Saturday, 24 August 2013

REBUTAN JAWATAN KETUA BAHAGIAN UMNO SANDAKAN TERUS BERGOLAK






Oleh: Shaimon S Jumadi
Foto: Saffie S Jumadi



TEMUBUAL.... Bakal Wira UMNO Sahari sedang diwawancara oleh Wartawan Kanan  mengenai niatnya nak jadi  Ketua bahagian UMNO Sandakan



SAYA menawarkan diri untuk bertanding bagi merebut Jawatan Ketua Bahagian UMNO  Sandakan pada  pemilihan yang dijadualkan pada Oktober ini serentak  di seluruh negara sama sekali  saya tidak bermaksud untuk menentang dasar-dasar  perjuangan UMNO namun sebaliknya adalah untuk menentang dasar  kepimpinan Ketua Bahagian UMNO sekarang yang  sudah tidak relevan lagi.

Ramai dalam kalangan Ketua-Ketua Cawangan dan juga ahli-ahli UMNO di peringkat akar umbi mahu Ketua Bahagian yang ada sekarang disingkir dan digantikan pemimpin yang baru terutama sekali yang berwawasan untuk membela  nasib kehidupan ahli-ahli UMNO keseluruhan bukan kroni-kroni saja yang kenyang.

Saya tidak nafikan dalam menerajui kepimpinan Bahagian seperti UMNO Beluran, UMNO Libaran, dan UMNO Kinabatangan boleh dikatakan kehidupan sama ada Ahli Jawatankuasa  Bahahgian Ketua-Ketua cawangannya  70 peratus hidup dalam serba serbi kemewahan  60 peratus mereka mempunyai kebun mahupun ladang-ladang sawit di samping mempunyai kereta jenis Pacuan 4 Roda (Double Cap) berbanding ketua-ketua cawangan di Bahagian UMNO Sandakan kalau adapun hidup senang tidak sampai 30 peratus.

Pembelaan kepada ahli-ahli UMNO  yang setia kepada pemimpin amat penting  dan  harus diambil kira dan mereka perlu mendapat pembelaan yang sewajarnya  dalam pelbagai aspek contohnya setiap tahun bahagian mendapat peruntukan projek apa salahnya  mereka juga diberikan   agar mereka sama-sama mengecapi  sedikit kesenangan.


Sebenarnya UMNO Sandakan tidak boleh dibanggakan  seperti  Bahagian lainnya  kerana UMNO Sandakan gemar berpuak-puak, masing-masing mempunyai group yang terdiri daripada Group A Tan Sri Ampung, Group B Datuk Awang Sham dan Group C saya sendiri.

Dalam menerajui kepimpinan UMNO Sandakan yang sudah berpecah belah ekoran tercetusnya kumpulan-kumpulan seperti yang saya nyatakan tadi, kalau memang UMNO benar-benar sehati sejiwa dalam perjuangan ini saya rasa Calon BN Datuk VK Liew tidak tumpas di tangan DAP pada PRU 13 lalu.

Di sinilah mula memperlihatkan tiada ketelusan dan keikhlasan  berjuang dalam UMNO khususnya Barisan Nasional (BN)  kerana masing-masing mementingkan diri sendiri  yang menjadi mangsanya ialah BN sendiri kerana rentetan ketiadaan kerjasama yang intim dalam kerja berpasukan terutama  sekali semasa berkempen timbul pelbagai konflik.

Begitulah kenyataan yang diluakan oleh Sahari Ahmad  yang berani mencoba dirinya untuk bertanding bagi merebut jawatan Ketua Bahagian yang selama ini menjadi impian dan  idamannya dan sekarang sampailah saat dan masanya akan tiba untuk menentukan kehandalan dan pengaruhnya di dalam arena dan kanca  politik khususnya UMNO Sandakan.

Bercakap  kepada Wartawan Kanan Sabahkini.Net dalam satu  wawancara khas kelmarin Sahari menjelaskan seandainya Sahari ditakdirkan dapat menewaskan  Ketua Bahagian UMNO yang ada sekarang,  mana-mana pengerusi JKKK yang tidak menyokongnya dan berpihak kepada Ketua Bahagian termasuk jawatan Pemaju Mukim, Pemaju Masyarakat juga  jawatan Pegawai Kemajuan Masyarakat (CDO) akan  terus dikekalkan mereka tidak perlu disingkirkan.

 “Kecuali mereka yang bekerja di Pejabat UMNO Bahagian itu memang sapu bersih satupun tiada yang tinggal dan kita lantik para pegawai dan  kakitangan  yang baru terbahagi kepada dua zon Tanjung Papat dan Elopura.  Ini baru adil namanya, kita tidak mahu pegawai dan kakitangan yang bekerja di pejabat Bahagian yang diambil daripada suku sakat  dan keluarga terdekat sahaja  sehingga  orang lain tidak diberi peluang langsung,” Katanya.

“Saya tidak boleh menjanjikan sesuatu jika mereka memilih saya sebagai Ketua Bahagian UMNO Sandakan 2013/2017  saya akan buktikan ketelusan saya memimpin UMNO Sandakan  pastinya banyak  belaku perubahan terutama sekali menjurus kepada kehidupan Ketua-Ketua cawangan ahli-ahli UMNO dan juga rakyat jelata.

Sikap birokrasi dan pilih kasih langsung tidak wujud, kita buat sama rata duduk sama rendah berdiri sama tinggi. Malah sistem kroni langsung tidak wujud lagi sebab mereka juga ahli-ahli UMNO yang kita pimpin dan mereka berhak mendapat sedikit kemewahan  ini selaras konsep perjuangan Parti komponen Barisan Nasional (BN) Rakyat didahulukan Pencapaian diutamakan,   Janji ditepati!” tambahnya lagi. 

No comments:

Post a Comment