Wednesday 4 September 2013

PRIBUMI ALU-ALUKAN KDN BANTERAS PATI SELURUH NEGARA



Oleh: Shaimon S Jumadi






BANTERAS...Kelihatan pihak Jabatan Imigeresen sedang membuat pemeriksaan kepada PATI
 
TAWAU:- Pihak  Pertubuhan Pribumi Rakyat Sabah (PPRS) menyambut baik usaha dan tindakan pihak Kementerian Dalam Negeri (KDN) yang bertindak  membanteras besar-besaran  Pendatang Asing Tanpa Izin (PATI) di seluruh negara.
 

Presidennya Datuk Mohd Jeffry berkata demikian kepada Ketua Biro Sabahkini.Net ketika diminta pengulas tindakan Menteri Dalam Negeri Datuk Dr Seri Ahmad Zahid Hamadi yang mengarahkan pasukan berunifom antaranya PDRM, Imigresen, Rela, Jabatan Pertahanan Awam (JPAM)  dan Agensi Anti Dadah Kebangsaan (ADDK) bagi membanteras dan menangkap PATI di seluruh pelusuk negara termasuk Sabah.
 
 
Kata Jeffry, semua anggota berunifom yang dikerah untuk melibatkan diri dalam operasi tersebut  agar dapat menjalankan tugas dengan jujur  dan amanah,  jangan sesekali terpangruh bila nampak 'RM' yang diberikan oleh yang terlibat dalam mendalangi kemasukan PATI ini maka mata terus menjadi juling.

Jeffrey menambah lagi, dengan kebanjiran PATI ke negara ini khususnya di Sabah 60 peratus daripada mereka terlibat dalam pelbagai jenayah dan juga mereka begitu mudah menjadi pembunuh upahan  dari orang-orang tertentu dengan bayaran dan ganjaran yang agak lumayan


“Saya bagi pihak PRIBUMI amat mengalu-lukan usaha murni kerajaan khususnya pihak Kementerian Dalam Negeri (KDN) yang dapat menunaikan janjinya untuk membanteras habis-habisan kebanjiran PATI yang tidak memiliki pas perjalanan yang sah.

Sementara mereka  (PATI) yang mempunyai pas yang sah dan bekerja di ladang-ladang sawit dan sebagainya kita hargai sumbangan dan tenaga mereka dan bekerjalah dengan sebaik-baiknya  dan patuhi undang-undang  negara Malaysia yang sedia ada dan nasihat saya jangan sesekali kamu melibatkan diri dalam jenayah nanti padah akibatnya,” tegas Jeffry.

No comments:

Post a Comment