Thursday, 15 January 2015

Nurul Izzah akhirnya diceraikan dengan talak satu



OLEH HASBULLAH AWANG CHIK


Naib Presiden PKR Nurul Izzah Anwar disahkan bercerai dengan Raja Ahmad Shahrir hari ini di Mahkamah Tinggi Syariah Kuala Lumpur.


Naib Presiden PKR Nurul Izzah Anwar hari ini sah diceraikan talak satu di Mahkamah Tinggi Syariah Kuala Lumpur sebentar tadi.


Suami ahli Parlimen Lembah Pantai itu Raja Ahmad Shahrir melafazkan cerai pada jam 4.17 petang di hadapan hakim Mohd Amran Mat Zain.

Peguam Nurul Izzah, Nor Mawaddah Ramli berkata, kedua-dua pihak hadir di mahkamah hari ini dan meninggalkan mahkamah dalam keadaan tenang.


"Mereka mendapat hak penjagaan anak secara bersama. Sebelum ini pun mereka bersetuju untuk menyelesaikan masalah ini secara baik.

"Kedua-dua pihak berada dalam keadaan tenang dan kes dapat diselesaikan dalam masa satu jam," katanya ketika dihubungi The Malaysian Insider.


Mawaddah berkata Nurul Izzah menerima seadanya keputusan penceraiannya pada hari ini kerana kes itu sudah berlarutan sejak setahun lalu.

Ketika diminta mengulas keputusan penceraiannya pada hari ini, Nurul Izzah berkata: "Terima kasih kerana menghormati privasi saya."
Nurul Izzah, 35, mendirikan rumah tangga pada 9 Mei 2003 dan dikurniakan dua orang cahaya mata.


Mahkamah Rendah Syariah pada Oktober menetapkan 8 Disember bagi keputusan kes penceraian itu selepas Raja Ahmad mendakwa masih menyayangi keluarganya. (The Malaysian Insider)

No comments:

Post a Comment