Monday, 29 October 2012

LDP CABAR PR BUBAR DUN 4 NEGERI





SIDANG MEDIA….V.K Liew sedang diwawancara oleh para Wartawan daripada beberapa media.

Oleh : SHAIMON S JUMADI          Foto : HURRY CHUNG

PRESIDEN Parti  Leberal Demokratik  (LDP) merangkap Ketua Bahagian LDP Kawasan Elopura, Datuk Liew Vui Keong mencabar Pakatan Rakyat agar membubarkan Dewan Undangan Negeri  (DUN) di empat buah negeri iaitu Pulau Pinang, Kedah, Kelantan dan Selangor tanpa perlu menunggu sehingga BN membubarkan Parlimen dan negeri di bawah BN.

Katanya, Pakatan Rakyat mempunyai kuasa mutlak sebagai Ketua Menteri dan tiga Menteri Besar  di keempat negeri tersebut boleh membubarkan  dengan sendirinya pada bila-bila masa sahaja.

V.K Liew berkata demikian dalam satu sidang media sejurus selepas merasmikan Mesyuarat Agung Tahunan dua Bahagian Parti LDP yang membabitkan kawasan Tanjung Papat dan Elopura  di Ballroom Restoran Heng Loong Pasar Raya Km 7.8 Jalan Utara Sandakan, kelmarin.

“Parti pembangkang hanya tahu bercakap banyak tetapi tidak serupa bikin. Mereka hanya pandai mencabar Barisan Nasional (BN) supaya membubarkan Dewan Undangan Negeri dan Parlimen dengan secepat mungkin; tetapi mereka pula tidak berani membubarkan Dewan Undangan Negeri di negeri masing-masing,” tegas V.K.Liew.

Ditanya usaha UMNO menubuhkan Jawankuasa Khas Elak Sabotaj Parti 2008 untuk memantau agar ahlinya tidak mensabotaj parti semasa pilihanraya umum ke 13 (PRU-13) nanti, V.K. Liew memuji usaha tersebut kerana dengan adanya jawatankuasa khas itu, UMNO boleh mengambil tindakan keras terhadap mana-mana ahli parti.

"Kemungkinan mereka yang tidak terpilih menjadi calon akan kecewa lantas menyokong mana-mana parti pembangkang ataupun meletakan calon bebas yang terdiri di kalangan ahli UMNO sendiri," kata V.K.Liew.

Tambah V.K.Liew lagi, senario mensabotaj parti ini pernah berlaku kepada LDP di kawasan Merotai pada PRU ke 12 di mana Liew Yun Fatt  tidak dipilih semula bertanding sebagai ADUN pada masa itu; lantas  telah mensabotaj  parti bukan saja kepada LDP bahkan kepada Barisan nasional (BN) kerana meletakkan seorang ahli LDP menjadi calon bebas untuk menentang calon BN.

“Bila hal ini diketahui siapa dalangnya kedua-dua mereka dipecat kerana menderhaka kepada parti dan diambil tindakan tatatertib; tetapi amat mendukacitakan kita, mereka diterima pula sebagai ahli Parti Gerakan,” ujarnya.

Ada beberapa perkara penting, tambah Liew, yang perlu diambil kira iaitu menubuhkan Jawatankuasa Khas seperti mana yang UMNO tubuhkan baru-baru  dan beliau akan ajukan dan bincang  secara terperinci dengan pucuk Pimpinan Tertinggi Barisan Nasional (BN) kerana BN juga perlu menubuhkan jawatan berkenaan.

Katanya lagi, dengan menubuhkan Jawatankuasa Khas BN ini akan dapat mengelakan kemasukan ahli-ahli komponen BN yang telah dipecat atas sebab-sebab mensabotaj agar mereka tidak diterima oleh mana-mana parti komponen BN yang sedia ada.

Sebagai contoh, kata V.K.Liew, seandainya salah seorang itu telah dipecat daripada LDP dan kemudian menyertai parti PBS atau UPKO; maka pihak parti berkenaan sebelum menerimanya harus merujuk kepada parti asal yang disertainya dahulu.

"Parti yang hendak disertai hendaklah menyiasat kenapa orang ini dipecat, apa kesalahannya dan inilah  kaedah yang  kita mahu. Kalau mereka sudah membuat kesalahan  dengan parti komponen yang lain,  maka orang seperti ini  sudah tidak mempunyai keyakinan terhadap perjuangan parti Barisan Nasional (BN). Mereka tidak patut diterima kerana mereka tidak ubah seperti duri dalam daging,”  jelasnya lagi.

23 comments:

  1. Pakatan Rakyat is losing the fight for the hearts and minds of female voters, most of whom view the opposition pact and its leader Anwar Ibrahim negatively.

    ReplyDelete
  2. Pakatan Rakyat is putting on a bold face as it attempts to move on and forge ahead despite survey results showing a huge jump in Datuk Seri Najib Razak’s popularity

    ReplyDelete
  3. Pakatan Rakyat has rejected the need for a race relations law as a Barisan Nasional ploy to bolster flagging public support for the government’s 1 Malaysia concept, which was launched to tighten racial unity.

    ReplyDelete
  4. Pakatan Rakyat alternative budget has no direction and planning. in comparison, Sabah is much bigger than Penang and endowed with natural resources and is now developing rapidly

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sabah is not is a poor state and if the opposition say this is a poor state, why do the developers from their place (Penang) come and sell the property to the people of Sabah

      Delete
  5. Pakatan pembangkang yang kini mentadbir empat negeri iaitu Selangor, Pulau Pinang, Kedah dan Kelantan tidak akan membubarkan Dewan Undangan Negeri (DUN) masing-masing sekiranya Pilihan Raya Umum ke-13 diadakan tahun ini.

    ReplyDelete
    Replies
    1. so kalau begitu, baik adakan pilihanraya umum tahun depan.. biar genap 5 tahun mandat.. barulah Pakatan tidak ada peluang minta pilihanraya berasingan..

      Delete
  6. Lim Guan Eng, berkata ia antara lain bertujuan memastikan jentera pilihan raya pakatan pembangkang bersedia sepenuhnya menghadapi Barisan Nasional (BN) selain menumpukan perhatian untuk menawan kembali Perak.

    ReplyDelete
    Replies
    1. bermakna, sehingga hari ini Pakatan Rakyat masih belum bersedia.. masih banyak kelemahan, kekurangan dan kekotoran yang perlu diatasi..

      Delete
  7. Keputusan (cadangan) ini dicapai pada mesyuarat Jawatankuasa Eksekutif Pusat DAP yang berlangsung semalam. Bagaimanapun, keputusan bersama mengenainya akan dibuat secara bersama oleh pimpinan pakatan pembangkang

    ReplyDelete
  8. Pembubaran Dewan Undangan Negeri (DUN) secara tidak serentak untuk memberi laluan kepada pilihan raya umum bukti perpecahan dalaman di dalam pembangkang.

    ReplyDelete
  9. Malahan penurut penganalisa politik berkata tindakan itu menunjukkan tiada kesepakatan di dalam pembangkang.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Lebih menyedihkan tindakan bubar tidak serentak itu menunjukkan parti pembangkang tidak demokratik dalam melunaskan hak rakyat untuk mengundi.

      Delete
  10. Menteri Besar Kelantan Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat pula berkata pendirian PAS Kelantan sama sekali tidak akan membubarkan DUN secara berasingan untuk membolehkan pilihan raya umum diadakan.

    ReplyDelete
  11. Manakala Menteri Besar Kedah Datuk Seri Azizan Abdul Razak berkata keputusan bila DUN dibubarkan akan dibuat berdasarkan keadaan politik semasa di negeri ini.

    ReplyDelete
  12. PR katakan mereka akan adakan pilihanraya negeri berasingan, takut kalah

    ReplyDelete
    Replies
    1. memang pun.. dalam media dan ceramah mereka, mereka lantang mendabik dada kononnya mereka akan merampas Puterjaya.. tapi takut pula adakah pilihanraya serentak dengan kerajaan pusat..

      Delete
  13. kita tgk PR akan terima cabaran ini atau tidak.

    ReplyDelete
    Replies
    1. jangan harap PR akan terima cabaran.. kalau boleh, mereka mahu kerajaan pusat yang buat dulu, barulah mereka akan menyusul kemudian..

      Delete
  14. Pakatan Rakyat ni temberang saja lebih.. bila ada ura2 PRU diawalkan, mereka lebih dulu mengumumkan akan mengadakan Pilihanraya berasingan..

    ReplyDelete
  15. eloklah kerajaan BN habiskan tempoh mandat sebelum memanggil pilihanraya umum.. biar Pakatan tidak ada peluang langsung mengadakan pilihanraya berasingan..

    ReplyDelete
  16. berkenaan dengan Pembentukan jawatankuasa khas Umno bagi memantau dan mengambil tindakan segera terhadap mana-mana anggota yang melakukan sabotaj ke atas parti serta calon BN pada pilihan raya umum akan datang, bagi saya ianya merupakan langkah terbaik..

    ReplyDelete
  17. pengwujudan jawatankuasa itu merupakan sesuatu yang penting kerana sesebuah parti sememangnya mahukan anggotanya patuh dan setia.

    ReplyDelete