Saudara Pengarang,
SELURUH penduduk kampung
Taviu dan sekitar Telupid merasa sungguh kecewa kerana jalan ke kawasan ladang
rosak teruk dan tidak dapat dilalui untuk mengeluarkan hasil tanaman.
Saya difahamkan bahawa
syarikat Kekal Mewah Sdn. Bhd telah diamanahkan untuk menyelenggara Jalan
Masumba Taviu, Telupid namun sehingga kini sudah 15 tahun syarikat tersebut
tidak pernah muncul; meskipun dipercayai telah menuntut bayaran peruntukan.
Masalah ini telah diadukan
kepada Pejabat Daerah Telupid, namun perkara ini seterusnya telah diabaikan
oleh Wakil-Wakil Rakyat UMNO/PBS, di Beluran.
Wakil-wakil rakyat yang
tidak berfungsi untuk melindungi rakyat seharusnya disiasat oleh SPRM kerana
mungkin mereka ini terlalu sibuk mencari keuntungan peribadi sehingga lupa
untuk menjalankan kewajiban terhadap masyarakat kawasannya.
Salam Reformasi,
JIKOL GAMBUD
No comments:
Post a Comment