Monday, 31 October 2011

BATALKAN KURSUS PENDIDIKAN DI IPTS!




Oleh : JAAFAR ABDUL WAHID

PEMUDA Umno mendesak agar Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) menggugurkan Kursus Ijazah Pendidikan di Universiti Tun Abdul Razak (UNIRAZAK) jika graduan lepasan IPTS ini tidak dapat diterima sebagai Guru di Sekolah Kerajaan dan Bantuan Penuh Kerajaan.

Ketua Pemuda UMNO Tenom, Jamawi Jaafar berkata, itu adalah langkah terbaik agar anak-anak muda Sabah yang terpelajar ini tidak menjadi mangsa birokrasi Kementerian Pelajaran yang hanya menerima Graduan IPG dan IPTA mengajar di sekolah kerajaan.

Tegas Jamawi, seramai 152 orang graduan pendidikan di negeri ini yang telah menamatkan pengajian mereka di Unversiti Tun Abdul Razak (UNIRAZAK) dalam jurusan pendidikan masih menunggu khabar berita bagi ditempatkan di mana-mana sekolah di negeri ini.

Jamawi berkata, baru-baru ini beliau telah ditemui oleh beberapa orang lepasan dari Institusi tersebut yang berharap isu tersebut dapat disampaikan kepada pihak yang berkenaan.

Menurut Jamawi, dari jumlah tersebut mereka telahpun menerima izajah mereka pada tahun 2009, 2010 dan 2011, bagaimanapun sehingga kini mereka belum menerima sebarang tawaran untuk berkhidmat sebagai pendidik di mana-mana sekolah di negeri ini.

PERTEMUAN… Jamawi ketika mengadakan pertemuan bersama bersama Nizar Hj Sudin, Setiausaha Sulit Menteri Pelajaran dan Shamsuri Jamil Pegawai khas bahagian Guru mengenai guru GST dan IPTS di Kementerian Pelajaran minggu lepas.Sehubungan itu, Jamawi yang juga Exco Pergerakan Pemuda Umno Malaysia meminta Kementerian Pelajaran Malaysia agar mengambil inisiatif bagi membolehkan graduan lepasan UNIRAZAK ini diberikan peluang untuk berkhidmat di beberapa buah sekolah di negeri ini.

“Dengan ilmu yang mereka ada, khususnya dalam bidang pendidikan semasa belajar di unverisiti, kita merasa rugi jika tidak dapat dimanafaatkan dan dicurahkan kepada anak bangsa di negeri ini,” katanya ketika dihubungi kemarin.

Menurut Jamawi, hasil pertemuannya dengan Setiausaha Sulit Menteri Pelajaran dan Pegawai Khas Menteri (Bahagian Guru) baru-baru ini di Putra Jaya, beliau dimaklumkan Kementerian Pelajaran hanya mengambil dan menempatkan guru guru terhad kepada graduan keluaran IPG dan IPTA sahaja.

Sehubungan dengan itu katanya, Pergerakan Pemuda Umno Bahagian Tenom mendesak agar guru-guru yang dikeluarkan oleh IPTS seperti UNIRAZAK diberikan peluang untuk mengajar di sekolah-sekolah terutamanya di luar bandar bagi menampung kekurangan yang sedia ada.

“Kebanyakan mereka yang terlibat ini menjadi harapan ibubapa mereka, yang sudah tentu mereka agak kecewa bila anak mereka gagal mendapat pekerjaan yang menjadi sandaran untuk membela nasib dan masa hadapan keluarga mereka,” tambah Jamawi.

Dalam pada itu, Jamawi berkata Pergerakan Pemuda Umno Bahagian Tenom berharap kerajaan di bawah kepimpinan Perdana Menteri Datuk Seri Mohd.Najib Tun Abdul Razak dan Timbalannya Tan Sri Muhyiddin Yassin selaku Menteri Pelajaran; dapat membantu mereka yang terlibat yang majoritinya terdiri dari kalangan anak-anak muda ini agar mendapat tempat dan menyumbang jasa bagi menjana arus pembangunan pendidikan Negara, kerana pendidikan yang mereka perolehi ini boleh digunakan pakai untuk memperkasakan lagi mutu pendidikan dan pencapaian dalam bidang akademik yang lebih cemerlang.

No comments:

Post a Comment