Nampaknya
sudah ada suara-suara sumbang yang mahu melihat Pemuda UMNO Sabah berantakan.
Umum tahu Ketua Pemuda UMNO Tenom sudah mengumumkan bahawasanya dirinya telah
menawarkan diri untuk bertanding sebagai Naib Ketua Pemuda UMNO Malaysia
menggantikan Dato' Razali Ibrahim yang sudah habis umur.
Sudah
sekian lama tiada yang berbunyi secara tiba-tiba ada orang bukan daripada Sabah
menulis mengatakan Jamawi Jaafar tidak disenangi oleh Pemuda daripada Sabah.
Namun begitu tulisan tersebut teramatlah dangkal selepas Pemuda UMNO Sabah
sebenarnya menyokong Saudara Jamawi Jaafar untuk bertanding termasuk beberapa
nama lain yang akan bertanding sebagai Exco Pemuda UMNO Malaysia.
Menurut
keratan akhbar di atas. "Endorsement" daripada seluruh bahagian di
Sabah telah bersetuju dengan Jamawi Jaafar. Nampaknya ada yang cuba hidupkan
api yang tidak sepatutnya menyala. Maaf! Keris dah tanya Pemuda Sabah. Mereka
semua nafikan tulisan yang mengatakan Jamawi tidak disenangi.
Terus
terang Keris katakan jika ada yang tersebar di Media Sosial pasal Pemuda Sabah
tak sokong Jamawi, itu semua hanya rekaan. Jangan samakan Pemuda dengan Majlis
Tertinggi UMNO. Yang menulis itu tampak buta politik bila dia bertanya berapa
ramai pemimpin Sabah mahu bertanding. Cuba nafikan UMNO Sabah? Salah tu. Kita
UMNO Malaysia.
UMNO
parti demokrasi! Siapa pun boleh bertanding namun Keris melihat Jamawi
merupakan calon Naib Ketua yang mampu memperkukuh dan memperkasakan Pemuda UMNO
Malaysia dengan Pemuda dari Borneo berganding bahu dengan Pemuda dari
Semenanjung.
No comments:
Post a Comment