Saturday, 31 August 2013

JASA BAKTI AMPONG TETAP DISANJUNG - ANDY JAKARIA



Sorotan Dari Meja  Ketua Biro, Shaimon S Jumadi





CERITA UMNO  Bahagian Sandakan terus hangat dan panas ekoran beberapa jawatan penting yang menjadi rebutan pada pemilihan yang bakal ditentukan Oktober ini siapa menang siapa kalah bukan persoalannya, yang penting seseorang itu sudah mencuba nasibnya sama ada beruntung atau malang, tidak perlu dipertikaikan.

Dalam sesi temubual  saya dengan Ketua UMNO Cawangan Bukit Merah Hj Jakaria@Andy Palawong yang juga menawarkan dirinya untuk bertanding merebut jawatan Timbalan Ketua Bahagian pada pemilihan  ini nanti.

Jawatan Timbalan Ketua Bahagian UMNO Sandakan juga agak sengit apabila bakal bersaing tiga penjuru antaranya ialah Ishak Hj Apok, dan Datuk Hj Alipuddin Hj KK Puyon  termasuk Hj Andy sendiri.

Walaupun saya tidak menentang Ketua Bahagian UMNO Sandakan iaitu Tan Sri Hj Ampong KK Hj Puyon  hanya bertanding jawatan Timbalan Ketua Bahagian  namun saya sebagai ahli UMNO Sandakan tetap menghargai jasa bakti yang disumbangkannya kepada ahli-ahli UMNO.

Perjuangan Tan Sri Ampong selama 22 tahun menerajui kepimpinan UMNO Sandakan perlu dihargai jasa-jasanya, kita tidak lupa pengorbanannya kita jangan jadi  seperti “Kacang Lupakan  Kulit” secara peribadi  saya katakan, saya amat menghargai perjuangan Tan Sri Ampung dalam UMNO Sandakan.

Soal ada orang yang ingin menentang kepimpinannya dan ada yang ingin bertanding untuk merebut jawatan Ketua Bahagian ini memang sudah menjadi dasar demokrasi yang diamalkan oleh UMNO dan lagi ia merupakan seruan Presiden UMNO Dato Seri Hj Mohd  Najib Tun Abd Razak  yang telah memberi laluan seluas-luasnya untuk semua ahli UMNO di seluruh pelusuk negara dibenarkan bertanding apa saja jawatan yang menjadi idaman dan impian mereka asalkan tidak melanggar peraturan yang telah ditetapkan,” jelas Hj Andy dengan panjang lebar.

Biarlah kita bertanding sambung Hj Zakaria secara sihat jangan memburuk-burukkan peribadi seseorang itu, sebab kita yang bernama insan  memang tidak ada yang sempurna akhlak dan peribadinya.

No comments:

Post a Comment