Monday, 31 December 2012

RADIN MALLEH MASIH POPULAR




INTIM..... Keintiman Datuk Radin dan Datuk Musa menguatkan tanggapan umum bahawa Radin masih relevan dalam politik masa kini.

Oleh: JACKSON LU

TENOM: Susulan kehadiran Ketua Menteri Datuk Seri Musa Haji Aman ke majlis sambutan Krismas tahun 2012 di kediaman Pembantu Menterinya, Datuk Radin Malleh di Kg Makakumpai dekat sini, pada Jumaat lalu menyebabkan ramai yang memberi reaksi positif bahawa beliau (Radin) masih popular di kawasan Dun Melalap.

Malahan beberapa pemimpin akar umbi, antaranya bekas Ketua Daerah Haji Maribin Rugin, Pemaju Mukim Simon Mamat dan Sidekly Sunggin meramalkan bahawa beliau masih berupaya untuk mempertahankan kerusi itu pada pilihanraya umum kali ke-13 (PRU-13) akan datang ini.

Kemungkinan mereka itu didasarkan kepada sambutan masyarakat sekeliling yang dianggarkan kira kira 2,000 orang yang membanjiri perkarangan Datuk Radin Malleh ketika menyambut ketibaan Ketua Menteri Sabah itu untuk menghadiri acara rumah terbuka Krismas yang julung kali dihadirinya.

Keintiman antara Musa dan Radin di majlis itu turut menguatkan tanggapan mereka bahawa kepimpinan Barisan Nasional (BN) Negeri Sabah yang diterajui Musa masih mengiktiraf kepimpinan Radin di kawasan Melalap dan seterusnya kepada kerajaan negeri ini.

Bagaimana pun, tidak kurang juga pihak lain berpendapat bahawa, masih banyak lagi yang perlu dilakukan Radin untuk memantapkan lagi sokongan rakyat di sini terhadap BN, sekiranya beliau diberi mandat sekali lagi oleh pucuk pimpinan untuk mempertahankan kawasan itu pada PRU-13 bagi penggal ke-5.

Radin yang berasal dari Kg Entabuan merupakan salah seorang terpelajar suku Murut yang pertama mendapat Ijazah dalam bidang perundangan (LLB) dari United Kingdom sekitar tahun 1980-an dan pernah dilantik ke jawatan Ketua Trafik Polis Negeri berpangkat Penguasa Polis; sejurus selepas beliau kembali ke negeri ini setelah mendapat Ijazah tersebut.




LAWAT.....Salah satu aktiviti Roger ketika menjelajah pelusuk kampung di kawasan Dun Melalap.

Dalam pada itu, di pihak pembangkang juga tidak kurang hebatnya meskipun gelombang politik mereka sering bergelora sesama sendiri namun kehadiran muka baru yang juga seorang Peguam Roger Stimin 32, yang berkemungkinan besar akan dicalonkan oleh Parti Maju Sabah (SAPP) di kawasan Dun Melalap pada PRU-13 disifatkan banyak pihak sebagai pencabar utama Radin.

Roger Stimin seorang pendatang baru dalam arena politik berasal dari Kg Pulong merupakan lulusan Undang Undang (LLB) dari Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) dan juga Diploma dalam bidan Perniagaan, kini sedang giat mengatur program menjelajah pelusuk kampong untuk memperkenalkan dirinya selain membiasakan dirinya terhadap penghidupan rutin harian penduduk.

Kawasan Dun Melalap mempunyai pengundi terdaftar seramai 10,485 (daftar pengundi tahun 2011) dimana dalam jumlah tersebut pengundi suku KDM dianggarkan 60 peratus, Bumiputra Islam 15 peratus manakala pengundi Cina sejumlah 25 peratus.

PBS LUMPUH DI BATU SAPI?






SERAH....Osman PBS Karamunting menyerahkan borang keahlian kemasukan PKR kepada Anwar.

Oleh : SHAIMON S JUMADI         Foto : SAFFIE S JUMADI

KETUA Umum Parti KeAdilan Rakyat (PKR) Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata terdapat  beberapa sebab mengapa sejak kebelakangan ini ramai di kalangan  ahli-ahli parti komponen BN/UMNO meninggalkan parti masing-masing kemudian  mereka menyertai parti pakatan rakyat khususnya Parti KeAdilan Rakyat (PKR) kerana mereka sudah hilang keperpayaan langsung dan muak terhadap pucuk pimpinan BN/UMNO untuk terus menjadi tampuk pemerintahan di negara ini khususnya di Sabah.

Ini jelas kata Anwar kemasukan beramai-ramai ahli-ahli parti komponen BN khususnya PBS kawasan Sekong yang membabitkan 15 cawangan dan melibatkan seramai 400 orang termasuk 200 ahli-ahli UMNO cawangan Kampung Tinosa kawasan Libaran menunjukkan mereka telah menolak perjuangan UMNO/BN yang tidak jelas banyak janji-janji dilafazkan oleh wakil-wakil rakyat tetapi tidak pernah ditetapi.

Katanya lagi, beberapa cawangan PBS dan UMNO yang keluar dan menyertai parti Pakatan Rakyat ialah iaitu PBS cawangan Shing Kee di ketuai Dalius Lusius Lobinting; cawangan Bangsawan Osman Jambu; Pemuda Bahagian  Karamunting Suhardi Awang; Wanita bahagian PBS Faridah Selamat; PBS Karamunting Baru Atang Usop; PBS Cawangan Kg Segaliud Kalana Hj Basah;  PBS Cawangan Kg Gas, Imam Abdul Rahman Asan; PBS Cawangan Kg Gas Tengah Nasib Jaapar dan Cawangan UMNO Kampung Tinosa II  Manguna Hamzah.

Anwar berkata demikian sejurus selepas merasmikan Konvensyen KeAdilan Rakyat Gabungan Cabatan Parlimen Libaran dan Batu Sapi dan majlis Penyerahan Borang-Borang  Keahlian kemasukan ke PKR yang dilangsungkan di Dewan SM Yu Yuan Sandakan petang kelmarin.

Katanya, rakyat sudah bosan dengan janji-janji manis para pemimpin BN/UMNO yang banyak menabur janji tetapi yang ditunaikan tidak sampai 40 peratus itupun  hanya kroni-kroni mereka sahaja yang mendapat keistimewaan, yang selebihnya telah dianak tirikan.




“Seperkara lagi saya ingin tegaskan, sesiapa saja diletakan calon; sama ada di kawasan luar Bandar dan kawasan Bandar; sama ada daripada PKR, DAP, PAS dan SAPP yang bertanding pada PRU 13 nanti;  semua anggota parti PR, wajib saling bantu membantu untuk mempastikan calon-calon daripada pembangkang memperoleh kejayaan dan  merampas semua kerusi milik BN/UMNO,” tegasnya.

Program yang dimulakan dari jam 1.30 dan berakhir jam 5.40 petang telah dihadiri seramai 4,000 orang yang terdiri daripada ahli-ahli Pakatan Rakyat yang membabitkan PKR, DAP, PAS dan SAPP.

Turut Hadir ialah Tan Seri Ibrahim Ninuddin, Zuraidah Kamaruddin Ketua  Wanita KeAdilan Malaysia  dan Ketua Sri Kandi Cabang Semporna Nazmahwati Walli.

BE WARY OF "POLITICAL CHAMELEON"






KOTA BELUD : Sabah Umno Liaison deputy chairman Datuk Seri Salleh Said Keruak wants the people in the state to be wary of 'political chameleons' who frequently change their colour or stand purely to ensure their political survival.

He said when they were holding positions in the Barisan Nasional (BN) government, they supported the state and national development agenda and praised the government's concern for the problems faced by the people, but their tone changed when they joined the opposition camp.

"Now, we observe that they attack the development agenda which they had previously supported, and made numerous sweet promises merely to win the people's support.

"Actually, some of these opposition leaders had held positions as assistant ministers, ministers and deputy chief minister in the state cabinet line-up for years before defecting to the opposition pact.

"Can the people trust these 'political chameleons'?" he told reporters after attending a programme with the Malaysian People's Volunteer Force (RELA), here today.

In this context, Salleh hoped the people of Sabah would not easily be influenced by the sweet promises made by the opposition, but should instead evaluate the quality of leadership of the politicians who supported the opposition pact when they were in power previously and not "when they no longer hold any position in the government".

Brushing aside the allegations by the opposition that the BN government did not bring any development for the people of Sabah, Salleh said the opposition pact leaders had run out of issues and were now only making sweet promises and lies to win the people's support for the 13th general election.

"I believe the people are wise in assessing the development brought by the BN government and would not be easily influenced by the dirty tactics of the opposition," he said.

Salleh, who is also the State Legislative Assembly Speaker, expressed confidence that the BN was now in a strong position to achieve a major victory in the looming general election.

On RELA, he said RELA members should become the 'eyes and ears' of the government especially in the aspect of security including on the issue of the presence of illegal immigrants. (BERNAMA)

BN UTAMAKAN PATI, PERSENDA RCI





WAWANCARA...Sabahkini.Net sedang menemubual Zuraidah mengenai kemasukan ahli-ahli komponen BN/UMNO.

Oleh :  SAIMON S JUMADI           Foto : MIMIE HAMZAH

WANITA di negeri ini khususnya di kawasan Parlimen Batu Sapi dan Libaran  supaya bergerak cergas selari dengan kaum lelaki untuk bekerja keras bagi mempertingkatkan  dan memantapkan perjuangan parti KeAdilan Rakyat di setiap sudut untuk menawan hati rakyat agar  mendapat sokongan padu.

Dengan bantuan tenaga kerja kaum wanita PKR sudah semestinya perjuangan parti Pakatan khususnya  PKR di peringkat akar umbi semakin kukuh di samping dapat meyakinkan rakyat jelata.

Kami diperingkat pusat memang memerlukan bantuan daripada kaum wanita untuk sama-sama berjuang untuk menentang habis-habisan parti lawan iaitu BN dan UMNO bukan saja di Sabah bahkan di peringkat pusat.

Ketua Wanita PKR Malaysia Zuraidah Kamaruddin berkata demikian semasa diwawancara Sabahkini.Net kelmarin mengenai kemasukan 350 ahli-ahli Wanita PBS Sekong ke PKR yang diketuai Puan Norhayati Ajarai Ketua Wanita cawangan Kampung Cenderamata dan 250 ahli UMNO Cawangan Bandar Ramai-Ramai yang diketuai oleh Ketua cawangan UMNO Basrie Ibrahim.
Tambah Zuraidah kemasukan  seramai 600 ahli komponen BN yang menyertai  PKR  merupakan satu rahmat dan ini jelas memperlihatkan tanda-tanda BN/UMNO bakal kecundang pada PRU 13 nanti

Ditanya mengenai RCI, Zuraidah menjelaskan isu ini hanya satu gimik politik dengan tujuan untuk menggembirakan dan menyenangkan hati rakyat di Sabah. Sebenarnya benda ini tiada kesudahannya.

"Mahukah UMNO-BN di Sabah bakal kehilangan 1.5 juta rakyat asing yang sudah diberikan mykad sebagai pengundi tegar kepada calon-calon BN/UMNO pada pilihanraya nanti?” tanya Zuraidah.

Zuraidah menambah kerajaan BN/UMNO menggunakan pelbagai cara untuk menambat hati para belia di negara ini; termasuk di peringkat umur 12 tahun hingga 30-an sehingga berhak mendapat bantuan membeli telefon bimbit dari  harga RM350 hingga RM500; yang bertujuan memancing undi kaum belia supaya menyokong padu perjuangan UMNO/BN.




PENYOKONG...ZURAIDAH bersama para penyokong tegar Pakatan Rakyat Ranting Taman Melanta.

Kata Zuraidah, dengan bantuan pembelian handset itu, ia merupakan satu pembaziran duit kerajaan yang dianggarkan  menelan kos RM 300 juta.

 “Apa saja pemberian kerajaan yang disalurkan kepada rakyat, pastinya mereka ambil namun disebaliknya mereka tetap mengundi parti Pakatan Rakyat kerana mereka sudah sedar ini semua permainan kotor para pemimpin UMNO/BN untuk meraih simpati rakyat supaya  menyokong perjuangan mereka,” ujarnya.

Kata Zuraidah, tidak dinafikan kerajaan BN/UMNO mereka mengutamakan PATI daripada rakyat jati Negara. Jika PATI, mereka minta apa sahaja, walau baru setahun jagung di Sabah, sudah diberi kerakyatan Malaysia; sekalipun tidak fasih bertutur bahasa Malaysia.