Tuesday, 5 February 2013

KERAJAAN BN TIDAK PERNAH LUPA RAKYAT







BERUCAP...VK Liew seru masyarat cina sokong dasar-dasar kerajaan BN demi perpaduan dan pembangunan.

Oleh : SAIMON S JUMADI  

SANDAKAN : Seramai 7,000 pengundi  Warga Emas daripada kaum Tiong Hua masing-masing menerima sumbangan Bantuan Tahun Baru Cina (Gong Xi Fa Cai) yang di langsungkan di Dewan Masyarakat Sandakan bermula dari jam 8.00 pagi dan berakhir hingga jam 5.00 petang kelmarin.

Bantuan serupa ini memang dilakukan saban tahun bukan sahaja tertumpu kepada Tahun baru Cina bahkan masyarakat lainnya yang menyambut perayaan-perayaan seperti Hari Raya Puasa, Deepavali, Hari Natal, Krismas dan Pesta Kaamatan yang bertujuan untuk meringankan beban kaum yang ada di negeri ini untuk menyambut perayaan masing-masing dengan hati penuh kegembiraan.

Timbalan Menteri Di Jabatan Perdana Mentieri yang juga Ahli Parlimen Sandakan, Datuk Liew Vui Keong dalam ucapan alu-aluannya di majlis penyampaian  Bantuan  Tahun Baru Cina  di sini; antara lain menjelaskan sudah semestinya sebagai wakil rakyat beliau akan terus memberikan apa sahaja bentuk bantuan yang diperlukan selaras dengan konsep 1Malaysia.

“Sebagai kerajaan Barisan Nsional (BN) yang ditadbir dan dipimpin oleh rakyat yang berbilang kaum, khususnya Melayu/Bumiputera, Cina dan India; mereka fokus dalam aspek pembangunan asas, sosio ekonomi dan kebajikan rakyat terus terbela dalam menikmati pelbagai kemudahan yang disalurkan oleh kerajaan yang sedia ada,” ujarnya.

Katanya lagi, Kerajaan BN yang dipilih oleh rakyat akan terus memajukan negara melalui pembangunan asas, pendidikan, sosio ekonomi, kesihatan, kebajikan dan kesejahteraan rakyat dalam mewujudkan keamanan dan kemakmuran negara.

“Para pemimpin pembangkang seperti DAP PKR, PPPS, PAS, SAPP dan STAR hanya pandai membuat pelbagai janji tetapi tidak pernah ditunaikan; di samping bijak  memutar belitkan fakta dengan tujuan untuk menarik perhatian dan simpati rakyat jelata agar menyokong perjuangan sia-sia mereka,” tegas V.K Liew.

Tambah V.K.Liew lagi, rakyat sekarang bukan seperti 20 tahun yang lalu begitu mudah menerima hasutan, tetapi kini telah berubah sikap dan sudah pandai menilai mana satu parti yang boleh membangun dan kemajuan negara bagi membela nasib rakyatnya.

Kerajaan sekarang, kata V.K.Liew banyak memberikan pelbagai bantuan kepada rakyat yang berpendapatan rendah seperti bantuan RM100 untuk persekolahan dan kini lagi bantuan BR1M 2.0 bagi pusingan kedua dan banyak lagi bantuan yang disalurkan kepada rakyat.

V.K Liew selanjutnya menyeru kepada masyarakat Cina agar  menyokong dasar-dasar kerajaan Barisan Nasional (BN) bukan sahaja untuk  perpaduan masyarakat berbilang kaum, bahkan untuk meneruskan agenda kerajaan untuk menjana  pembangunan infrastruktur, khususnya di daerah Sandakan demi kesejahteraan rakyat setempat.

No comments:

Post a Comment