Oleh : NOMY NOZWIR DAN MD
IZWAN
KUALA LUMPUR : Perwakilan
Umno terus menghentam Pakatan Rakyat (PR), dengan berkata pakatan pembangkang
itu hanya mencetus huru-hara dalam negara, dengan pilihan raya umum (PRU)
semakin hampir, yang akan diadakan selewat-lewatnya April tahun depan.
Pada hari kedua persidangan,
perwakilan berhujah dengan mengatakan PR mengajukan liberalisme dan kebebasan
mutlak yang menuju kepada anarkisme serta huru-hara.
Datuk Samsol Bari Jamali
dari Johor berkata, pembangkang membawa budaya ekstremisme yang membawa
perpecahan dan pertelingkahan.
“PAS membawa budaya
ekstremisme agama, DAP pula membawa hak kesamarataan tanpa mengira kepentingan
setiap bangsa, PKR pula membawa ideologi liberalisme yang hanya menjurus pada
anarkisme,” kata Samsol dalam ucapan perbahasannya.
Menurut Samsol, semasa
pilihan raya pertama, Umno sanggup berkongsi kuasa dengan MCA dan MIC walaupun
populasi Melayu pada ketika itu ialah 80 peratus.
“Apakah ini ‘apartheid’ dan
rasis seperti yang didakwa pembangkang? Siapa sebenarnya ‘apartheid’ dan
rasis?” kata Samsol lagi.
No comments:
Post a Comment