Foto:
SAFFIE S JUMADI
LAWAT…Wong membuat
lawatan ketapak projek pembinaan jalan Batu Sapi yang tidak berkualiti SPRM
harus campurtangan
AHLI Parlimen Sandakan
(DAP) Stephen Wong Tien Fatt, meminta
Kerajaan Barisan Nasional (BN) memberi penjelasan
mengenai projek pembinaan Jalan Raya
dual carriageway Batu Sapi Fasa 1 belum sampaipun dua tahun selepas siap pembinaannya keadaan jalan tersebut bertambah buruk .
MENDAP…Wong
menunjukkan jalan baru saja disiap belum sampai 2 tahun sudah mendap berlubang
di sana sini
Wong
bersama mantan calon DAP DUN Karamunting
Calvin Chong Ket Kuin telah membuat lawatan kerjanya sambil meninjau ketapak
projek penglebaran Jalan Batu Sapi
kelmarin mendapati boleh dikatakan 70 peratus berlubang di sana sini dan membayakan kepada pengguna jalan tersebut
.
“Jalan
tersebut hanya sejauh 3.5km, tetapi Kerajaan BN pun tidak mampu menyiapkannya
dengan baik ataupun memantau dan menjaga penjalanan projek itu, jadi apa lagi
yang mereka mampu buat? Tanya Wong.
Sehubungan itu Wong minta kerajaan Pusat BN dan juga Tan Sri Pairin Kitingan, Menteri
Pembangunan Infrastruktur Asas Sabah, supaya memberi penjelasan kepada rakyat
jelata, kerana jalan raya itu dibina dengan menggunakan wang rakyat.
Sambil
itu Wong juga telah dimaklumkan bahawa
Jalan Raya Batu Sapi mula dibina pada
bulan Februari 2010, dan pada jadual asalnya dijangka disiapkan sepenuhnya pada tahun 2011. Sumber kewangan
sebagai peruntukkan untuk pembinaan
jalan raya itu, berjumlah RM24 juta,
yang menggunakan peruntukkan Kerajaan Persekutuan, dan dilaksanakan oleh
Kementerian Pembangunan Infrastruktur Asas Sabah.
Wong
hairan apabila dimaklumkan bahawa Projek tersebut diberi secara Direct Negotiation
dan tanpa sebarang Tender Terbuka. Kini, Projek itu sudah terlalu lambat disiapkan tempoh selama 2 tahun untuk Fasa 1 projek berkenaan.
Selanjutnya
Wong juga ingin bertanya kepada Kerajaan
BN di peringkat Persekutuan dan Negeri, jadi siapakah yang harus bertanggungjawab,
dan mengapa tiada Tender Terbuka untuk para kontraktor yang berkalayakan.
“Saya
minta pihak Suruhanjaya Pencegah Rasuah Malaysia (SPRM) dapat menjalankan
siasatan terperinci terhadap projek tersebut kerana tidak memuaskan dari segi
kualiti strukturnya dan selanjutnya main
contractor yang bertanggungjawab keatas projek tersebut harus dipanggil dan di soal siasat kenapa jalan
Batu Sapi boleh jadi begitu keadaannya”
ujar Wong.
No comments:
Post a Comment