oleh: Zulaikha Zulkifli
Ahli Parlimen Kampar Ko Chung Sen mempersoalkan satu
ketetapan baru kementerian pengajian tinggi yang menurutnya bakal menjadikan
mata pelajaran Tamadun Islam sebagai subjek wajib bagi pelajar di Institusi
Pengajian Tinggi Swasta (IPTS).
Sedangkan, katanya, ia hanya ditetapkan kepada pelajar
tempatan dan dikecualikan bagi pelajar antarabangsa.
Beliau berkata, Kementerian Pelajaran dan Pengajian
Tinggi akan menguatkuasa ketetapan itu pada 1 September untuk diselaras dengan
sukatan pengajian di Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA).
"Subjek ini tidak ada kena mengena dengan kursus dan
ijazah yang akan diberikan.
"Jika tidak wajib kepada pelajar antarabangsa,
kenapa wajib bagi pelajar tempatan? Kenapa ia wajib bagi pelajar bukan Islam?
"Kami menggesa Kementerian Pelajaran mengubah
keputusan itu dan membiarkan pelajar (IPTS) membuat keputusan sendiri sama ada
subjek itu perlu atau tidak dengan kursus mereka," katanya dalam sidang
media di lobi Parlimen hari ini.
Beliau berkata demikian berdasarkan satu jawapan bertulis
dari Kementerian Pendidikan yang diterimanya Isnin lalu, yang menyatakan bahawa
subjek bagi kursus mata pelajaran umum termasuk Tamadun Islam akan menjadi
subjek wajib lulus untuk tamat pengajian.
Mengulas lanjut, Ko berkata lagi, tidak adil bagi pelajar
bukan Islam mempelajari subjek tersebut kerana golongan itu mempunyai latar
belakang agama yang berbeza.
"Mereka juga dah dibesarkan dengan latar belakang
agama masing-masing dan mempunyai asas yang kukuh dalam ajaran mereka,"
katanya.
Keadaan itu berbeza dengan pelajar beragama Islam yang
sudah biasa dengan mata pelajaran Tamaadun Islam sejak di bangku sekolah lagi,
katanya.
"Jadi, kenapa perlu untuk (siswa bukan Islam)
pelajari di universiti," kata Ko lagi.
biarlah depa belajar, kita cuba dakwah...
ReplyDeletemana tahu terbuka hati depa tuh...
paling tdk pon depa xde lah nk salahkn Islam bila jumpa muslim yg berakhlak buruk....
so,...kenapa nk dipertikaikan?
xpatut..xpatut...xpatut.....
*pendapat aku je la...