KUALA LUMPUR : Ahli Parlimen
Kuala Langat, Abdullah Sani Abdul Hamid kecewa dengan jawapan yang diberikan
oleh Timbalan Menteri Dalam Negeri, Datuk Wira Abu Seman ketika sesi soal jawab
Sidang Dewan Rakyat.
Abdullah pada sesi soal
jawab mengemukakan soalan tambahan mengenai keberkesanan sistem biometrik yang
diperkenalkan kerajaan memandangkan peningkatan kejadian jenayah sosial warga
asing.
Namun Abu Seman menafikan
perkara berkenaan dan menyatakan dakwaan tersebut tidak benar.
“Soalan saya jelas, apa
sudah jadi dengan biometrik yang dikatakan efisyen dan mencemarkan keraguan
yang berlaku iaitu tidak berada dalam pendaftaran negara tetapi ada dalam
pendaftaran pemilih.
“42,000 orang (mendaftar),
statistik yang dibuat oleh biometrik itu tidak sama dengan statistik
Kementerian Sumber Manusia (sehingga Julai 2012) kata 1.9 juta. Jawapan Menteri
(Abu Seman) 1.5 juta. Sudah ada percanggahan,” katanya dalam reaksi di lobi
Parlimen.
Sebelum itu, Abu Seman
memaklumkan kepada Dewan Rakyat sebanyak 1,581,264 orang pekerja asing yang
berikan pas lawatan kerja sementara oleh Imigresen sehingga 1 September 2012.
Ujar Abdullah lagi, sistem
biometrik yang diperkenalkan kerajaan ini seolah-olah ‘mempunyai udang di sebalik
batu’.
Sistem biometrik mula
diperkenalkan pada Jun 2011 bagi mengesan warga asing yang memasuki negara
melalui 96 pintu masuk aktif di seluruh negara.
No comments:
Post a Comment