Oleh : RICHARD P ANDIANG
KINABANGAN : Rakyat di DUN Sukau,
Kinabatangan harus bangkit dan mempunyai kesedaran bahawa kehidupan masyarakat Sungei
terus terpinggir daripada menikmati arus pembangunan negara berbanding dengan warganegara songsang yang mendapat pelbagai keistimewaan.
Perkara ini memang tidak
dapat dinafikan di negeri Sabah yang mempunyai bilangan penduduk yang bertaraf
warganegara songsang yang diberikan Mykad oleh kerajaan BN/UMNO mencecah 1.3
juta.
Mereka hidup dalam serba
serbi mewah, bukan sahaja anak-anak
mereka mendapat pekerjaan berjawatan tinggi di jabatan-jabatan kerajaan negeri
dan persekutuan, malahan mereka mendapat permit teksi, permit bas, permit bas
sekolah, tanah dan lesen kontraktor seperti PKK dan PUKONSA.
Pengerusi Cawangan PAS kawasan
Batu Putih, Kinabatangan, Haji Adhah Hj
Sulaiman berkata demikian semasa beliau membuat lawatan ke Kampung Sentosa Jaya
Batu Putih, kelmarin.
Katanya, kerajaan yang ada
sekarang memang tidak telus kerana kalaupun ada pembahagian projek hanya untuk
kroni-kroni ADUN sahaja; manakala penduduk yang tidak menjadi ahli UMNO, terus
terpinggir.
"Dalam kesempatan ini
saya ingin menyelar ADUN Sukau, Datuk Saddi Abdul Rahman kerana setiap kali beliau
mengadakan ceramahnya di kampung-kampung telah mengeluarkan tuduhan dan fitnah
yang tidak berasas terhadap diri saya, kononnya saya macam katak suka lompat
parti dari UMNO ke Parti PKR dan Star. Ini semua bohong belaka.
"Untuk makluman, hanya
dua parti sahaja yang saya sertai. Pertama UMNO. Namun selepas saya bertanding
pada PRU-12 (2008) atas tiket bebas, saya telah dipecat. Selama ini saya
berehat seketika bagi mencari laluan
parti mana yang paling sesuai untuk saya ceburi. Al-hamdulillah saya menemui
PAS yang serasi degan perjuangan saya,”
tegas Hj Adhah.
Kata Hj Ahdah, memandangkan
UMNO sudah ditolak oleh sebahagian besar rakyat Sukau dan Malaysia, maka Saddi
terpaksa merasuah para pemilih berdaftar dengan memberikan pelbagai bantuan
seperti BR1M, TR1M dan sebagainya agar terus menyokong beliau.
“Saya dan rakyat Sabah turut
terkilan dengan penajaan sejumlah lebih RM6 juta untuk Rumah Terbuka Tahun Baru
Cina di Pulau Pinang (termasuk RM2 juta pukal untuk PSY)," ujar Hj Ahdah
yang menyifatkan jumlah tajaan berkenaan mencukupi untuk menaiktaraf prasarana
di Sukau.
No comments:
Post a Comment