Tuesday, 1 November 2011

FEEDLOT RM73 JUTA UNTUK KELUARGA SHAHRIZAT



Oleh : SALHAN K AHMAD

MENTERI Pertanian Dan Industri Asas Tani, Datuk Seri Noh Omar mengakui bahawa projek Pusat Feedlot Kebangsaan bernilai RM73.64 juta yang digambarkan dalam keadaan ‘kacau-bilau’ oleh Laporan Ketua Audit Negara 2010 telah diberikan kepada anggota keluarga seorang menteri kabinet.

Ketika ditanya, Noh mengakui bahawa projek berkenaan telah diberikan kepada anggota keluarga Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga Dan Masyarakat, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil.

Namun, Noh (kanan) menjelaskan bahawa penganugerahan projek berkenaan dibuat tanpa melanggar apa-apa peraturan.

"Ya, apa salahnya kalau dia meniaga dan dia bukan kerja direct nego (rundingan terus)?" soal Noh kembali ketika ditanya mengenai projek yang menurutnya telah dianugerahkan melalui ‘tender terbuka’ itu.

Ditanya lanjut dalam sidang media di bangunan parlimen hari ini, Noh bagaimanapun bersetuju bahawa projek berkenaan telah diberikan secara tender terhad.

"Cara pemilihan syarikat yang dipilih untuk program National Feedlot ini bukan diberi secara rundingan terus. Semasa dibuka projek ini, ada enam syarikat buat persembahan kepada pihak jawatankuasa," katanya.

Daripada enam syarikat berkenaan, jawatankuasa kementerian pada 2006 telah memilih Agro Science Industries Sdn Bhd dan sebuah syarikat Australia, Lambert Malaysia Sdn Bhd.

"Lambert dia lari, dia tak sanggup buat. Kalau kita tengok laporan audit kata pagar runtuh itu semua sebab Lambert larilah tu," katanya lagi yang juga ahli parlimen Tanjong Karang dalam ucapan penggulungannya di Dewan Rakyat sebelum itu.

Ditanya dalam sidang media, Noh berkata sukar untuk mengambil tindakan ke atas Lambert kerana kerajaan tidak menandatangani apa-apa perjanjian dengan syarikat berkenaan.

Kementerian juga sedang membincangkan untuk menawarkan tanah pajakan seluas 500 ekar yang ditinggalkan oleh Lambert itu kepada syarikat lain.

Tegasnya, projek feedlot berkenaan bukanlah satu projek gagal kerana syarikat Agro Science telah berjaya membekalkan sejumlah 8,016 ekor lembu sepanjang tempoh 2008 hingga 2010 seperti yang disasarkan.

Bagaimanapun, kerajaan masih belum membayar sejumlah RM6.48 juta daripada jumlah geran sebanyak RM13 juta.

Laporan Audit Negara sebelum ini menyebut badan itu kekurangan 4,000 ekor lembu yang sepatutnya dibekalkan dan tindakan berkenaan menyebabkan program keusahawanan seperti yang disyaratkan oleh kerajaan tidak dapat dijalankan.

NFC juga enggan mengulas dakwaan PKR bahawa projek tersebut hanya memenuhi 0.6 peratus daripada permintaan kerajaan dan jauh ketinggalan daripada sasaran 40 peratus dalam Rancangan Malaysia Kesembilan.

JHEAINS SELEWENG WANG SEKOLAH AGAMA?



Oleh : MOHD FIRDAUS BIN MUHAMMAD NOR

DEWAN Pemuda PAS Negeri Sabah (DPPNS) menuntut penjelasan penuh daripada Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sabah (JHEAINS) berhubung aliran perbelanjaan sejumlah RM 1.7 juta yang disalurkan untuk perbelanjaan menaik taraf lima buah sekolah berasrama penuh.

Ketua Penerangannya, Mohd Zulfikar Abd. Mijan mendakwa, berdasarkan Laporan Audit 2010 menunjukkan secara jelas, adanya berlaku penyelewangan terhadap sejumlah peruntukan yang diberikan untuk kerja-kerja menaik taraf sekolah berkenaan.

“PAS mendesak agar dibuat penyiasatan rapi termasuk seluruh cabang dan bahagian dalam JHEAINS untuk mengelakkan berlakunya penyelewengan ke atas peruntukkan itu. Ini institusi agama, bagaimana peruntukkan tersebut diproses, kemana peruntukkan diagihkan dan apa kesan terhadap penambahbaikan itu berjalan?, “soalnya.

Beliau berkata demikian semasa Sidang Media selepas perasmian Majlis Konvokesyen PASTI kawasan Kota Kinabalu kali ke-21 yang diadakan di Dewan Saadah, Wisma MUIS.

ELAK REMAJA TERJEBAK MAKSIAT



Oleh : SHAIMON S JUMADI Foto : SAFFIE S JUMADI

KETUA Bahagian UMNO Sandakan menegaskan, kaum wanita terutamanya remaja, seharusnya digalakan untuk menceburi arena sukan seperti Bola Jaring kerana bukan sekadar untuk menjaga kesihatan rohani dan jasmani agar boleh mengekang remaja wanita daripada terjerumus dengan aktiviti negatif seperti melakukan maksiat dan seks rambang.

“Kita sering terbaca berita yang tersiar di media-media mengenai kegiatan maksiat yang membabitkan di remaja perempuan, khususnya para pelajar di taman-taman peranginan dengan melakukan seks rambang dengan pasangan masing-masing tanpa memikirkan risikonya dan dosa yang dilahanati Allah SWT.”

Ampong berkata demikian ketika semasa berucap merasmikan Pertandingan Bola Jaring Wanita anjuran bersama Biro Hal Ehwal Wanita PEMADAM daerah Sandakan dan Pergerakan Puteri UMNO Bahagian Sandakan di gelanggang Bola Jaring, Kompleks Sandakan, kelmarin.

“Saya amat menghargai peranan dan usaha murni yang dilaksanakan oleh kedua badan ini kerana berupaya menganjurkan sukan sebegini yang melibatkan kaum wanita dan remaja kerana aktiviti seumpama ini harus dijadikan teladan oleh NGO lain di daerah Sandakan,” ujarnya.

Ampong yang juga Timbalan Yang DiPertua USIA Negeri Sabah merasa terkilan bila membaca laporan daripada Ketua USIA, Naib Ketua USIA Sandakan dalam kedua laporan yang tersiar di Portal Online Sabahkini Net baru-baru ini bahawa kegiatan maksiat di daerah Sandakan yang membabitkan ramai remaja wanita dan lelaki melakukan seks rambang di beberapa taman peranginan.

“Kenapa perkara sebegini yang menjadi isu hangat pihak Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sabah (JHEAINS) Sandakan tidak mengambil langkah proaktif membuat rondaan di kawasan taman-taman tersebut untuk membanteras kegiatan dikutuk masyarakat dan juga Allah SWT. Apa peranan JHEAINS terhadap senario ini?,” tanya Ampong .

Katanya, disebabkan USIA merupakan NGO dan hanya mempu menjalankan Dakwah Syiar Islamiah sahaja, maka USIA tidak mampu membanteras kegiatan bermoral berkenaan kerana tidak mempunyai kuasa; apatah lagi unit penguatkuasa yang boleh bertindak sedemikian.

Ibubapa, kata Ampong, seharusnya tidak boleh memanjakan sangat anak perempuan mereka menjadi gelandangan atau kutu rayau dan hanya pulang sesudah subuh setelah melakukan maksiat atau seks rambang dengan pasangan masing-masing.

“Apakah ibubapa mereka tidak merasa malu dengan masyarakat sekeliling kerana membiarkan anak-anak perempuan yang terjebak dalam kancah maksiat,” tegas Ampong yang kesal ibubapa sekarang tidak langsung memperdulikan hal-hal sebegini rupa, sekalipun mencemarkan nama baik keluarga dan Agama Islam.

Dalam pada itu, pertandingan yang dimulakan dari jam 7.00 pagi dan berakhir jam 2.00 petang telah disertai enam pasukan Bola Jaring antaranya Pasukan Generation SMK Perempuan, XX Team Gabungan, Puteri UMNO Kinabatangan, Vouge Campion, PSTL A dan B daripada Navy Sandakan

Pengerusi Penganjur yang juga Pengerusi Biro Hal Ehwal Wanita PEMADAN Daerah Sandakan, Noraini Sulong semasa ditemui bual Sabahkini.Net antara lain menerangkan program sebegini tidak berhenti di sini sahaja kerana akan dijadikan acara bulanan dan tahunan oleh kedua-dua badan ini; dengan tujuan khusus agar kaum wanita dapat melapangkan masa yang bermanfaat, sekaligus mengelak mereka daripada terjerumus dalam aktiviti-aktiviti songsang.

“Kita sebagai kaum wanita juga merasa sedih kenapa femomena ini boleh berlaku ini semuanya berpunca daripada kelalaian para ibubapa yang gagal mendidik anak-anak perempuan mereka sehingga begitu mudah anak-anak mereka terjebak kegiatan yang terkutuk itu.”

Kata Noraini, tidak nafikan hanya 10 peratus kaum remaja yang terlibat dengan penagihan dadah, namun sebaliknya remaja wanita lebih gemar melakukan maksiat dan seks rambang dengan kekasih masing-masing,” jelas Noraini yang menggesa ibubapa agar sentiasa waspada mengawasi gerak geri anak-anak perempuan mereka.

PBRS MENANG BESAR JIKA TIADA SABOTAJ


(Maaf gambar kurang berkualiti)

Oleh : MEDIA PBRS

PARTI Bersatu Rakyat (PBRS) terus membawa perubahan kepada rakyat sesuai dengan slogan parti itu berjuang untuk kecemerlangan rakyat dengan ikrar membasmi kemiskinan terutamanya di kawasan luar Bandar.

Presiden PBRS, Tan Sri Joseph Kurup berkata, banyak perubahan berlaku di kawasan P.182 Pensiangan berkat hubungan yang baik antara PBRS dengan kerajaan Persekutuan; manakala wakil rakyat PBRS adalah wakil rakyat yang rajin turun padang dan melihat rakyat.

Joseph Kurup berkata demikian ketika merasmikan Mesyuarat Tahunan PBRS N.37 Sook dan N.38 Nabawan di Keningau. Turut hadir Timbalan Presiden, Datuk Ellron Angin.

“Jangan ukur pemimpin tersebut melalui umur, tetapi ukurlah mereka melalui pencapaian dan terbukti dapat membawa perubahan kepada rakyat,” kata Kurup yang juga Ahli Parlimen 182 Pensiangan.

Beliau juga menyeru kepada rakyat agar memberi sokongan kepada parti tempatan seperti PBRS. Kurup berkata PBRS-BN Pensiangan dijangka menang besar pada pilihanraya yang akan datang sekiranya tidak berlaku sabotaj dari rakan-rakan komponen yang lain. Beliau memberitahu musuh tersebut telah dikenal pasti dan pada pilihanraya yang lalu telah mensabotaj calon BN.

Mengenai perubahan yang dibawa ke kawasan Pensiangan, Kurup berkata rakyat adalah keutamaan kerajaan. Antara lainnya projek yang dijalankan pada ketika ini ialan naiktaraf Jalan Raya Sook-Sinua bernilai RM300 juta; Penyelenggaraan Jalan Magatang RM98 juta; Pembekalan Air Bersih RM8 juta di Daerah Kecil Pagalungan; penyelenggaraan 20 batang jalan raya di Daerah Nabawan; RM5 juta untuk penyelenggaraan jalan balak dari Karamatoi-Penggaraan kini telah siap dan banyak kemudahan yang sedang dilaksanakan pada ketika ini.

“PBRS juga mengambil berat soal kebajikan, kesihatan dan pendidikan kerana banyak program dianjurkan oleh parti ini melalui pergerakan pemuda dan wanitanya,” kata Kurup.

Dalam pada itu, Pergerakan Pemuda PBRS Sook menyokong penuh agar Tan Sri Joseph Kurup dan Datuk Ellron Angin dicalonkan semula di kawasan masing-masing kerana wakil rakyat itu telah menunjukkan kesungguhan mereka membela dan menjaga rakyat.

KERETAPI BERLANGGAR, LAPAN CEDERA


TONTON VIDEO

TIADA kematian dilaporkan, namun setakat ini lapan cedera dalam letupan besar akibat pelanggaran antara keretapi dengan sebuah lori tangki minyak di hadapan Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu di Kota Kinabalu, petang kelmarin.

Pesuruhjaya Polis Sabah, Datuk Hamza Taib memberitahu pemberita di tempat kejadian penumpang-penumpang lain dalam keretapi itu sama ada berjaya menyelamatkan diri ketika pelanggaran berlaku kira-kira 5.30 ptg atau mereka diselamatkan bila anggota bomba tiba.

“Mangsa-mangsa segera dihantar ke Hospital Queen Elizabeth untuk rawatan,” kata beliau.

Menurut Hamza, lori tangki itu sedang melintasi trek keretapi untuk menghantar minyak ke sebuah stesen minyak, tetapi pergerakannya agak perlahan menyebabkan keretapi berkenaan melanggarnya.

Beliau berkata, pemandu lori berusia 41-tahun dibawa oleh polis untuk siasatan, sementara pemandu keretapi berusia 51-tahun mengalami luka-luka di kaki.

Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Sabah, Nordin Fauzi memberitahu Bernama lima kereta bomba ditugaskan dari balai bomba Kota Kinabalu, Penampang dan Lintas.

Beliau berkata mereka juga dibantu dengan sebuah kereta tangki air dan dua kereta bomba dari Perkhidmatan Bomba dan Penyelamat lapangan terbang itu.

Sementara itu, seorang staf Penerbangan Malaysia Busri Asad, 39, berkata beliau nampak beberapa orang penumpang keluar melalui tingkap keretapi sejurus selepas pelanggaran berlaku.

"Saya juga melihat orang berlari ke bahagian belakang keretapi. Kira-kira 10 minit selepas pelanggaran, satu letupan berlaku dan api naik dengan marak," kata beliau.

Busri berada di seberang jalan dari tempat kemalangan selepas habis kerja.

Seorang setiausaha akhbar kepada menteri negeri, Arshad Hussin berkata beliau berada pada jarak kira-kira 700 meter ketika kemalangan berlaku.

"Saya dalam perjalanan pulang dan hendak mengisi minyak di stesen. Tetapi saya membuat keputusan menghentikan kereta di tepi jalan kerana saya ternampak dari stesen itu kebakaran besar dan asap tebal.

"Lalu lintas di jalan tiga lorong terhenti di depan tempat kemalangan dan kenderaan lain bergerak jauh menuju ke lorong sebelah kanan, mengelakkan lorong sebelah kiri," katanya, dan menambah beliau turut mendengar dua letupan.

Beliau juga nampak orang dalam gerabak berlari ke bahagian belakang keretapi. (BERNAMA)