BORANG.....
Hj Awang Bani menyerahkan borang kemasukannya ke PR kepada Lajim sambil
disaksikan Taufick Hj Ruschi
Oleh: SHAIMON S JUMADI
BEAUFORT : Disebabkan sudah
hilang kepercayaan terhadap pucuk pimpinan UMNO, maka lebih 200 orang ahli-ahli
UMNO Cawangan Kota Klias Beaufort yang diketuai oleh Haji Awang Bani dan
Abdullah Ahmad mereka meninggal UMNO dan
menyertai Parti Pakatan Rakyat (PR), baru-baru ini.
Sebelum ini, Ahli Jawatankuasa Bahagian UMNO Beaufort, Muslim
Murad dengan lebih 30 ahli cawangan UMNO lainnya telah meletak jawatan keluar daripada UMNO dan menyertai Pakatan
Rakyat melalui PPPS dan ikuti oleh AJK Wanita UMNO, Masrah Hj Muhammad.
Menurut Hj Awang, mereka
keluar beramai-ramai daripada UMNO/BN dan menyertai parti Pakatan Rakyat disebabkan
beberapa faktor; antaranya UMNO sudah tidak relevan lagi di Sabah kerana para
pemimpin UMNO menyalahguna kuasa dan terlalu melindungi dan mengambil berat
kebajikan PATI yang mendapat kerakyatan songsang daripada menjaga kebajikan
rakyat tempatan yang semakin terpinggir.
Hj Awang menambah, rakyat di
Sabah sudah bosan dengan mainan kotor para pemimpin UMNO kepada rakyat Sabah
begitu mudah memperbodohkan rakyat Sabah
dengan menaburkan pelbagai janji manis.
Sambil memuji tindakan Datuk
Lajim Hj Okin keluar daripada kekangan
dan cengkaman UMNO/BN; kemudian menyertai gagasan Parti Pakatan Rakyat
melalui PPPS yang di asaskan oleh beliau sendiri, membuktikan rakyat Sabah sudah mempunyai kesedaran dan
kematangan berpolitik bahawa mereka tidak mudah digula-gulakan lagi.
“Saya terus terang, sama ada
di Semenanjung mahupun di Sabah, masyarakat Cina, India Kadazan, Dusun dan
Murut sudah menolak habis-habisan UMNO dan BN," ujar Hj Awang lagi.
Sebagai contoh, kata Hj
Awang, sempena sambutan Rumah Terbuka Tahun Baru Cina yang dihadiri lautan
manusia yang berbilang kaum termasuk Perdana Menteri, Datuk Najib Tun Razak dan
isterinya Datin Rosmah Mansor sebagai tetamu kehormat; ketika ramai rakyat
Sabah dan Pulau Pinang miskin, penganjur telah membayar RM2juta hanya untuk
empat minit persembahan artis Youtube Korea, PSY, Gangnam Style.
“Fenomena ini telah
mencetuskan kemarahan dan rasa tidak puas hati
kepada artis-artis tempatan Malaysia kerana selama ini kerajaan BN/UMNO
sejak dulu dan sekarang tidak pernah membelanjakan RM2 juta kepada mana-mana
artis di dalam negara in,” kata Hj Awang.
Kata Hj Awang, satu lagi tamparan
hebat terkena kepada Perdana
Menteri apabila Najib melaungkan tiga
kali di hadapan ribuan lautan manusia : "Are You Ready For BN”.
"Apa jawab mereka
no....no..., Are You Ready For BN no...no. Ini semua disiarkan di media. Jawapannya
jelas bahawa rakyat kini sudah menolak kepempinan BN/UMNO di negara ini,"
ujar Hj Awang.
Turut hadir pada majlis
penyerahan borang kemasukan ahli-ahli
UMNO ke Pakatan Rakyat ialah Presiden PPPS Datuk Lajim Hj Okin dan Timbalan
Ketua Cabang PKR Beaufort, Taufick Hj Ruschi.
No comments:
Post a Comment