Friday, 16 August 2013

200 KAKITANGAN KERAJAAN DAN NGO TERIMA KOMPUTER 1MALAYSIA

Oleh: Shaimon S Jumadi


                         SERAH...Basri menyerahkan computer 1Malaysia kepada salah  seorang kakitangan Jabatan kerajaan

PEJABAT Parlimen Kinabatangan telah mengagih-agihkan sebanyak  200 unit  komputer  1Malaysia kepada badan bukan kerajaan (NGO) dan kakitangan Kerajaan khususnya Jabatan Kesihatan Kinabatangan.


Ketua Pegawai Perhubungan Parlimen Kinabatangan Basri Hj Osman berkata mereka yang menerima Komputer tersebut kelmarin mereka adalah yang terawal menghantar senarai nama-nama ke pejabat Parlimen.


Beliau menambah  tujuan pihak kerajaan memberikan komputer tersebut adalah sebagai menghargai jasa-jasa  khidmat mereka sebagai  kakitangan dan pegawai  kerajaan yang penuh dedikasi dan cemerlang.


“Pemberian komputer 1Malaysia ini tidak hanya setakat ini saja bahkan program sebegini akan teruskan ini adalah dasar kerajaan BN untuk meningkatkan kemahiran  dalam menggunakan komputer khususnya kepada golongan yang celik IT. Zaman sekarang sesiapa saja tidak pandai menggunakan komputer ia seakan-akan berada di zaman 70-an maka dengan itu mereka harus tahu menggunakan komputer agar mereka boleh melayari laman web untuk mencari pelbagai maklumat sama ada melalui Facebook mahupun internet dan email,” tambahnya.


Sambil itu Basri menasihatkan agar mereka yang sudah mendapat computer secara percuma daripada kerajaan haruslah  digunakan sebaik-baiknya.


Sehubungan itu mana-mana badan NGO dan jabatan-jabatan kerajaan yang sudah menghantar senarai nama sebelum ini mereka dinasihatkan untuk menghubungi pejabat Parlimen yang berhampiran melalaui talian 089-619817  pada waktu-waktu pejabat.

No comments:

Post a Comment