Tuesday, 20 January 2015

SALEENA SAMBUT BAIK MAJLIS MESRA RIA ANJURAN WANITA UMNO


OLEH: SHAIMON S JUMADI


HADIR...Ahli-Ahli Parti komponen BN yang hadir pada majlis tersebut Lily Chung LDP, Lu Kim Mee dan Lin Oi Mee dari Gerakan

MAJLIS Mesra Ria Diambang 2015 anjuran gambungan antara Pergerakan Wanita UMNO Sandakan, MPWK, PAWANI,JUWITA dan An Nur P186 Sandakan yang dilangsungkan di Ballroom Sabah Hotel dekat sini kelmarin  jelas menjurus untuk menyatupadukan antara ahli-ahli parti komponen BN.


Program yang berunsurkan ceramah dan taklimat mengenai  satu-satu  fungsi dan peranan  badan-badan NGO itu  banyak membawa menfaat kepada ahli-ahli komponen BN yang hadir pada majlis itu.


Ini dijelaskan sendiri  oleh Ketua Wanita PBS Bahagian Tanjung Papat Saleena Titi (gambar) ketika diminta pandangannya mengenai program Majlis Mesra Ria itu.

Katanya lagi, taklimat yang disampaikan oleh Pengerusi JUWITA P186 Hajah Dayang Siti Pulau mengenai peranan dan fungsi JUWITA cukup jelas untuk membantu para ibu-ibu tunggal sama ada bercerai akibat kematian suami ataupun cerai hidup ditinggalkan suami.

“Saya amat tertarik kenyataan Hajah Dayang Siti mengenai beberapa orang balu atau ibu tunggal yang malu mengaku dirinya sebagai ibu tunggal ini yang menjadi tanda tanya kenapa harus malu kalau mengaku sebagai ibu tunggal (Balu/janda)?

Kalau ini memang realitinya kita harus menerima hakikat yang sebenarnya, disebabkan  tidak mahu mengaku dirinya ibu tunggal maka mereka hilang  keistimewaan untuk mendapat segala bentuk bantuan yang disalurkan oleh agensi-agensi kerajaan untuk menyara dan membesarkan anak-anak  mereka, jadi siapa yang rugi?”  tanya Saleena

“Selain itu saya juga tertarik dengan kenyataan Ketua Wanita UMNO Puan Noraini Sulong tentang peranan PAWANI yang terang-terang memberi peluang kepada semua pengerusi-pengerusi Cawangan UMNO, Ketua-Ketua Cawangan parti-parti komponen BN antaranya PBS,UPKO,PBRS, MIC,MCA, Gerakan dan LDP; setiap program yang dijalankan oleh cawangan-cawangan telah disediakan peruntukkan sebanyak RM2,000.00 untuk empat aktiviti dalam masa sebulan” katanya lagi

Tambahnya lagi, “Saya sebagai Ketua Wanita PBS Bahagian Tanjung Papat memang menyambut baik dan memberikan sokongan yang tidak berbelah bagi terhadap pimpinan Noraini Sulong dalam menerajui kepimpinan di empat-empat badan ini.


“Saya selaku ketua kumpulan Salam Bersatu yang mempunyai ramai ahli akan berusaha bersungguh-sungguh untuk mengadakan pelbagai aktiviti di sepanjang tahun 2015 ini” tambahnya lagi.

No comments:

Post a Comment