Sunday, 28 October 2012

LALUAN SUKAR PEMBANGKANG SABAH





Oleh : LOPUNG

SABAH bakal jadi tumpuan pada PRU 13 ini. Suatu ketika dahulu, kerajaan BN tidak menghiraukan kerusi di Sabah kerana kerusi di Semenanjung sudah mencukupi untuk membentuk sesebuah kerajaan, namun kini berbeza. Ketua kedua-dua parti, sama ada Pakatan mahupun BN, masing-masing sibuk meninjau perkembangan di Sabah.

Perletakan jawatan dua MP daripada BN adalah satu tamparan besar bagi BN kerana kedua-duanya dikatakan berpengaruh di kawasan masing-masing. Kini kedua mereka ini menjadi MP bebas yang menyokong Pakatan. Ia sudah pasti memantapkan lagi jentera serangan pakatan kerana dengan keupayaan dan pengalaman mereka dalam kerajaan akan digunakan untuk menyerang hendap kubuh kuat BN.

Namun mampukah mereka berdua ini membawa penyokong masing-masing membuat perubahan lanskap politik Sabah dan membantu pakatan rakyat menerajui Putrajaya?

Menerusi pertubuhan masing-masing, mereka terus bergerak ke seluruh Sabah untuk meraih sokongan; tapi persoalannya, mampukah pembangkang menawan Sabah dengan kehadiran mereka berdua ini?

Pemerhati politik melihat mereka ini hanya pengacau pada PRU 13 ini kerana dikatakan akan bertanding atas tiket bebas yang menyokong Pakatan dan  menggunakan lambang PKR pada Pilihanraya akan datang dengan calon-calon pilihan masing-masing.

Belum pun redah isu STAR dengan PR yang tidak sebulu, kini timbul masalah secara senyap masuk ke dalam politik pembangkang Sabah. Seandainya perkara ini tidak dapat ditangani, perkara di Kelantan bakal berlaku di Sabah; di mana Ibrahim Ali yang menjadi calon bebas dengan menggunakan lambang PAS pada PRU 12 lepas telah menang dan menewaskan calon BN serta calon PAS sendiri.

Tambahan pula di semua mesyuarat agung parti BN pada kali ini, mendapati pertambahan ahli dan pertambahan cawangan. Ini juga satu faktor yang menyebabkan laluan pembangkang di Sabah amat sukar.

Kehadiran STAR pula amat diragui kerana di peringkat kebangsaan dan Sarawak, Star telah menyatakan sokongan padu kepada kerajaan dan STAR Sabah pula bertindak sebagai pembangkang dan mewujudkan politik Anti-Semenanjung.

Namun persoalannya, mengapa Datuk Dr Jeffrey Kitingan dikatakan berjumpa dengan Bekas Bendahari Agung UMNO di Karambunai baru-baru ini? Adakah beliau mempunyai agenda tersirat untuk memecah belahkan penyokong parti pembangkang di Sabah dan menyukarkan PR untuk menawan Sabah?

No comments:

Post a Comment