Saturday, 13 July 2013

PENGGANAS SULU KE-30 DIDAKWA




Oleh MUSTAPA LAKAWA

Seorang lagi individu didakwa di Mahkamah Tinggi di sini semalam atas tuduhan menganggotai kumpulan pengganas dalam insiden pencerobohan puak pengganas Sulu di Lahad Datu, Februari lalu.

Tertuduh, Habil Suhaili mengaku tidak bersalah ketika pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim P.Ravinthran yang bersidang di Penjara Tawau.

Dia didakwa melakukan kesalahan itu di Jalan Kastam Lama, Lahad Datu dari 9 Februari hingga 4 Mac lalu mengikut Seksyen 130KA Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara seumur hidup dan denda jika sabit kesalahan.

Pendakwaan dilakukan Peguam Negara, Tan Sri Abdul Gani Patail manakala tertuduh diwakili kumpulan peguam diketuai James Tsai.

Mahkamah kemudian bersetuju kes Habil dipindahkan ke Mahkamah Tinggi Kota Kinabalu dan dibicarakan bersama dengan kes-kes lain.

Habil merupakan individu ke-30 yang dihadapkan ke Mahkamah Tinggi atas pelbagai kesalahan berhubung insiden pencerobohan puak Sulu pada Februari lalu. (KOSMO)

49 comments:

  1. Serahkan kepada mahkamah untuk bertindak.

    ReplyDelete
  2. Pencerobohan Lahad Datu 'Wake Up Call' Rakyat Hadapi Ancaman Globalisasi

    Menteri Pertahanan Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata insiden pencerobohan di Lahad Datu merupakan "wake-up call" untuk rakyat Malaysia termasuk pasukan keselamatan bersatu menangani ancaman globalisasi yang merentasi sempadan.

    ReplyDelete
  3. Golongan Sulu ini harus dikenakan tindakan yang kuat.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mahkamah akan buat keputusan muktamad. Kami menanti perkembangan selanjutnya.

      Delete
  4. Pencerobohan Lahad Datu 'Wake Up Call' Rakyat Hadapi Ancaman Globalisasi

    Dalam hal ini, kata beliau, walaupun Ops Daulat kini berakhir namun tugas pasukan keselamatan, khususnya angkatan tentera belum terhenti.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kawalan masih perlu diteruskan. Saki baki berkemungkinan sedang merancang sesuatu.

      Delete
    2. Saki baki Sulu sudah ditangkap ke?

      Delete
  5. Pencerobohan Lahad Datu 'Wake Up Call' Rakyat Hadapi Ancaman Globalisasi

    "Ops Sanggah (yang menggantikan Ops Daulat) tidak bermakna kehadiran kita (tentera di Sabah) dikurangkan. "Sebenarnya kehadiran kita di Kawasan Keselamatan Khas Timur Sabah (ESSCOM)and di 10 daerah di Esszone (Zon Keselamatan Timur Sabah) menjurus kepada bagaimana kita memantapkan lagi "wake up call" itu," katanya.

    ReplyDelete
  6. Pencerobohan Lahad Datu 'Wake Up Call' Rakyat Hadapi Ancaman Globalisasi

    "Saya melihat ada hikmah daripada insiden pencerobohan di Sabah ini, dan hikmah itu memberi pengajaran bagi kita bukan sahaja di Sabah tetapi juga di kawasan-kawasan lain yang membimbangkan. "Sebenarnya ia juga menjadi contoh negara-negara lain di dunia," katanya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tindakan melalui keganasan tidak manfaat kepada mana-mana pihak.

      Delete
  7. Pencerobohan Lahad Datu 'Wake Up Call' Rakyat Hadapi Ancaman Globalisasi

    Mengenai isu beberapa penumpang luar negara yang kini terkandas di kawasan transit di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur seperti yang dilaporkan akhbar, Hishammuddin berkata pendekatan bersepadu membabitkan pelbagai kementerian termasuk Kementerian Dalam Negeri wajar dilaksanakan bagi membetulkan keadaan.

    ReplyDelete
  8. Tiada sesiapa boleh dilepaskan dari tindakan sebab bertindak secara kekerasan.

    ReplyDelete
  9. Pencerobohan Lahad Datu 'Wake Up Call' Rakyat Hadapi Ancaman Globalisasi

    Beliau memandang berat perkara itu dan yakin ia boleh ditangani. "Kalau kita lihat masalah ini dalam satu sudut perspektif sahaja, kita tidak akan dapat menyelami punca masalah itu. "Saya percaya Ketua Pengarah Imigresen sekarang ini sedang bukan sahaja (membuat) pemantauan (mengenai perkara itu) tetapi juga menyediakan laporan".

    ReplyDelete
  10. Tuntutan melalui kekerasan dan menyebabkan kematian adalah satu kesalahan yang amat besar.

    ReplyDelete
  11. PDRM AKAN TAMBAH ANGGOTA LOGISTIK ESSCOM - Kepada anggota2 PDRM yang akan dihantar ke sini jangan risau akan keluarga kamu kerana orang yang berjasa kepada negara pasti keluarganya akan dilindungi Tuhan. Yang penting berkhidmat dengan tulus. Kami rakyat sangat perlu dan percaya akan PDRM. Terima Kasih PDRM. To all people, sama-samalah kita untuk menjaga keamanan dan kesejahteraan negara kita sendiri


    Polis Diraja Malaysia (PDRM) akan menambah keanggotaan dan logistik di Kawasan Keselamatan Khas Pantai Timur Sabah (ESSCOM) bagi memastikan segala operasi dan pengawalan 'Operasi Sanggah' dapat dilaksana sepenuhnya.

    Timbalan Ketua Polis Negara, Datuk Seri Mohd Bakri Mohd Zinin, berkata penambahan itu membabitkan penubuhan batalion dan briged bagi memastikan kawasan berkenaan dapat dikawal dengan lebih baik.

    ReplyDelete
  12. PDRM AKAN TAMBAH ANGGOTA LOGISTIK ESSCOM - Kepada anggota2 PDRM yang akan dihantar ke sini jangan risau akan keluarga kamu kerana orang yang berjasa kepada negara pasti keluarganya akan dilindungi Tuhan. Yang penting berkhidmat dengan tulus. Kami rakyat sangat perlu dan percaya akan PDRM. Terima Kasih PDRM. To all people, sama-samalah kita untuk menjaga keamanan dan kesejahteraan negara kita sendiri

    "Kami (PDRM) sedang buat perancangan rapi mengenai perkara itu tetapi kami tidak boleh dedahkan berapa jumlah keanggotaan yang kami akan tempatkan di ESSCOM kerana masih dalam perancangan," katanya kepada pemberita selepas merasmikan program derma darah sempena Sambutan Peringatan Hari Polis ke-206 di sini, hari ini.

    Beliau berkata, PDRM akan terus melaksanakan tugas dan tanggungjawab mereka dalam memastikan keselamatan negara, terutama di kawasan yang bersempadan dengan negara jiran, dapat dikawal.

    Sabtu lalu, Operasi Daulat yang dilancar pada 5 Mac lalu bagi memerangi kumpulan pengganas Sulu yang menceroboh Kampung Tanduo di Lahad Datu, Sabah dinamakan Operasi Sanggah.

    ReplyDelete
  13. PDRM AKAN TAMBAH ANGGOTA LOGISTIK ESSCOM - Kepada anggota2 PDRM yang akan dihantar ke sini jangan risau akan keluarga kamu kerana orang yang berjasa kepada negara pasti keluarganya akan dilindungi Tuhan. Yang penting berkhidmat dengan tulus. Kami rakyat sangat perlu dan percaya akan PDRM. Terima Kasih PDRM. To all people, sama-samalah kita untuk menjaga keamanan dan kesejahteraan negara kita sendiri

    Perubahan nama itu dibuat sempena penyerahan rasmi Operasi Daulat kepada ESSCOM yang disempurnakan Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Musa Aman pada majlis perbarisan penghargaan operasi berkenaan di Felda Sahabat 16, Lahad Datu.

    Terdahulu, ketika berucap pada program derma darah, Mohd Bakri berkata ia diadakan demi kepentingan masyarakat dan dilihat sebagai satu cabang tanggungjawab yang mesti dilaksanakan anggota polis yang mampu berbuat demikian.

    "Sebagai anggota polis yang sering berdepan dengan mangsa yang cedera parah, tentulah sensitiviti mengenai keperluan untuk menderma darah adalah lebih terserlah (dalam kalangan polis) berbanding pihak yang hanya membaca laporan mengenainya," katanya.

    Dalam pada itu, Pengarah Pusat Darah Negara, Dr Roshida Hassan berkata 3,000 unit darah diperlukan setiap minggu untuk diedar bagi kegunaan hospital kerajaan dan swasta di sekitar Lembah Klang.

    ReplyDelete
  14. kesemua penganas ini harus dikenakan hukuman setimpal

    ReplyDelete
  15. Legal twists over procedures filled a hearing for 29 men and a woman charged with offences in connection with the Sulu gunmen intrusion in Lahad Datu last February.

    The hearing at the High Court here on Monday was supposed to be for a mention of the case. The pleas of all the accused had been recorded before Justice Ravinthran Paramaguru on June 27.

    However, a host of issues came up with lawyer Rowena Rashid, the assigned counsel for accused Pabblo Allie telling Ravinthran that her client was objecting to the charge and to being jointly tried with the other accused.

    Pabblo was among the 22 charged with waging war against the Agong and being a member of a terrorist group.
    At this juncture, Ravinthran asked Rowena if she was prepared to make her submissions on the objections. She responded saying she needed time and wished to make a written submission to the court.

    Assigned counsel Ronny Cham later stood up and told Ravinthran that he had received a letter addressed to the court from his client, Ismail Yasin, who wished to be represented by senior lawyer Datuk N Sivananthan who had been engaged by the Philippines Embassy to act for the 22 accused.

    The Kuala Lumpur-based Sivananthan was present at the hearing along with his local counterpart James Tsai.

    Almost immediately another four assigned counsels - Ram Singh, Zakaria Ahmad, Abdul Gani Zelika and Teresa Sirri stood up and said they too received similar letters from their clients.

    Attorney-General Tan Sri Gani Patail objected to all these and urged the court to ignore the letters for the time being. "This court is superior to the embassy," remarked.

    Gani said he would raise the matter with Philippines Embassy officials.

    Ravinthran told the five lawyers that as far as the court was concerned, they remained the assigned counsels until such time they were discharged by the court.

    The judge later fixed the trial of the 30 from Sept 17 to 27.

    ReplyDelete
  16. ESSCOM WILL BE READY IF THERE IS SECOND ATTACK FROM SULU TERRORIST

    We believe they will return,” he said

    “We expect them to come better armed, but we will be ready and waiting for them and they will not get to land at our shores.”

    Ahmad Nadzer said the terrorists would try to sneak through via other routes knowing the tight surveillance and large presence of security forces in the ESSCOM area.

    Acknowledging that prevention is better than to act after an untoward incident, he said that preventive measures had been discussed to enhance the security level at various points.

    He acknowledged that with a 1784km coastline stretching 10 districts from Kudat to Tawau within the ESSCOM perimeter, the gaps among the eight radar coverage does present some concerns on the effectiveness of preventing an armed incursion from recurring.

    Ahmad Nadzer spoke on the importance of demolishing water villages in the state, particularly in the ESSCOM area, and resettling those eligible in other more suitable areas.

    He said terrorists have been known to take refuge in the water villages, while waiting for the right time to strike.

    ReplyDelete
  17. “All this while our (police) intelligence indicated water villages were used as hide out for criminals and smugglers, they hide their fire arms, contraband include drugs there, I strongly believe it is high time for us to eradicates such threats once and for all,” he said.

    He admitted the February intrusion at Tanduo was due to an intelligence slip up.

    Some of those who turned up to hear the briefing made by the ESSCOM intelligence chief.

    “The Special Branch did receive information in November and December last year hinting of the Royal Sulu Force’s intention (to invade Sabah).

    “But, since both sides had been living peacefully over decades, this information was not treated seriously, and we paid the price for it eventually.

    Describing it as a ‘bitter experience’ whereby 11 Malaysian security personnel perished (eight in the confrontation with the armed groups) during Ops Daulat, Ahmad Nadzer assured that ESSCOM is determined to avoid such incident from recurring in the future.

    ReplyDelete
  18. The introduction of Goods and Services Tax (GST) was first announced in the Budget 2005 in order to replace the existing sales and services tax structure in Malaysia.

    This new tax reform is projected to be implemented in January 2007.

    However, the Government has announced on 22 February 2006 that the implementation would be postponed to a later date. Recently in Budget 2010 the Government is currently at the final stage of completing the study on the implementation of GST, particularly to identify the social impact of GST on the rakyat.

    The implementation of GST will witness that, not only on manufacturing and services sector would be affected, but also include other sectors such as education, health, transport, financial services, agriculture and mining, petroleum, land, property and construction, telecommunication, electricity and water industry.

    Besides, GST also would be imposed on export services/international services, government, charities, club, association and union.

    During the first time GST was announced, there were conflicting views from the masses. However, GST will also provide more income and strengthen our economy in future.

    According to Former executive director of the Malaysian Institute of Economic Research Prof Datuk Mohamed Ariff Abdul Kareem, who has been one of the most vocal proponents for the implementation of GST in Malaysia, argues, GST is needed not only to raise more revenue for the Government, but also to diversify its sources of income.

    ReplyDelete
  19. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  20. Segala unsur keganasan harus diambil tindakan yang kuat agar tidak berulangi.

    ReplyDelete
  21. Court sets Sept 17-27 for trial of 30 charged over terror acts in Sabah

    KOTA KINABALU: The High Court here Monday fixed Sept 17 to 27 for the trial of 30 individuals - 27 Filipino nationals and three Malaysians - charged with various offences in relation to terrorism activities in Sabah.

    ReplyDelete
  22. Justice P. Ravinthran said the court would sit at the General Operations Force Centre in Kinarut in view of the large number of people to be tried.

    He also said that the timeframe for the trial was sufficient, considering that the prosecution would present at least 50 witnesses.

    ReplyDelete
  23. Among the three Malaysians is a woman who faces life imprisonment, if convicted, for harbouring terrorists.

    The two Malaysian men were charged with being members of a terrorist group and with treason against the Yang di-Pertuan Agong, and face the death sentence or life imprisonment upon conviction.

    ReplyDelete
  24. The offences allegedly committed by the Filipino nationals include waging war against the Yang di-Pertuan Agong, which is punishable with the death sentence or life imprisonment.

    Meanwhile, Attorney-General Tan Sri Abdul Gani Patail told the court that the Filipino nationals had written to the office of the Chief Justice of Sabah and Sarawak to revoke the appointment of their lawyers by the Kota Kinabalu High Court.

    ReplyDelete
  25. He said they had requested that their counsel be appointed by the Philippines government.

    Ravinthran said he would decide on the matter after reading the letter. - Bernama

    ReplyDelete
  26. Habil, yang diwakili oleh sekumpulan peguam yang diketuai oleh James Tsai, adalah individu ke-30 telah didakwa dengan pelbagai kesalahan berkaitan dengan Lahad Datu kejadian pencerobohan setakat ini.

    ReplyDelete
  27. Dia didakwa mengikut Seksyen 130KA Kanun Keseksaan, yang memperuntukkan hukuman penjara seumur hidup dan denda, jika sabit kesalahan, dibacakan terhadapnya di hadapan Hakim Mahkamah Tinggi P Ravinthran dalam satu sesi khas di Penjara Tawau.

    ReplyDelete
  28. Ketika ditemui di luar penjara itu, Abdul Gani berkata mahkamah telah bersetuju untuk memindahkan kes itu ke Mahkamah Tinggi Kota Kinabalu dan ia akan didengar dengan kes-kes yang berkaitan dengan pencerobohan di sana.

    ReplyDelete
  29. Pada 27 Jun, 29 individu yang didakwa dengan pelbagai kesalahan berkaitan dengan kejadian pencerobohan mengaku tidak bersalah di Mahkamah Tinggi Kota Kinabalu dan mereka akan dibicarakan serentak.

    ReplyDelete
  30. Sementara itu, James Tsai berkata peguam-peguam, yang telah dilantik oleh kerajaan Filipina, mewakili 22 tertuduh.

    ReplyDelete
  31. HARGAI KEAMANAN DAN KEHARMONIAN NEGARA YANG KITA NIKMATI SELAMA INI

    Insiden pencerobohan pengganas Kiram di Lahad Datu, Sabah dilihat sebagai pengajaran berguna kepada rakyat, khususnya golongan muda tentang kepentingan mempertahankan kedaulatan negara.

    ReplyDelete
  32. HARGAI KEAMANAN DAN KEHARMONIAN NEGARA YANG KITA NIKMATI SELAMA INI

    Presiden Kelab Putera 1Malaysia, Datuk Abdul Azeez Abdul Rahim berkata, pengalaman hitam itu juga telah meningkatkan semangat patriotisme dalam kalangan generasi muda dan peranan kerajaan dalam menangani situasi tersebut.

    ReplyDelete
  33. HARGAI KEAMANAN DAN KEHARMONIAN NEGARA YANG KITA NIKMATI SELAMA INI

    "Tentunya pengalaman dan kejadian hitam ini satu pengalaman berharga buat pemuda pemudi untuk dipelajari.

    "Golongan muda diingatkan agar terus menjaga keselamatan dan keharmonian negara pada masa depan," katanya.


    ReplyDelete
  34. HARGAI KEAMANAN DAN KEHARMONIAN NEGARA YANG KITA NIKMATI SELAMA INI

    Usaha memperkuat pertahanan negara di kawasan Timur Sabah ialah suatu keputusan wajar di pihak kerajaan untuk menjaga keselamatan rakyat dan tanah air daripada anasir yang cuba mencabul kedaulatan negara.Kerajaan menjadikan insiden di Lahad Datu, Sabah sebagai pengajaran untuk melaksanakan tindakan yang tepat melindungi rakyat daripada sebarang ancaman.

    ReplyDelete
  35. HARGAI KEAMANAN DAN KEHARMONIAN NEGARA YANG KITA NIKMATI SELAMA INI

    Negara dapat menangani cabaran melalui insiden itu kerana mempunyai pasukan keselamatan yang berpengalaman berhadapan dengan gerila.Pasukan keselamatan pernah berhadapan dengan gerila komunis dahulu dan menewaskan mereka walaupun dunia mengatakan gerila tidak dapat dikalahkan tetapi pasukan keselamatan dapat mengalahkan mereka.

    ReplyDelete
  36. Pasukan Gerakan Udara Polis Diraja Malaysia (PGU PDRM) akan menerima sebuah pesawat King Air yang dilengkapi peralatan radar pada Oktober ini bagi operasi pemantauan di zon selatan Kawasan Keselamatan Khas Pantai Timur Sabah (Esscom).

    ReplyDelete
  37. Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar berkata, penambahan aset itu dilakukan berdasarkan faktor muka bumi di pantai timur Sabah yang memerlukan pemantauan dari udara.

    ReplyDelete
  38. Setakat ini, PDRM mempunyai 10 helikopter, tiga buah Beechcraft King Air 350, enam buah Cessna Caravan dan lima buah Pilatus yang berpangkalan di Sabah, Sarawak, Ipoh dan Sungai Besi, katanya

    ReplyDelete
  39. PDRM juga telah membuat permohonan kepada kerajaan untuk menambah aset iaitu sebanyak empat helikopter bersaiz sederhana dan 14 bersaiz kecil bagi memantapkan tugas PDRM, sekali gus meningkatkan perkhidmatan kepada masyarakat.

    ReplyDelete
  40. "Ia memudahkan PDRM untuk membawa pesakit dari lokasi yang tidak boleh menggunakan pengangkutan darat ke hospital. Sekiranya jabatan-jabatan lain memerlukan perkhidmatan pesawat, PDRM bersedia memberi kerjasama," katanya.

    ReplyDelete
  41. PDRM juga akan membuat permohonan kepada Jabatan Penerbangan Awam untuk melatih pegawai sebagai juruterbang helikopter.

    ReplyDelete
  42. "Ini dapat menjimatkan kos kerajaan daripada segi perbelanjaan kerana sekiranya hantar (pegawai) ke luar negara ia akan menelan kos yang banyak," katanya.

    ReplyDelete
  43. Bagi menarik minat pegawai untuk menjadi juruterbang PDRM, beliau berkata, juruterbang boleh dinaikkan pangkat daripada asisten supritendan sehingga ke superitenden secara fleksibel selain menerima elaun khas.

    ReplyDelete
  44. "Sebanyak 85 juruterbang telah dilatih di dalam dan luar negara yang mana ada di antara mereka telah bersara dan berhenti. Oleh sebab itu kita perlu menambah lagi juruterbang PDRM," katanya.

    ReplyDelete