by: Dr
Roland Chia
PKR
ADUN INANAM merangkap Ahli Majlis Pimpinan Pusat /Nasional– YB Dr Roland Chia
Ming Shen melihat tindakan Kerajaan Barisan Nasional (BN) meningkatkan harga
minyak RON95 & harga diesel sebanyak 20 sen seliter sebagai satu mungkir
janji yang terpaksa dilakukan ekoran perbelanjaan boros dan salah guna kewangan
negara semasa PRU13. Ia adalah tanda negara kita semakin muflis.
Sebelum
ini, Perdana Menteri pernah berhujah bahawa hanya RON97 akan dinaikkan harga
mengikut harga pasaran tetapi RON95 akan tetap disubsidi. Kini terbukti bahawa
selepas tamatnya PRU13, satu demi satu langkah diambil BN untuk mengambil balik
sedikit keselesaan yang rakyat nikmati.
Negeri
Sabah & Sarawak harus dikecualikan dari kenaikan harga minyak ini
memandangkan negeri –negeri ini adalah negeri penyumbang yang terbesar sekali
di Malaysia. Mengikut statistik kini- Sabah menyumbangkan sekurang-kurangnya
200,000 tong minyak sehari – anggaran jualan sebanyak RM60 juta sehari.
Rakyat
Sabah & Sarawak juga terpaksa menderita akibat dengan dasar cabotaj dan
monopoli syarikat perkapalan telah menyebabkan
harga barangan & kereta di
Sabah & Sarawak jauh lebih mahal daripada Semenanjung Malaysia.
Tindakan
meningkatkan harga minyak akan menyebabkan harga barangan lain naik dan kadar
inflasi akan bertambah sebanyak 3% akibat kenaikan harga minyak. Fakta ini
sudah dimaklum oleh pakar ekonomi kerajaan dengan sendirinya. Gaji Minima yang
juga berbeza di antara Sabah/Sarawak dan Semenanjung Malaysia.
Jika
hujah bahawa subsidi dinikmati semua golongan maka ia adalah tidak adil tetapi
mengapa dalam isu GST pula, cukai yang buat masa ini berbentuk progresif hendak
ditukar menjadi regresif iaitu beban cukai beralih dari golongan korporat
kepada golongan rakyat biasa. Bukankah ini satu kontrodiksi.
Selain
daripada itu, golongan berpendapatan rendah masih tidak mendapat pendidikan
percuma, kesihatan percuma dan pengangkutan awam murah. Di Venezuela, kekayaan
petrol diguna untuk memastikan pendidikan dan perubatan percuma tetapi di sini
ia dibebankan kepada rakyat.
Mengapa
cukai korporat tidak ditingkatkan untuk memastikan subsidi dapat dikekalkan?
Mengapa setiap kali rakyat biasa perlu dibebankan. Ini menunjukkan Kerajaan BN
tidak ikhlas untuk membela nasib rakyat Jelata -khasnya Sabah & Sarawak
Negeri penyumbang utama dalam Petrol
& Gas.