Oleh MD IZWAN
KUALA LUMPUR : Mantan
Perdana Menteri Tun Dr Mahathir hari ini mengakui bekas timbalannya Datuk Seri
Anwar Ibrahim terlibat dalam memberikan kad pengenalan (IC) dan kewarganegaraan
kepada pendatang asing haram di Sabah walaupun tidak disuruh oleh beliau.
Dr Mahathir memberitahu
beliau tidak pernah memberikan sebarang arahan kepada bekas timbalan perdana
menteri itu semasa pentadbirannya untuk mengarahkan pegawai di Sabah memberikan
IC dengan sewenang-wenangnya.
"Dia (Anwar) selalu
mengambil langkah sendiri, kadangkala lebih daripada yang diarahkan.
"Selalu yang berlaku
berbeza sama sekali dengan arahan daripada pihak atasan," kata beliau.
Menurut Dr Mahathir lagi,
pegawai yang bertanggungjawab dalam projek IC di Sabah telahpun didakwa di
mahkamah dan kerajaan telahpun mengambil tindakan keatas individu tersebut.
Dalam pada itu, ahli politik
veteran negara tersebut juga menegaskan Anwar mempunyai kuasa dalam isu
pemberian IC di Sabah dan arahan datang bukan daripada beliau yang mentadbir
negara ketika itu.
"Dia telah campur
tangan dalam isu tersebut," kata Dr Mahathir sambil menambah perkara yang
berlaku merupakan salahguna kuasa dan telah dilaksanakan tidak mengikut lunas
perundangan.
No comments:
Post a Comment