Friday, 30 January 2015

OLDTOWN WHITE COFFEE HOUSE MENGAKU JUAL BABI!


SOROTAN DARI MEJA  WARTAWAN KANAN
SAIMON S JUMADI



JELAS dan terang sudah ada pengakuan sendiri oleh pemilik Restoran Old Town White Coffee House bahawa ada menjual   daging babi untuk santapan terutamanya pelanggan 90 peratus masyarakat  Islam yang terang-terang tertipu.



Dalam siasatan Wartawan Kanan  Sabahkini.Net,  restoran itu tidak  mempunyai silil halal yang dikeluarkan  oleh JAKIM ini; sah restoran itu sudah tidak lagi sesuai untuk dikunjungi oleh pelanggan tetap masyarakat Islam.


Kita mendapati kebanyakkannya pelanggan yang paling ramai terdiri daripada orang-orang Islam yang terdiri daripada kelongmerat (orang-orang kaya) yang berminat makan minum duduk di restoran tersebut.


Hal ini jelas, pelanggannya yang terdiri daripada orang-orang Islam nampaknya sudah pun termakan benda haram. Kesemua perkakasan dapur seperti kuali, belanga dan lain-lain semestinya digunakan untuk memasak kesemua jenis makanan termasuk lah daging babi.

Bagi beberapa orang Islam yang terdiri daripada orang-orang kaya, mereka tidak mempersoalkan haram atau halal sebab mereka mahu menjaga status mereka yang mesti makan di kedai  standard dan mahal.

Seandainya mereka ini makan di restoran Islam (Melayu), pastinya reputasi dan status mereka akan jatuh apabila dipandang masyarakat sekeliling.

Dalam perkara ini, pihak Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) dan Jabatan Hal Ehwal Islam Negeri Sabah (JHEAINS) seharusnya mengambil tindakan yang wajar demi kepentingan umat islam lain yang amat mementingkan kebersihan dalam soal pemakanan dan beribadah. 

Dalam kitab suci al-quran pun tegas menyatakan pendirian tentang larangan keras terhadap manusia yang memakan babi seperti dalam surah Al Maidah ayat 3 seperti berikut:

Diharamkan bagimu (memakan) bangkai, darah, daging babi, (daging hewan) yang disembelih atas nama selain Allah, yang tercekik, yang dipukul, yang jatuh, yang ditanduk, dan yang diterkam binatang buas, kecuali yang sempat kamu menyembelihnya, dan (diharamkan bagimu) yang disembelih untuk berhala. Dan (diharamkan juga) mengundi nasib dengan anak panah, (mengundi nasib dengan anak panah itu) adalah kefasikan. Pada hari ini orang-orang kafir telah putus asa untuk (mengalahkan) agamamu, sebab itu janganlah kamu takut kepada mereka dan takutlah kepada-Ku. Pada hari ini telah Kusempurnakan untuk kamu agamamu, dan telah Ku-cukupkan kepadamu nikmat-Ku, dan telah Ku-ridai Islam itu jadi agama bagimu. Maka barang siapa terpaksa karena kelaparan tanpa sengaja berbuat dosa, sesungguhnya Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang.

Setelah disiasat, pemilik Restoran Oldtown Sandakan sudah pun membuat pengakuan bahawa mereka menjual hidangan babi malah dimasukkan ke dalam menu restoran berkenaan. 

Yang menjadi kerisauan adalah, dikhuatiri pelanggan beragama Islam yang sudah mengetahuinya tapi masih melanggan di kedai berkenaan kerana ketagihan makan babi.

No comments:

Post a Comment