Oleh : Syed Kamal
PENAJA....Abdul
Thani Lo ( duduk tengah) bersama sebahagian AJK Penaja Koperasi Pribumi Anak
Sabah Berhad (KOPAS) selepas mempengerusikan mesyuarat.
Pertubuhan Pribumi Rakyat
Sabah (PRIBUMI’S) menubuhkan sebuah koperasi yang dinamakan Koperasi Pertubuhan
Pribumi Anak Sabah Berhad (KOPAS) dalam usaha membantu ahli ahlinya
meningkatkan taraf ekonomi masing-masing.
Pengerusi jawatankuasa
penaja, yang juga Timbalan Presiden PRIBUMI’S Abdul Thani Lo berkata penubuhan
koperasi itu juga selaras dengan dasar kerajaan yang menggalakkan rakyat
berkecimpung dalam bidang perniagaan melalui koperasi.
Menurut Abdul Thani,
Koperasi adalah sebuah institusi yang ditubuhkan untuk membantu masyarakat.
Banyak bentuk kebajikan yang boleh diberikan sekiranya koperasi itu benar-benar
hidup.
“Koperasi di Jepun banyak
menubuhkan pasaraya dan harga barangan yang murah di pasaraya tersebut dapat
dirasai dan dinikmati oleh ahli-ahlinya”,katanya.
Koperasi KOPAS dikhususkan
kepada ahli-ahli PRIBUMI’S untuk menyertainya dan mesyuarat pertama penubuhan
dan perlantikan Ahli Lembaga Pengarah koperasi itu akan diadakan pada 30 Ogos
ini.
Penyertaan adalah terbuka
kepada semua ahli ahli PRIBUMI’S di Sabah dan Semenanjung yang berminat dalam
sektor koperasi dan tumpuan perniagaan koperasi itu ialah dalam bidang
peruncitan, perladangan dan pelancongan.
Sebagai sebuah badan NGO,
pertubuhan sewajarnya mempunyai satu sistem ekonomi yang kukuh. Banyak perkara
berkaitan kebajikan masyarakat dapat dilaksanakan jika KOPAS mempunyai kewangan
yang baik.
Ini bermaksud bahawa
kebajikan ahli akan dapat dipenuhi disamping kebajikan masyarakat luar akan
dapat dilipatgandakan.Untuk membuat kebajikan memerlukan kewangan. Sebuah NGO
yang mantap sudah pasti mempunyai kewangan yang stabil.
Turut hadir dalam mesyuarat
penaja koperasi tersebut Naib Presiden PRIBUMI'S Jay Rahman, Datu Khuddar,
Setiausaha Agung Sabariah Zainudin, Bendahari Agong Jun Onik, Ketua Satria
Mitchum Angelo, Naib Ketua Penerangan Afidah Bujang, Ahli Majlis Tertinggi
(AMT) serta Pengerusi PRIBUMI'S daerah Kudat, Pensiangan dan Sook.
No comments:
Post a Comment