Monday, 31 October 2011

CORRECT! CORRECT! CORRECT! BJ NOT BLOW JOB!



Oleh : PAPARAZZI SABAHKINI.NET

SELEPAS Cynthia Joseph mendedahkan identiti Ketua Pengarang Akhbar yang melakukan gangguan seksual terhadap seorang kolumnis wanita di Akhbar Daily Express melalui artikel ‘Jom Boikot Daily Express; James Sarda telah menghantar SMS baru ‘menggunakan akal keling’ untuk menafikan kenyataan kolumnis dan Cynthia.

Dalam SMS terbarunya, James mencatatkan;

“I was alerted only just now by someone who said some nonsense in sabahkini. I pity u becos whoever d cynthia is may b out to embarrass u. If d cynthia had called me, i would even tell her d truth, dat i didnt say blow job. All i said was save it for bj. Meaning big job, i.e. If u want to enter politics. I even advised dat be careful to say d rite thing at d right time. U seem to hv misconstrued everything. U r talented n should not allow yrself to b ridiculed like wat dis cynthia has done, probbly without yr knowledge.”

Menurut James dalam SMSnya, BJ bukan bermaksud ‘Blow Job’ (Seks Oral) tetapi ‘Big Job’ (Tugas Besar/Penting), sedangkan dalam artikel Paparazzi sebelum ini bertajuk ‘Gunakan Mulut Anda Untuk ‘Blow Job’!’, secara jelas James melakukan gangguan seksual.

Dalam pada itu, menurut maklumat terbaru diterima, seorang Ahli Parlimen bercadang untuk membuat laporan polis dan membantah tindakan James Sarda melakukan gangguan seksual, bukan sahaja terhadap Kolumnis berkenaan, malah beberapa wartawan wanita lain.

Bagaimanapun, Ahli Parlimen berkenaan berharap agar James Sarda membuat kenyataan memohon maaf secara terbuka dan Pengarah Urusan Sabah Publishing House, Datuk Clement Yeh mengambil tindakan tata tertib terhadap James.

Percubaan Paparazzi menghubung James dan Clement tidak berjaya. Diharap mereka dapat membuat kenyataan terbuka sebelum perkara ini menjadi lebih serius, seperti dalam kes Roslan Johar yang berkata; “if u cannot fight rape, you might as well lay down and enjoy it.”


BATALKAN KURSUS PENDIDIKAN DI IPTS!




Oleh : JAAFAR ABDUL WAHID

PEMUDA Umno mendesak agar Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) menggugurkan Kursus Ijazah Pendidikan di Universiti Tun Abdul Razak (UNIRAZAK) jika graduan lepasan IPTS ini tidak dapat diterima sebagai Guru di Sekolah Kerajaan dan Bantuan Penuh Kerajaan.

Ketua Pemuda UMNO Tenom, Jamawi Jaafar berkata, itu adalah langkah terbaik agar anak-anak muda Sabah yang terpelajar ini tidak menjadi mangsa birokrasi Kementerian Pelajaran yang hanya menerima Graduan IPG dan IPTA mengajar di sekolah kerajaan.

Tegas Jamawi, seramai 152 orang graduan pendidikan di negeri ini yang telah menamatkan pengajian mereka di Unversiti Tun Abdul Razak (UNIRAZAK) dalam jurusan pendidikan masih menunggu khabar berita bagi ditempatkan di mana-mana sekolah di negeri ini.

Jamawi berkata, baru-baru ini beliau telah ditemui oleh beberapa orang lepasan dari Institusi tersebut yang berharap isu tersebut dapat disampaikan kepada pihak yang berkenaan.

Menurut Jamawi, dari jumlah tersebut mereka telahpun menerima izajah mereka pada tahun 2009, 2010 dan 2011, bagaimanapun sehingga kini mereka belum menerima sebarang tawaran untuk berkhidmat sebagai pendidik di mana-mana sekolah di negeri ini.

PERTEMUAN… Jamawi ketika mengadakan pertemuan bersama bersama Nizar Hj Sudin, Setiausaha Sulit Menteri Pelajaran dan Shamsuri Jamil Pegawai khas bahagian Guru mengenai guru GST dan IPTS di Kementerian Pelajaran minggu lepas.Sehubungan itu, Jamawi yang juga Exco Pergerakan Pemuda Umno Malaysia meminta Kementerian Pelajaran Malaysia agar mengambil inisiatif bagi membolehkan graduan lepasan UNIRAZAK ini diberikan peluang untuk berkhidmat di beberapa buah sekolah di negeri ini.

“Dengan ilmu yang mereka ada, khususnya dalam bidang pendidikan semasa belajar di unverisiti, kita merasa rugi jika tidak dapat dimanafaatkan dan dicurahkan kepada anak bangsa di negeri ini,” katanya ketika dihubungi kemarin.

Menurut Jamawi, hasil pertemuannya dengan Setiausaha Sulit Menteri Pelajaran dan Pegawai Khas Menteri (Bahagian Guru) baru-baru ini di Putra Jaya, beliau dimaklumkan Kementerian Pelajaran hanya mengambil dan menempatkan guru guru terhad kepada graduan keluaran IPG dan IPTA sahaja.

Sehubungan dengan itu katanya, Pergerakan Pemuda Umno Bahagian Tenom mendesak agar guru-guru yang dikeluarkan oleh IPTS seperti UNIRAZAK diberikan peluang untuk mengajar di sekolah-sekolah terutamanya di luar bandar bagi menampung kekurangan yang sedia ada.

“Kebanyakan mereka yang terlibat ini menjadi harapan ibubapa mereka, yang sudah tentu mereka agak kecewa bila anak mereka gagal mendapat pekerjaan yang menjadi sandaran untuk membela nasib dan masa hadapan keluarga mereka,” tambah Jamawi.

Dalam pada itu, Jamawi berkata Pergerakan Pemuda Umno Bahagian Tenom berharap kerajaan di bawah kepimpinan Perdana Menteri Datuk Seri Mohd.Najib Tun Abdul Razak dan Timbalannya Tan Sri Muhyiddin Yassin selaku Menteri Pelajaran; dapat membantu mereka yang terlibat yang majoritinya terdiri dari kalangan anak-anak muda ini agar mendapat tempat dan menyumbang jasa bagi menjana arus pembangunan pendidikan Negara, kerana pendidikan yang mereka perolehi ini boleh digunakan pakai untuk memperkasakan lagi mutu pendidikan dan pencapaian dalam bidang akademik yang lebih cemerlang.

KUALA PENYU PERLU KOMPLEKS PERIKANAN



MESRA..Lajim ketika mengiringi Noh bersalaman dengan orang ramai sejurus tiba ke majlis tersebut.

Oleh : JAAFAR ABDUL WAHID

TIMBALAN Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Malaysia, Datuk Seri Panglima Haji Lajim Haji Ukin meminta agar kerajaan Persekutuan membina sebuah Kompleks Perikanan di daerah Kuala Penyu sebagai langkah strategik jangka panjang bagi membela kepentingan nelayan di daerah tersebut.

Menurut Lajim, Jabatan Perikanan telah mengenalpasti sebuah tapak yang sesuai untuk dimajukan sebagai tapak kompleks tersebut dan apabila dapat dilaksanakan akan mampu mengubah landskap pembangunan di daerah tersebut, sekali gus menjadi penyumbang kepada peningkatan ekonomi masyarakat setempat.

"Daerah ini memang begitu sesuai didirikan kompleks perikanan kerana kedudukannya yang berada di tengah-tengah antara Wilayah Persekutuan, Kota Kinabalu dan daerah di persekitaranya akan memberikan kemudahan kepada masyarakat nelayan untuk memungah hasil tangkapan mereka,” katanya ketika berucap di majlis Pesta Nelayan ke 11, di Menumbok, petang kemarin.

Pesta yang dihadiri lebih dari 2,000 orang masyarakat setempat itu dirasmikan oleh Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Seri Haji Noh Omar dan turut dihadiri oleh Wakil Rakyat Kuala Penyu John Teo Mau Sing; Wakil Rakyat Sinduman Haji Ahmad Bujang dan Pegawai Daerah Kuala Penyu selaku Pengerusi Penganjur Bersama Pesta Nelayan ke 11, Edmond Teo.

LANCAR…Lajim mengiringi Noh menarik tirai baner sebagai simbol perasmian pesta tersebut.

SAMBUTAN…..Noh yang diiringi oleh Lajim disambut dengan tarian tradisi masyarakat Tatana Kuala Penyu sejurus tiba untuk merasmikan pesta tersebut.

Menurut Lajim yang juga Ahli Parlimen Malaysia (Beaufort), selain aktiviti pemunggahan hasil tangkapan ikan, kompleks ini juga akan menjadi tempat membaiki kapal nelayan yang rosak di samping menjadi komplek yang mempelbagaikan industri hiliran ringan seperti memproses ikan menjadi keropok dan produk berasaskan ikan.

Lajim turut mencadangkan agar kerajaan memperbanyakkan projek membina tukun tiruan di kawasan perairan, khususnya di daerah tersebut yang boleh membantu para nelayan memperbanyakkan hasil tangkapan mereka.

Dalam perkembangan lain, beliau juga turut meminta kerajaan mengkaji semula pembatalan lebih dari 3,000 lesen nelayan kepada para nelayan di negeri ini yang turut menjejaskan taraf kehidupan masyarakat nelayan yang bergantung sepenuhnya kepada aktiviti penangkapan ikan.

“Saya minta kerajaan, khususnya jabatan yang berkaitan mengkaji semula pembekuan ini, jika ianya hanya melibatkan segelintir nelayan yang menyalah gunakan lesen yang diberikan, tindakan kepada mereka yang terlibat sahaja perlu dilakukan “ jelas Lajim.

PEMUDA PAS GESA KAJI AKTA TENTERA 1972


Oleh : MOHD FIRDAUS MUHAMMAD NOOR

DEWAN Pemuda PAS Negeri Sabah (DPPNS) kelmarin menggesa dan mencabar kerajaan pimpinan Datuk Seri Najib Tun Razak untuk meminda dan mengkaji Akta Tentera 1972, yang disifatkan sebagai menzalimi anggota tentera peringkat bawahan.

Ketua Penerangannya, Mohd Zulfikar Abd. Mijan (gambar) mendakwa, Kementerian Pertahanan perlu mengkaji serta membuat pindaan terhadap akta tersebut memandangkan pemansuhan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) telah diumumkan Perdana Menteri baru-baru ini.

“Akta ini tidak adil kepada anggota tentera kerana bersifat zalim. Akta ini tidak melibatkan kepada pegawai tertinggi,” dakwanya kepada Sidang Media selepas Perasmian Majlis Konvokesyen PASTI Kawasan Kota Kinabalu Kali Ke-21 di Dewan Sa’adah, Wisma MUIS, Kota Kinabalu.

Beliau menambah, kerajaan perlu melaksanakan undang-undang yang sama rata kepada semua anggota tentera dan tidak tertumpu kepada anggota bawahan sahaja.

Pada 25 Oktober lalu, beliau mendakwa berlakunya penindasan dan penyelewangan terhadap anggota ‘apprentice’ Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM).

Ketika diminta mengulas isu berkenaan, beliau mendakwa kerajaan sudah menghabiskan berbillion ringgit disebabkan penyelewengan dan penindasan tersebut. Dakwanya, kerajaan dan TLDM perlu memberi penjelasan lanjut dan bukannya berselindung mencari pelbagai alasan.

“Sekiranya kerajaan dan TLDM telus dan bersungguh memperjuangkan hak dan kebajikan anggota tentera, maka PAS mencabar supaya isu ini dijawab dalam masa tujuh hari. Kerajaan tidak perlu khuatir terhadap pendedahan ini,” cabarnya.

Beliau juga meminta agar pihak pengurusan tertinggi TLDM tidak gelabah dan ‘melenting’ kerana penindasan tersebut juga melibatkan kepentingan anggota yang terdiri daripada golongan belia.

“PAS komited kepada golongan belia. PAS sama sekali tidak mempolitikkan isu ini, kerana PAS sudah sedia maklum sebagai parti yang memperjuangkan hak dan kebajikan rakyat,” jelasnya.

Tambah beliau, walaupun skim berkenaan telah dimansuhkan oleh TLDM dan hampir 200 daripada 1,000 pelatih telah berhenti namun anggota yang berhenti tersebut wajar menerima pampasan dan ganti rugi terhadap penindasan tersebut.

“Mereka ini perlu diberikan pampasan dan ganti rugi. Mereka ini berada di kalangan mereka yang ditindas dan kerajaan yang menindas perlu bertanggungjawab,” ujarnya.

SKANDAL KETUA WANITA UPKO BEAUFORT?



Oleh : KREW SABAHKINI.NET

CARA pemilihan Ketua Pergerakan Wanita Bahagian Beaufort, baru-baru ini diragui banyak pihak, khususnya ahli-ahli pergerakan itu sendiri ekoran dakwaan bahawa pemilihan seorang peniaga, Linda Anthony, kerana dikatakan mesyuarat agungnya hanya dihadiri beberapa orang perwakilan sahaja.

Menurut maklumat itu lagi, tiada dicatat jumlah kehadiran perwakilan yang dapat mengesahkan sama ada korum mesyuarat dipatuhi atau sebaliknya.

Linda, seorang muka baru dikatakan hanya mempunyai tujuh pencalonan manakala penyandang, Datin Mariah Johnny pula hanya ada dua pencalonan. Secara matematik mudah hanya sembilan cawangan keseluruhan membuat pencalonan sedangkan bahagian itu mempunyai kira-kira 90 cawangan.

Menjadi tanda tanya besar, ke mana bilangan cawangan lain menghilang dan gagal membuat pencalonan?

Walaupun dengan keadaan itu, pemilihan pergerakan wanita bahagian itu terpaksa diteruskan dengan andaian jika tiada perwakilan yang membuat ‘bising’ maka sahlah pemilihan meskipun ia dianggap misteri bagi ahli yang mengikuti perkembangan secara senyap.

Pemilihan Ketua Wanita baru itu dipercayai hanya ‘diendorse’ oleh beberapa orang perwakilan sahaja setelah penyandangnya, Datin Mariah menarik diri.

Tidak cukup dengan kecelaruhan itu, Linda yang baru saja menjadi Ketua Pergerakan itu terus menunjuk belang dengan menghilangkan diri apabila pergerakan itu menghantar perwakilannya ke Kongres Pergerakan Wanita UPKO Pusat di Penampang.

Lebih 10 perwakilan dan pemerhati dari bahagian itu dikatakan terpaksa membawa diri masing-masing tanpa ketua menyebabkan ada di antara mereka menyifatkan ketua itu sebagai tidak bertanggungjawab dan hanya ingin jawatan.

Mereka juga masih menunggu agar Linda datang memberi penjelasan, tetapi dikatakan terus ghaib dan tidak menghadiri mesyuarat yang sepatutnya dia hadiri.

Mereka mahu kepimpinan tertinggi UPKO menjalankan siasatan dan mengambil tindakan sekiranya pemilihan ketua pergerakan itu yang dijalankan tidak mengikut peraturan bagi mengelakkan masalah kepada pergerakan wanita bahagian itu.