KENINGAU: Kelewatan
pembayaran tuntutan kontraktor berpunca daripada dokumen-dokumen yang
dikehendaki oleh pihak kewangan Pejabat Pembangunan Persekutuan Sabah (PPNS)
tidak lengkap.
Pegawai Kemajuan Negeri
Sabah, Datuk Haji Matusin Sunsang berkata, jika terdapat kesilapan teknikal
atau dokumen yang dikemuka oleh pihak kontraktor semasa membuat tuntutan
pembayaran projek tidak lengkap ia menyebabkan pembayaran tidak dapat dibuat
mengikut tempoh yang dikehendaki.
Katanya, kesilapan teknikal
dan dokumen berkaitan tidak lengkap berlaku sama ada kelemahan di pihak
kontraktor dan pihak Pejabat Daerah sebagai agensi pelaksana.
“Apabila berlaku kesilapan
teknikal dan dokumen tidak lengkap terhadap tuntutan kontraktor yang
dikemukakan kepada pihak kewangan PPNS sudah pasti ia lewat dibayar kerana
dokumen akan dikembalikan untuk semakan Pejabat Daerah,” katanya kepada media
dalam siri lawatannya di daerah ini baru-baru ini.
Justeru itu katanya,
kedua-dua pihak iaitu pihak kontraktor dan Pejabat Daerah perlu meneliti
dokumen-dokumen yang berkaitan dengan tuntutan pembayaran projek sebelum
dikemukakan kepada pihak kewangan PPNS.
Ini katanya, bagi memastikan
tuntutan kontraktor dibayar mengikuti tempoh yang telah ditetapkan.
Menurut Matusin, pihak
kewangan PPNS akan membuat pembayaran tuntutan kontraktor dalam dua tiga hari
atau selewat-lewatnya dua minggu jika dokumen yang dikehendaki oleh pihak
kewangan dikemukakan dengan lengkap.
“Dakwaan pihak tertentu yang
mengatakan tuntutan kontraktor lewat dibayar kerana kerajaan tidak cukup wang
adalah tidak benar. Kita mempunyai wang yang cukup untuk membiayai
projek-projek yang telah diluluskan oleh kerajaan,” tegas Matusin.
Dalam hal ini Matusin
meminta pihak kontraktor supaya lebih teliti dan melengkapkan dokumen-dokumen
yang berkaitan sebelum mengemukakan dokumen tuntutan kepada pihak Pejabat
Daerah. (NST)
Kelemahan ini harus diperbaiki lagi.
ReplyDeleteIncomplete document should bring it up-to-date.
ReplyDeletepihak kontraktor dan Pejabat Daerah perlu meneliti dokumen-dokumen yang berkaitan dengan tuntutan pembayaran projek sebelum dikemukakan kepada pihak kewangan PPNS.
ReplyDeletePrompt up the documents matter to resolve the issue efficiently.
Semoga pembayaran dapat dibuat mengikuti prosedur dan tempoh yang ditetapkan.
ReplyDeleteKontraktor bertanggung jawab melengkapkan dokumen tersebut.
ReplyDeleteSurveyors should play a key role in the construction industry and in the development of Sabah
ReplyDeleteCM Musa Aman said these professionals were vital to the property and construction sectors as they identified land, calculated the cost of construction, made appraisals of developments and analysed the viability of projects.
ReplyDeletegovernment was aware of the efforts from professional institutions and associations, including RISM, to improve the state’s economy, and was grateful to their contribution.
ReplyDeletethe government was open to suggestions from professional bodies to improve the delivery system, and willing to listen to feedback and constructive criticisms and get the relevant authorities to work with RISM on resolving issues involving their profession
ReplyDeleteSabah is undergoing unprecedented development whereby many economic sectors are also developing in tandem
ReplyDeleteDokumen harus dikemaskini.
ReplyDeletekena pastikan dokument sentiasa lengkap.
ReplyDeletedokument lengkap, pembayaran pn cepat.
ReplyDeletekalau apply apa2 kerja ka bantuan, gerenti borang yang tidak lengkap akan terus reject.
ReplyDeleteMaksudnya tiada berlaku penyelewengan dalam perkara ni.
ReplyDelete