Monday, 12 January 2015

JALAN BATU 8 KE BATU 16 JALAN MAUT


OLEH: SHAIMON S JUMADI



SANDAKAN : Projek   pelebaran Jalan Batu 8 ke Batu 16 Jalan Labuk yang dijadualkan  siap sepenuhya pada akhir tahun 2013 tapi gagal dilanjutkan lagi pada tahun 2014 sehingga kini belum dapat disiapkan sepenuhnya.


Namun kerja-kerja pembinaan jalan itu juga masih diteruskan yang dijadualkan akan siap sepenuhnya pada bulan April ini sekalipin agak mustahil untuk dilaksanakan kerana hanya peratusan kerja hampir 30 peratus sahaja.

Pihak kontraktor yang telah menjanjikan dan memberi jaminan penyiapan projek itu kepada Jabatan Kerja Raya hanya mempunyai masa selama 3 bulan sehingga bulan April tahun ini.

Dengan keadaan jalan itu sekarang yang siap separuh jalan, betul-betul menyusahkan para pengguna jalan raya setiap hari sama ada naik atau turun telah berlakunya kesesakan berderet-deret kenderaan berada diatas jalan sehingga menyebabkan berlakunya beberapa kemalangan yang mengorbankan berapa nyawa pemandu dan penumpang boleh dikatakan setiap minggu ada saja kemalangan membabitkan lima hingga enam buah kenderaan. 

Disebabkan oleh kelewatan menyiapkan  projek pelebaran  jalan yang dimaksudkan itu, sikap tidak amanah pihak kontraktor  merupakan punca  utama berlakunya kemalangan sering terjadi pada setiap tahun di jalan itu yang telah meragut 20 nyawa akibat kemalangan.

Tahun 2013 sahaja, kemalangan jalan raya berlaku di Jalan Batu 8 hingga ke Batu 16 dianggarkan  berlaku 20 kemalangan dan seramai 12 terkorban.

Pada tahun 2014, sebanyak 25 kemalangan membabitkan  kenderaan bertembung antara satu sama lain dan seramai 10 orang mati di tempat kejadian manakala 15 lagi cedera parah.

Sementara kemalangan yang membabitkan motorsikal bertembung dengan pacuan 4 roda, sebanyak 10 buah motorsikal terlibat yang dilaporkan semuanya mati serta merta di tempat kejadian.

Selagi projek pelebaran jalan itu belum siap, selagi itu ramai orang akan jadi mangsa korban  nahas jalan raya.  


Kini, Jalan Batu 8 hingga ke Batu 16 Jalan Labuk disebut dan digelar sebagai ‘Jalan Maut’ atau ‘Jalan Persinggahan Menempah Maut’.

No comments:

Post a Comment