OLEH:
SHAIMON S JUMADI
BULAN
Ramadhan Al-Mubarak bukan saja untuk
Umat Islam mengerjakan ibadah puasa
sebulan untuk menghindari segala perbuatan mungkar bahkan bulan Ramadhan juga merupakan bulan
rezeki kepada para peniaga khususnya buat para penjaja sepanjang 30 hari.
bazaar Ramadan dapat
sambutan yang amat menggalakan saban
hari
Wujudnya
Bazar Ramadhan pada saban tahun yang diusahakan oleh Pihak Berkuasa Tempatan
(PBT) khususnya Majlis Perbandaran Sandakan (MPS) selama sebulan ia menjurus
kepada memberi ruang dan peluang kepada para
masyarakat yang menceburi dalam dunia perniagaan terutama sekali mereka
yang menjual pelbagai jenis juadah makanan bukan saja kepada orang yang
berpuasa bahkan kepada para pelancong luar sempat menikmati makanan masakan
Malaysia.
Salah
seorang peniaga yang menjual makanan ala
Jawa seperti Gado-Gado, Bakso dan Pecel yang sempat diwawancara yang dikenali Ahmad Mustafa
menyatakan tindakan dan usaha murni yang dikendalikan oleh pihak
kerajaan khususnya MPS mewujudkan Bazar Ramadhan tersebut pada setiap tahun.
Tambahnya lagi, ia merupakan langkah yang baik dan harus disokong oleh segenap
masyarakat setempat di daerah ini.
“Kerana
kewujudan Bazar tersebut ia dapat membantu kepada masyarakat yang terdiri
daripada golongan berpendapatan rendah untuk mencari rezeki selama sebulan
untuk membantu keluarga bagi membeli
barang-barang keperluan khusus untuk menyambut hari lebaran nanti.” Ujarnya.
Katanya
sewa yang telah dikenakan oleh pihak MPS
setiap satu lot gerai harganya tidaklah beberapa mahal. Kadar yang dikenakan
mengikut tapak antara RM2,000, RM1,200 dan RM200.00 untuk 30 hari dan pendapatan sehari diperolehi dikatakan agak
lumayan.
“Kami
sebagai penjaja telah dikenakan beberapa syarat yang agak ketat oleh pihak yang
berkenaan terutama sekali untuk memulakan membuka gerai tepat jam 1.00
tengahari sehingga jam 6.30 petang
kebersihan di sekitar lot-lot gerai haruslah sentiasa bersih selepas saja jualan selesai semua penjaja
terbabit diminta membersihkan lot-lot masing sebelum meninggalkan tempat
tersebut,” jelasnya lagi.
Beliau
menambah, sambutan daripada masyarakat memang amat menggalakkan kebanyakkannya
yang menjadi pelanggan tetap untuk membeli juadah untuk berbuka puasa ialah
para kakitangan kerajaan dan juga pekerja pejabat yang mungkin tidak sempat
menyediakan juadah dirumah.
Sementara
Pegawai Unit Penguatkuasa MPS yang yang
enggan disebut namanya yang sempat
ditemui antara lain menjelaskan sebanyak 223 lot gerai yang diuntukkan di sekitar Bazar Ramadhan. Kesemua lot ini
terbahagi kepada dua kategori yang kedudukannya di bahagian barisan hadapan dan dikenakan cabutan tender sementara lot-lot
gerai lainnya dibahagian belakang disewakan
seperti biasa di tahun–tahun lepas.
“Kami
harap semua penjaja di bazar Ramadhan
ini agar sentiasa mematuhi arahan-arahan dan syarat-syarat tertentu yang telah
dikeluarkan oleh pihak MPS. Begitu juga orang-orang yang berkunjung ke bazaar
ini dinasihatkan supaya jangan membuang
sampah dimerata–rata tempat, tetapi buanglah di dalam tong-tong sampah yang
telah disediakan itu." tegasnya.
No comments:
Post a Comment