yang digunakan di nusantara ini.

Begitu juga dengan kaum-kaum lain seperti Kadazan, Dusun, Murut yang kebanyakannya mereka tidak beragama Islam. Apabila mereka menganut agama Islam, mereka lebih selesa mengaku sebagai 'Melayu' atas dasar yang mereka sudah Islam dan berbeza agama dengan majoriti agama dari suku kaum mereka.

Selain faktor-faktor di atas, borang-borang rasmi kerajaan, sekolah-sekolah dan syarikat swasta tidak menyebut suku kaum Brunei dan Kedayan dalam pilihan suku kaum.

Bagi mengelakkan dimasukkan ke dalam kategori 'Lain-lain', maka mereka terpaksa memilih suku kaum yang terdekat iaitu 'Melayu'. Saya masih ingat beberapa tahun lalu semasa mengisi borang laporan di Balai Polis, suku kaum Brunei dan Kedayan tidak ada dalam senarai suku kaum, tetapi suku kaum Bugis dan suku kaum dari negara Filipina ada dalam senarai pilihan suku kaum.

Begitu juga dengan pembelian tanah berstatus 'Native Title' (NT) hanya dibenarkan bagi pihak yang mana ibu dan bapa mereka mesti berasal dari suku kaum Anak Negeri Sabah, tetapi 'Melayu' tidak diiktirafkan sebagai 'Anak Negeri Sabah'.

Oleh itu, bagi rakyat Sabah yang sebelum ini menggunakan kaum 'Melayu' sebagai suku kaum wajar memperbetulkan keadaan ini dengan mendapatkan surat pengesahan rasmi dari Mahkamah Anak Negeri dan Pejabat Hal Ehwal Anak Negeri Sabah.

Manakala bagi jabatan-jabatan Kerajaan Negeri dan Persekutuan, kita berharap agar lebih prihatin untuk menerangkan implikasi kesalahan penggunaan suku kaum dalam mana-mana borang rasmi kerajaan.

Mereka yang terlibat seharusnya lebih pro-aktif bagi menyediakan borang agar suku kaum Anak Negeri Sabah seharusnya diasingkan dengan suku kaum lain yang ada di Malaysia bagi mengelakkan dari sebarang masalah pada masa hadapan dan ini akan memudahkan bagi semua pihak.

Salam Hormat,

NOOR HALIM ZAINI

PEMUDA CADANG KERAJAAN BANTU 'HANTU HIDUP'




           
Oleh : ABDUL RAHIM SABRI
             
PERWAKILAN Pergerakan Pemuda Umno hari ini mencadangkan kepada kerajaan supaya mencari jalan membantu dan mempermudahkan urusan kumpulan usahawan yang dibelenggu dengan kebankrapan yang menurutnya umpa 'hantu hidup'.

Exco Pemudanya, Datuk Sohaimi Shahadan berkata ada di kalangan usahawan yang mengalami bankrap menghadapi kesukaran memulakan perniagaaan semula.

"Usahawan ini, mereka tidak bekerja dengan orang. Mereka ini bankrap kerana ditipu oleh kawan, ditimpa bencana, berniaga tidak jadi... (Apa salahnya) kita beri peluang kedua," katanya.

Bercakap membahaskan usul ekonomi di Perhimpunan Agung Umno ke-66 di ibu negara petang ini, Sohaimi berkata antara cadangan adalah meringankan deposit kos pembayaran yang dianggap perlu ditanggung bersama oleh pihak bank dan orang yang berhutang

"Nama mereka sudah tidak laku. Tidak boleh buka perniagaan, mereka dilihat seolah-olah hantu hidup. Hasil perjumpaan mereka ni kumpulan minoriti yang terabai. Macam ada sakit kusta, takut untuk didekati," katanya.

Sehubungan itu, katanya, pergerakan itu mengusulkan supaya kerajaan mengkaji semula cara bagi membantu usahawan yang disenarai hitam ekoran masalah yang dihadapi mereka.

Dalam ucapannya juga, beliau turut membidas pakatan pembangkang yang didakwanya menghidapi "kecelaruan minda dan berserabut" dalam menunaikan janji yang dimuatkan dalam manifesto mereka

Sambil mengangkat plakad yang menyenaraikan janji dalam manifesto pembangkang, Sohaimi membidas Menteri Besar Selangor Tan Sri Khalid Ibrahim antaranya berkaitan pemberian air percuma dan peruntukan untuk ibu tunggal.

"Bila cabar (MB) bahawa ini janji manifesto, dia kata manifesto bukan janji," kata Sohaimi yang juga ketua Pemuda Umno Selayang, sambil menggesa semua perwakilan bekerja keras untuk mempertahankan Putrajaya.

Sila tonton video HANTU HIDUP

NORIKOH TRAGEDY, SERVE MAXIMUM TERM






TAWAU: Member of parliament Datuk Chua Soon Bui condemned the heartless and senseless murder of 16-year-old Norikoh Saliwah (left) and called for heavy punishment on the perpetrators.

“Such murderers should serve the maximum term, without parole based on the severity of crime committed and they should not be deported to their countries until they have served their full term, life or death penalty,” she said when debating on the International Transfer of Prisoners Bill 2012 tabled by the Home Ministry at the parliament yesterday.

While sympathizing with the family of Norikoh, she called for more efforts by the relevant authorities to check and arrest foreigners who acquired MyKad through dubious means in Sabah.

“Such hideous crimes should serve as a wake-up call for us Malaysian Sabahans that our state should act seriously on the illegal immigrants’ problem and foreigners with dubious MyKads,” she reminded.

“These people are capable of doing anything that we are unable to imagine,” she added.

Chua, who is also Sabah Progressive Party (SAPP) vice president, urged the ministry to view every brutal murder case seriously.

Norikoh’s body was thrown by the roadside near Kampung Ranau on Sunday, about 2km from Kota Marudu town. Police have arrested a 40-year-old man in connection with the case.






Meanwhile, SAPP delegation led by Sabah Progressive Party (SAPP) Deputy President Datuk Eric Majimbun has visited the family of murder victim, 16-year old schoolgirl Norikoh Saliwa in Kg Bombong 1, Kota Marudu yesterday.

Apart from offering sympathies and condolences to the family of the victim, Datuk Eric has also offered for lawyers to be present at the impending inquest as Watching Brief council on behalf of the victim's family.

"We need a thorough investigation by the police. We must ensure that "no stone is left unturned" in solving this case. Rumours going around Kota Marudu town that the victim was raped by Pakistanis must also be looked into by the relevant authorities," Eric said.

"This tragic case serves as a constant reminder of the ever increasing socially related crimes in Sabah. The public, especially the vulnerable young women needs to be protected. Is there a direct relation between the rising crimes and rising number of foreigners in Sabah? If there is, then the relevant authorities need to act immediately.

The group also provided some assistance for the family.

Eric was accompanied by SAPP Youth Chief Edward Dagul, supreme councillor Stephan Gaimin, CLC leaders, Kota Marudu Mudanita Chief, Pathlyn John Mikat and Khau Kha Wei.

Pathlyn who, a month ago had lodged a police report on a Pakistani who holds a dubious Mykad said that the SAPP Mudanita in Kota Marudu will continue to give moral support to the family members and monitor the situation until the matter is resolved. She called on to women to be extra vigilant, especially the young.

MENJELANG PRU, ANARKISME DIBAWA PAKATAN





Oleh : NOMY NOZWIR DAN MD IZWAN

KUALA LUMPUR : Perwakilan Umno terus menghentam Pakatan Rakyat (PR), dengan berkata pakatan pembangkang itu hanya mencetus huru-hara dalam negara, dengan pilihan raya umum (PRU) semakin hampir, yang akan diadakan selewat-lewatnya April tahun depan.

Pada hari kedua persidangan, perwakilan berhujah dengan mengatakan PR mengajukan liberalisme dan kebebasan mutlak yang menuju kepada anarkisme serta huru-hara.

Datuk Samsol Bari Jamali dari Johor berkata, pembangkang membawa budaya ekstremisme yang membawa perpecahan dan pertelingkahan.

“PAS membawa budaya ekstremisme agama, DAP pula membawa hak kesamarataan tanpa mengira kepentingan setiap bangsa, PKR pula membawa ideologi liberalisme yang hanya menjurus pada anarkisme,” kata Samsol dalam ucapan perbahasannya.

Menurut Samsol, semasa pilihan raya pertama, Umno sanggup berkongsi kuasa dengan MCA dan MIC walaupun populasi Melayu pada ketika itu ialah 80 peratus.

“Apakah ini ‘apartheid’ dan rasis seperti yang didakwa pembangkang? Siapa sebenarnya ‘apartheid’ dan rasis?” kata Samsol lagi.

DERMA POLITIK RM40 JUTA TERLALU KECIL






Oleh : MOHD FARHAN DARWIS DAN LEANNZA CHIA

KUALA LUMPUR : Beberapa ahli Umno kelmarin menolak kontroversi terhadap dana RM40 juta Umno Sabah sebagai “terlalu kecil” untuk keseluruhan Sabah menjelang pilihan raya umum (PRU) ke-13 akan datang.

Arsit Sedi @ Sidik, perwakilan dari Putatan menjelaskan, jumlah itu umpama “a very small dot” dan berkata, bagi Bahagian Putatan sendiri, Umno memerlukan sehingga RM6 juta ketika pilihan raya.

“RM40 juta itu jumlah yang kecil, saya tidak rasa ia mencukupi untuk pilihan raya akan datang. Jumlah yang diperlukan sangat tinggi, terutamanya Sabah. Jika berbicara soal RM40 juta, memang tidak cukup untuk menggerakkan jentera. Ia hanya umpama “dot yang kecil,” katanya kepada The Malaysian Insider selepas sesi perbahasan ucapan dasar  presiden berhenti rehat untuk solat Jumaat ketika Perhimpunan Agung Umno ke-66 kelmarin.

Ketua Menteri Sabah, Datuk Musa Aman dikaitkan dengan dana politik berjumlah RM40 juta, yang digunakan pembangkang untuk menghentam Barisan Nasional (BN) di kubu kuat mereka di Sabah.

Isu berkenaan mendapat perhatian apabila Datuk Seri Mohamed Nazri Aziz berkata di Parlimen, Musa dibebaskan daripada dakwaan rasuah dan penyeludupan wang yang melibatkan peniaga kayu Sabah, Michael Chia.

“Saya rasa itu hanya isu pembangkang untuk membesarkan isu tersebut,” tambah Arsit.

Perwakilan Sabah daripada Batu Sapi, Sahak Noh turut bersetuju bahawa dana berkenaan tidak mencukupi dan signifikan untuk pilihan raya akan datang, dan tidak memberikan kesan dalam pilihan raya akan datang.

“Pada pendapat saya, ia isu peribadi yang telah dimanipulasi oleh pembangkang, yelah ... pilihan raya sudah dekat. Saya yakin masyarakat akan sedar mereka cuba mengaburi rakyat,” kata Sahak.

Perdebatan berhubung isu tersebut semakin hangat apabila Pakatan Rakyat (PR) mendakwa kenyataan Nazri membebaskan Musa walaupun tidak mempunyai bukti kukuh daripada Suruhanjaya Bebas Membanteras Rasuah (ICAC) Hong Kong.

Menurut Nazri, ICAC menutup kes berkenaan selepas Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mendapati wang itu digunakan untuk Umno Sabah, dan bukannya Musa.