Friday, 16 January 2015

WANG BR1M 2015 TIADA?


Salam 1Malaysia,


PEMALAS...Inilah wajah-wajah Pegawai LHDn yang pemalas makan rezeki haram

Surat ini saya tujukan buat YAB Perdana Menteri Malaysia, YAB Ketua Meteri Sabah, Ahli-ahli Parlimen, Ahli-ahli Dewan Undangan Negeri dan juga kakitangan Lembaga Hasil Dalam Negeri cawangan Kajang serta seluruh Malaysia.

Saya warga Sabahan. Baru-baru ini seperti warga Marhein yang lainnya, saya turut tidak ketinggalan memohon BR1M 2015 di UTC Kuala Lumpur. Maklumat dan dokumen telah saya berikan mengikut keperluan borang BR1M berkenaan.


Setelah sebulan menunggu, alhamdulillah BR1M saya telah diluluskan. Namun agak mendukacitakan, apabila saya memeriksa akaun bank, saya dapati amaun dimasukkan sebanyak RM350; bermakna BR1M saya adalah kategori bujang sedangkan saya seorang balu kehilangan suami yang menanggung seorang anak yang masih bersekolah dan mempunyai pendapatan di bawah RM1500.

Apabila saya merayu untuk semakan kategori permohonan saya, pegawai LHDN Kajang tidak mampu berbuat apa-apa kerana dikatakan kononnya 'Tunggu Arahan Pengumuman PM Untuk Rayuan Atau Semakan’  atau rakyat Malaysia kena menunggu hujung tahun untuk proses permohonan baru. Pegawai berkenaan juga turut menyuruh kami menunggu surat kelulusan sebenar baru boleh mengesahkan situasi sebenar. 

Kawan-kawan lain turut menerima nasib yang sama iaitu menerima BR1M bagi kategori bujang sebanyak RM350 sekalipun mereka mempunyai tanggungan yang ramai.

Malah, ada yang lebih malang, permohonan mereka masih dalam proses sekalipun memohon pada 1hb Disember 2014!

Tidak cukup dengan itu, kami dihalau oleh Pengawal Keselamatan di sana sekalipun masa pejabat belum habis. Pegawai yang bertugas hanya memerhatikan dan berbisik antara satu sama lain “Mereka ni orang Sabah tidak layak dapat BR1M sebab jutawan kayu balak..”

Kami rasa terhina dengan cara kakitangan Melayu LHDN yang tidak sedar diri diupah atas titik peluh rakyat Sabah!

Wahai Anak Tun Razak, adakah Kerajaan sudah kehabisan wang kerana ketirisan penggunaan wang rakyat? Anda lupa bahawa, tanpa kami pengundi buta di Sabah ini, anda tidak berada di tahap sekarang ini?

Kepada Pegawai LHDN, walaupun anda kuli Kerajaan, tapi hormatilah orang kampung seperti kami yang mencari rezeki di Tanah Semenanjung. 

Dan buat Musa Aman, Ketua Menteri Sabah, para Ahli Dewan Undangan Negeri dan Ahli-ahli Parlimen : janganlah sibuk berpolitik dan bertelagah sesama sendiri. Lihat-lihatlah kami ini sudah diperlakukan seperti binatang oleh 'Orang Semenanjung'. Anda semua kena kencing oleh politik semasa kerana dari dulu wang BR1M tidak pernah tepat nilainya!

Terima kasih pihak Sabahkini.net yang menyiarkan keluhan kami ini. Selepas ini saya yakin akan ada timbul beribu-ribu Pengadu.

Insan Malang,

SAKINAH

No comments:

Post a Comment