Oleh:
Mohd Farhan Darwis
Datuk
Seri Ahmad Shabery Cheek (gambar) mengatakan pembangunan negara mungkin
terbantut sekiranya rakyat mahukan segala subsidi terus ditanggung kerajaan.
Menurut
Menteri Komunikasi dan Multimedia itu walaupun banyak pihak yang membantah
kenaikan harga minyak, kerajaan terpaksa mengambil tindakan sedemikian bagi
memikirkan masa depan negara.
"Saya
akui tiada yang suka dengan kenaikan harga minyak. Adik-beradik saya pun
memberontak ... kenaikan minyak bukan kerajaan yang naikkan. Ia harga minyak
pasaran," katanya kepada pemberita dalam majlis sambutan enam tahun Radio
24 Bernama di Shah Alam di sini.
"Kita
katakan mahu tak mahu kita perlu berhadapan dengan suasana geo politik,"
katanya merujuk kepada pergolakan di Syria dan juga kemungkinan Amerika Syarikat
akan menyerang negara Teluk tersebut sebagai faktor kenaikan harga minyak.
Ahli
Majlis Tertinggi Umno itu menegaskan, kenaikan RM0.20 harga minyak RON95 dan
Diesel bukanlah ditentukan kerajaan sebaliknya peningkatan itu adalah
disebabkan pengurangan tanggungan subsidi RM0.83 kepada RM0.63 sen kerajaan
bagi membolehkan pembangunan infrastruktur dilaksanakan kerajaan.
"Kerajaan
perlu serap kemarahan rakyat. Kalau tidak kita akan guna subsidi bukan orang
susah sahaja dapat, orang kaya pun dapat," katanya, dan menambah Bantuan
Rakyat 1 Malaysia (BR1M) adalah contoh terbaik bantuan subsidi yang sampai
kepada penerima yang layak.
Beliau
bagaimanapun mengingatkan tanggungjawab kerajaan adalah untuk mengawal harga
barang ekoran berlaku kenaikan harga minyak.
"Tanggungkawab
kerajaan untuk kawal harga barang keperluan, bukan barangan mewah ... Inflasi
tetap ada, tetapi bagaimana kita nak kawal. Itu yang pentingnya," katanya
lagi.
"Saya
tahu rakyat ramai meronta, dan sukar untuk kita
katakan bersabar."
"Kita
akan terangkan dan terangkan apa kerugian yang akan kita tanggung, banyak duit
rakyat kita gunakan untuk subsidi," jelasnya.
Putrajaya
semalam mengumumkan kenaikkan harga RON95 dan diesel sebanyak 20 sen, bagi
memastikan sasaran kerajaan untuk mencapai defisit fiskal dalam lingkungan 3%
berbanding Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) pada 2015 dan bajet berimbang
menjelang 2020.
Langkah
tersebut mendapat sokongan pakar ekonomi yang menyifatkannya sebagai baik bagi
menangani hutang kerajaan yang semakin meningkat, iaitu ketika ini berada pada
paras 53.5 peratus berbanding Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) pada hujung
tahun lalu.
Sejurus
pengumuman semalam, orang ramai bergegas dan memenuhi stesen minyak serta
meluahkan rasa tidak puas hati mereka terhadap langkah kerajaan tersebut.
Kali
terakhir minyak petrol RON95 dan diesel adalah naik pada tahun 2010, mengalami
kenaikan sebanyak 5 sen seliter. (The Malaysian Insider)
No comments:
Post a Comment