Mahkamah Persekutuan membenarkan permohonan mualaf N Viran @ Izwan Abdullah untuk menangguhkan keputusan Mahkamah Tinggi di Seremban dan Mahkamah Rayuan yang memberikan hak jagaan anaknya kepada bekas isterinya.
Mahkamah tersebut juga membenarkan agar arahan untuk mengambil semula anak tersebut dan arahan untuk memulakan prosiding menghina mahkamah terhadap Izwan, ditangguhkan.
Izwan membawa anak berusia enam tahun itu ke mahkamah pagi ini.
Dengan itu, anak lelaki berkenaan akan kekal bersama bapanya manakala bekas isteri Izwan, S Deepa diberikan hak jagaan ke atas anak perempuan mereka.
Arahan penangguhan itu disampaikan oleh panel lima hakim yang diketuai Hakim Besar Malaya Tan Sri Zulkefli Ahmad Makinuddin.
Hakim Zulkefli juga mengarahkan satu tarikh perbicaraan lebih awal ditetapkan dalam kes ini. (Malaysiakini)

No comments:
Post a Comment