Saudara Pengarang,
KEMELUT isu kepimpinan PKR
Tenom yang semakin panas seharusnya pihak pihak lain Pro Halik Zaman tidak
mengaitkan orang lain di dalam pergolakan ini khususnya wartawan kerana beliau
hanya bertindak atas arahan saya (Jamain Kalasang) untuk menulis bahan cerita
mengenai hasrat ahli-ahli PKR yang mahukan perubahan kepimpinan PKR Tenom.
Saya amat terkilan apabila
pihak penulis laman sosial Facebook, William Angkai (milik Halik dan Isterinya)
mengatakan bahawa saya seorang 'buta huruf' malah jawatan saya selaku Ketua
Angkatan Muda Keadilan (AMK) telah dipecat oleh pucuk pimpinan AMK Pusat adalah
tidak benar dan tidak berasas sama sekali.
Mereka ini (pro Halik)
terutamanya Ambalau, perlu membuka minda dan mata dengan seluas luasnya bahawa
dizaman era serba moden abad ke-21 ini apakah masih terdapat golongan masyarakat
'buta huruf' seperti yang didakwa pemegang akaun Facebook tersebut atau niatnya
sekadar 'memfitnah' kepada saya untuk mengalihkan perhatian umum berhubung isu
kepimpinan PKR Tenom yang dalam keadaan kucar kacir.
Persoalannya sekarang bahawa
mereka mengatakan saya 'buta huruf' langsung tidak wajar kerana sebagai
pemimpin sayap kanan dalam AMK yang dipilih perwakilan; apakah wajar perwakilan
memilih saya dalam keadaan 'buta huruf'.
Apatah lagi beban tugas dan
tanggung jawab sebagai pemimpin AMK yang bukan sahaja menghadiri setiap kali
mesyuarat diperingkat negeri namun seseorang pemimpin itu kena menyediakan
beberapa kertas kerja pelan pembangunan dan gerak kerja untuk AMK diperingkat
Cabang.
Jadi, Ambalau kena rasional ketika
membuat tuduhan bahawa tugas seberat ini ada keperluan untuk seseorang pemimpin
'buta huruf' atau nama Ambalau sekadar digunakan Halik atau isterinya untuk
melawan balik tuduhan kami selaku ahli-ahli akar umbi PKR Tenom.
Apa pun, kami tetap dengan
pendirian untuk mendesak pihak MPN PKR Sabah supaya Halik Zaman direhatkan
dahulu bersama Isterinya dan memberi laluan kepada pemimpin muda dan berwibawa
menggalas tugas mempastikan PKR Tenom bersama PR dapat menumbangkan UMNO-BN
pada PRU-13 kelak.
Sekian, LAWAN TETAP LAWAN!
Salam Hormat,
JAMAIN KALASANG
Ketua AMK PKR Cabang Tenom
No comments:
Post a Comment